Saturday, October 20, 2012

4 Hari 4 Malam Gula-gula Batu...

span style="color: #ffe599; font-size: large;">MH 2513 | ETD1245 | Boeing 737-400 | Kch - Kul | MAS


Penerbangan kali ni adalah ke Kayel dan ianya adalah penerbangan ke 42 tahun ini dan sama plak ngan umur aku yang akan disambut ulang tahunnya tak lama lagi.. huhuhu. Masih menggunakan pesawat Boeing.

Sebagaimana yang aku bagi tahu sebelum ni, hari tok kamik akan cuba citer pengalamanku selama 4 hari 4 malam semenjak Rabu sehinggalah ke hari ni. Hari rasanya mood ada baik dan tengoklah nanti berapa banyak cerita akan keluar.

Rabu lepas 18 Oktober, aku dan semua pegawaiku telah terbang ke Miri. Kusangkakan tiada harapan lagi mahu ke Miri pada tahun ni tetapi rezki lebih baik. Kami ambil penerbangan tengah hari dan sesampai je kami trrus ke Parkcity Averly, Miri. Hotel ni aku pilih sebab selalu tgk kawan aku check-in kat hotel ni bersama crew penerbangannya. Selepas check-in tak lama lepas tu kita orang semua keluar ke town jalan-jalan. Biasalah, tak banyak shopping complex yang ada tapi aku rasa better than Kuching. Sempatlah juga aku rembat Kickers yang telah didiskaun 40%. Dalam kul 5 lebih kita orang balik ke hotel rehat-rehat sebelum keluar balik untuk makan malam.

Malam tu kami semua pergi makan ke Warisan Bintang dan di bawa oleh Faizal staff Miri. Thanks Faizal sebab bawa kami makan ke tempat yang selesa tu. Harga pun ok la... Tak lah mahal sangat. Selepas selesai makan, kami pulang ke hotel. Di hotel sebelum tidur, aku dan 2 orang pegawaiku telah membincangkan kes yang perlu dihantar ke HQ minggu depan. Kesian kat diaorang... Roslima selalunya tidur kul 9 manakala Farizan tidur kul 10. Waktu tu dah kul 10.30. Makanya tersenggut-senggutlah mereka menahan ngantuk... Hahahah kepada pegawaiku, sorry yer sebab nyusahkan korang. Kalau tak bincang nanti aku gak yang susah. Sebelum aku susah, maka baiklah aku nyusahkan mereka dulu. Lagipon aku ni memang suka dera orang... Muahahaha. Patutlah hari tu aku kena dera ngan bossku.

Keesokan harinya kami ke JPPH Miri untuk bermesyuarat sempadan yang dipengerusikan oleh PPN Sarawak. Mood pagi tu sangat seronok. Maklumlah hari tu marah sangat tapi sekarang i luv u la pulak. Kehkehkeh.. Biasalah, aku ni kalau marah, marah habis2 tapi lepas marah sejuk la. Kena pulak telah diberi gula-gula....

Petang tu selepas habis mesyorat dan lunch, aku dan 3 lagi pegawaiku ronda2 lah Bandar Miri Jalan kaki. Farizan sebok cari buah dabai. Terlupa plak aku nak amik gambar buah dabai tu. kat Pasar Tamu jugak aku berpeluang kenal dengan 2 lagi jenis buah iaitu buah terap dan buah jelayan. Tak banyak yang menarik dan lagipun kitaorang tak tahu nak jalan ke mana. Jalan pon sekitar 500 meter je. Habis berjalan kitaorang gi makan aiskrim Farizan belanja. Hrmm best betul. Makan aiskrim connetto di bawah pokok di tempat tunggu bas.

Petang tu juga kami bertolak ke Bintulu pula sebab ada lawatan teknikal ke Lembaga Pelabuhan Bintulu. Flite delay petng tu dan sampai jer di epot Bintulu, teksi pon dah habis. Nasib baik ada satu lagi. Di Bintulu kami duduk di Parkcity Averly Bintulu. Hotel brand sama. Memang best hotel tu. Bagi aku service first class. Tapi ada insiden malam tu, staf kat kaunter tu telah bagi salah bilik. Bila aku buka jer bilik hotel, aku tengok macam dah ada orang. Nasib takda apa-apa aktiviti horny kat dalam bilik tu. aku keluar dan terus ke kaunter pendaftaran.

Malam tu aku taklah marah sangat tapi saja berlakon kononnya marah.. Hehehe. Kesian staf tu. Walau apa pun, tak lama selepas masuk bilik, pintu bilik ku diketuk. Ada 2 staff hotel datang menghantarkan sebakul buahan tanda mohon maaf. Bagi aku kesalahan tu kecik jer tapi tindakan memohon maaf secara bergula-gula tu aku suka... Hahaaha aku suka gula2 maaa..

Oklah, rasanya tak sempat aku nak habiskan cerita ni. Kapal pon dah nak sampai epot. Esok-esok jer lah aku sambung. Gambar kat bawah ni korang padankan sendirilah yer dengan cerita aku ni. Up cerita kat blog guna aipon ni terhad... Ok see u soon, byezz

Friday, October 19, 2012

Asik Makan Free jer....

span style="color: #ffe599; font-size: large;">MH 2255 | ETD2130| Boeing 737-400| Sbu - Kch | MAS


Penerbangan ni adalah sambungan tadi menuju ke Kuching dan ianya adalah penerbangan ke 41 tahun ini. Ingatkan MASWing jer yang delay, rupanya MAS pon sama... Adohai.. patutnya flite pukul 7.45 delay ke 8.40 pastu delay 9.00 dan last sekali delay ke jam 9.30 plak.

Nasiblah kat epot ni ada banyak plug makanya boleh lah aku charge tipon aku ni... Oklah seperti yang aku cakap, esok aku cerita semuanya dalam penerbangan ke Kayel plak... Chiow

Lembaga Pelabuhan Bintulu....

span style="color: #ffe599; font-size: large;">MH 3747| ETD1725 | ATR72-500 | Btu - Sbu | MASwing


Penerbangan kali ni adalah ke Sibu sebelum terus ke Kuching dan ianya adalah penerbangan ke 40 tahun ini. Kali ni masih lagi dengan ATR Maswing.

Flite dari Sibu ke Kuching delay pulak tapi takpalah janji boleh balik. Esok balik ke Kayel pulak. So sejak dari Rabu sampai Sabtu ni hari2 lah aku naik belon nampaknya... Hehee... Esok akan kuceritakan semua pengalamanku. Ok, chiow..!

Thursday, October 18, 2012

Saya suka gula-gula...

span style="color: #ffe599; font-size: large;">MH 3807| ETD2040 | ATR52 | Myy - Btu | MASwing


Penerbangan kali ni adalah ke Bintulu dan ianya adalah penerbangan ke 39 tahun ini. Kali ni naik ATR Maswing.

Selesai sudah urusan di Miri dan esok berurusan pulak dengan Bintulu Port. Huhu macam serius tapi sebenarnya gi lawatan teknikal jer jalan-jalan tengok pelabuhan yang akan di bawa oleh pihak pengurusan pelabuhan. Sebelah petang dijangka kami akan dibawa naik bot untuk melihat pelabuhan dari laut pula. Tapi tak tahulah sebab flite seterusnya adalah pukul 5.25 petang...

Sebenarnya aku ni dah letih dok nunggu di epot Miri ni sejak jam 6 petang. Sekarang baru pukul 8.15 dan flite kami dijangka akan terbang jam 8.40 malam...

Apa-apapon takda benda aku nak cerita walaupun ada. Malasss bai... Oklah chiow dulu

Wednesday, October 17, 2012

CHOGM lagi yeaa...

span style="color: #ffe599; font-size: large;">MH2564 | ETD1235 | Boeing 737-400 | Kch - Miri | MAS


Penerbangan kali ni adalah ke Miri dan ianya adalah penerbangan yang ke 38 pada tahun ni. Turut bersama adalah pegawai-pegawaiku. Kami akan bermosarat kat JPPH Miri...

Takda apa aku nak cerita sebab penerbangan ni ada kawan nak sembang dan lagipon penerbangan cuma 1 jam jer. Makan berat pon takda.. kacang ngan jus oren jer.

Ok.. Jumpa esok. Byeee

Monday, October 15, 2012

Gula-gula dah diberi, kini masa balas budi....

span style="color: #ffe599; font-size: large;">AK 5204 | ETD0945| Airbus A320-200 | Kul - Kch | Air Asia


Penerbangan pulang selepas kembali bercuti. Penerbangan ini adalah yang ke 37 pada tahun ini. Alhamdulillah, beberapa perkara telah dapat aku laksanakan dan dibereskan. Walaupun seketika tetapi ia amat bermakna kerana setelah 24 hari tak berjumpa familyku.

Pada hari Jumaat yang lepas juga aku akhirnya dapat juga membelikan amoiku phone baru. Kesian.. Phone lama tu dah tak berapa nak elok sangat. Rasanya dah hampir 3 tahun dah umurnya semenjak aku beli kat kedai Ah Mei Plaza Massalam. Diharapkan amoiku dapat menjaga phone tu seperti menjaga nyawanya sendiri... Itu kira hadiah besday in advance la yer.... Anak sulungku juga telah tersenyum lebar kerana pada kali ni permintaannya ditunaikan. Dapat dia kasut futsal baru dan bolasepak baru. Semuanya Adidas. Aku ni pakai Asadi jer... Cuma anak bongsuku saja yang belum dapat basikal baru. Tapi rasanya dia taknak sebab dia kata hari tu, kalau beli yang baru, yang lama nak buat apa? Huhuhu.. Rasanya sifat tu diwarisi dariku. Yela, aku kalau pakai sesuatu barang tu makanya akan ku pakai sampai lunyai. Aku hanya beli perkara yang aku nak pakai jer. Kalau aku nak tapi cuma nak pakai sesekali jer makanya aku takkan beli... Well laun padang lain belalang..

Pada masa ni aku tgh berpikir ni sama ada nak order nasi lemak kat dlm kapal ni atau tidak. Bau semerbak ni.. Tapi aku ingat nak lunch terus jer bila sampai kuching. Rindu plak ngan masakan mamak kat kuching. Nak order air je pon mahal nak mampos.. Kalau aku tak makan, apa yang aku nak buat? Kalau tido cam amoi kat sebelah aku ni takot meleleh plak ayaq lioq. Aghh tahan jer lah...

Esok aku akan ada taklimat di Pejabat SUPdan slot aku adalah tengah hari di
mana aku dikehendaki memberikan taklimat selama 1/2 jam di hadapan wakil2 agensi kerajaan persekutuan yang dianggarkan 350 orang. Nasib baik 1/2 jam jer dan slide pon dah aku siapkan. Lusa aku akan pergi ke Miri untuk hadir mesyuarat pada keesokan harinya. selesai mesyuarat aku akan ke Bintulu plak dan Jumaat aku akan balik semula ke Kuching transit di Sibu. Sabtu 20hb aku akan kembali semula ke Kayel.... begitulah seterusnya..

Oklah, aku rilek2 jap jumpa lagi lusa dalam penerbangan ke miri. Chiow..!

Thursday, October 11, 2012

Berondeng...

span style="color: #ffe599; font-size: large;">AK 5225 | ETD1425| Airbus A320-200 | Kch - Kul | Air Asia


Penerbangan yang ke 36 ditaja sepenuhnya oleh Mastercard Maybank milikku... Total kena bayar adalah RM608.20... Selalu asik free jer naik MAS tapi kali ni kena bayar.

Masuk kali ni dah 24 hari tak jumpa familiku. Banyak perkara aku tertinggal terutama perkembangan anak-anakku. Alhamdulillah ada rezeki lebih dapatlah aku balik. Nak harapkan kursus, minggu depan la baru dapat balik. Anyway, banyak yang telah berlaku dan pesbuk ku yang menjadi mangsa. Nasiblah kawan aku tak ramai. Kalau tak, ramai pulak yang akan terasa...

Apa-apapun tahap kemalasan ku menulis blog masih sama... Malas dan takda idea nak mengarang. Sekurang-kurangnya dapat aku rekod jadual penerbangankupon dah cukup.. Oklah nak rilek2 dulu sambil tunggu bas jet aku... Chiow

Thursday, September 20, 2012

Kadar Tukar Syarat Tanah Sarawak

Mungkin ada di antara korang semua tercari-cari berapakah kadar bagi tukar syarat tanah di Sarawak ni. Aku pon jenuh gak mencari sebelum ni. Aku cuma dapat yang ini jer... Tapi bila baca, kadar ni adalah kadar premium bagi pemberimilikan tanah dan bukan tukar syarat. Sila korang check dulu yer.

Monday, September 17, 2012

Serawa We We Kuinin....

MH 2532 | ETD2050 | Boeing 737-800 | Kul - Kch| MAS

Penerbangan kali ini adalah yang ke 35 setelah balik bercuti menemankan anak aku yang menghadapi peperiksaan UPSR. Banyak benda menarik berlaku sepanjang seminggu tapi aku plak yang malas nak tulis.

Aku balik 7hb yang lepas untuk menghadiri CPD sehari. Lawatan ke loji kumbahan IWK.. Selasa hingga Jumaat aku bercuti sebab selasa sehingga Khamis tu anak aku bercuti. Alhamdulillah, dapat gak aku menghadiri 1 rumah terbuka kawan aku di Seksyen 9. Malam tu aku juga dapat menghadiri Majlis Doa Selamat sempena peperiksaan UPSR yang dianjurkan oleh jiranku... Selepas tu terus ke rumah jiran lain yang juga buat open house.. Hidangan utama ialah kamben panggang. Namun akibat penangan kamben kat Las Vacas, semua hidangan kamben di tempat lain trlah menjadi tak sedap oleh anak tekak ku... Huhuhu

Semalam sempat kami sekelurga pulang ke kampung opah amoiku di Teluk Intan. Pulang tuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu amoiku. Hadir ke majlis sekejap je tapi yang lama adalah lepak di rumah opah. Maka sempatlah anak2 bujang ku merasa motor kecik milik Pak Itam. Motor ni kalau tak silap, dia beli kat Timor Leste hari tu. maklumlah bertugas sebagai pengaman ni masyiukkk.. Petang kitaorang balik.

Hari ni sampailah waktu nak pulang. Oleh kerana atas faktor kemalasan maka aku lambat mengarang. Pada waktu ni kapal dah menjunam turun dari paras ketinggian 29,000 kaki... Oklah aku dah bosan. Lepas ni tak tahulah bila aku akan balik semula..

Chiow..!!!





Friday, September 7, 2012

Kuching - Kay El balik...

MH 2529 | Boeing 737-800 | 18A
Penerbangan ke 34

Thursday, September 6, 2012

Kay El - Kuching

Flite ke 33 MH 2564 Boeing 737-0840.... 1005 hrs | 06092012

Wednesday, September 5, 2012

Kuching - Kay El - Kuching

Flite ke 32 MH 2529 Boeing 737-800....

Monday, August 27, 2012

Las Vacas lagi...

Assalam dan Selamat Hari Raya kepada semua. Hari ni adalah merupakan hari penerbanganku yang ke 31 pulang ke Kuching setelah bercuti bersama keluargaku di Malaya. Aku baru sahaja menikmati Nasi Lemak Pak Nasseer yang telah ku tempah secara online malam kelmarin. Menikmati nasi lemak sambil duduk di jendela memerhati bibit-bibit awan Altocumulus sambil didendangkan dengan lagu Moon River dari filem Breakfast at Tiffany oleh Orchestra Henry Mancini adalah sesuatu yang indah... Korang pernah?

Sempena bulan Syawal ni patutnya aku cerita pasal raya tapi esok-esoklah sebab hari ni aku nak cerita pasal Las Vacas lagi. Seperti biasa, perancang utama Tn Madet dan Tn Mior dan turut serta kali ini adalah Tn Sudin. Kami pada hari tu sangat ketagihkan hidangan "Beef Wrap". Tak sabar-sabar rasanya nak mentedaghah menda tu. Sesampai jer di kedai, jam dah hampir menunjukkan jam 9 malam. Kelihatannya sangat ramai orang sedang menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging.

Sesampai jer ke dalam kedai, kami dapati masih ada tempat kosong dan terus kami duduk dan pelayan memberikan menu. Dengan bangga dan berahi serta sedikit keterujaan, kami semua nak order beef wrap. Namun.....! Apakan daya... PeLayan tu bagi tahu, "...beef wrap dah habis cik.!" aduh, kekecewaan melanda kami semua. So kitaorang nak orderlah benda lain. Aku bercadang ketika tu nak order 'lamb burger'. Nak rasa sedap ke idak. Sekali lagi kami dikecewakan. Kali ni roti plak takda. Adoi... sudah jatuh disepit pula excavator rasanya. Tiada pilihan lain melainkan aku dan Tn Sudin mengorder 'Lamb Shoulder Chop' manakala Tn Madet pula mengorder 'strilloin steak' - grass meat.. maknanya daging lembu yang makan rumput. Pilihan lain adalah daging lembu yang makan bijirin. Tn Mior pula order meatball dan hidangan kedua adalah 'Bruschetta'. Hidangan keduanya tu kitaorang dah rompak ramai2 makanya tinggallah satu jer tuk dia. Hehehe, nasib dia tak marah.

Lamb shoulder chopnya sangat sedap sebab dagingnya diperap secara kering. Tiada sos yang dituang2. Rasanya selepas ini aku takkan makan lagi lamb chop biasa. Salad yang disediakan sangat segar dan tah kenapa, kami semua jadi suka plak makan sayurnya. Terasa cam omputih plak.

Anyway, pengalaman menikmati kesedapan daging tu sangat tidak boleh dilupakan. Selepas ni nanti aku ingat nak pergi lagi. Niat ku nak bawa amoi dan anak-anak aku. Tak tahulah aku camana responnya nanti. Nak ajar diaorang ni tentang makanan. Takmo jadi cam aku dulu, dah umur 21 tahun baru nak kenal dengan chicken chop. Chicken chop ku yang pertama adalah di ITM cawangan Sri Manjung pada tahun 1991. Tak ingat aku makan dengan siapa masa tu.....

Oklah, aku nak ilek-ilek dulu. Sian plak aku tengok awek kat sebelah aku ni yang sejak dari tadi asik terlentok2 ngantok.. "...dik, kalau adik nak sandar kat abang pon takpa. Abang tak kisah pon." muahahahaha ok, ciow chin ciow...

Tuesday, August 14, 2012

Ada ubi ada batas...

Salam Ramadhan..

Pada ketika ini aku berada di dalam penerbangan AK 5239 ke KayEl pulang nak beraya. Alhamdulillah, dapat juga aku beli tiket ni dengan harga yang munasabah. Mana taknya, masa aku nak beli tiket ni dulu aku teragak-agak sama ada aku akan masih berada di Kuching atau tidak pada ketika ini. Maklumlah angin sepoi mengatakan yang aku ni akan bertukar... Kalau tiket dah beli dan aku bertukar, rugi tiket yang kubeli tu...

Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar dan Ramadhan ku kali ini tidak seperti tahun lepas. Tahun lepas setiap minggu aku balik sebab ada tiket murah. Namun disebabkan tahun ni Air Asia takda menawarkan tambang murah maka tak lah dapat aku balik setiap minggu. Ni kira dah 3 minggu la kiranya aku tak balik. Kesian familiku berpuasa tanpa ayah dan suami di sisi macam orang lain. Aku... Hari-hari berbuka depan tibi... Hari pertama aku berbuka hari tu, berlenang juga ayor mate ku. Mana taknya, aku memikirkan dikala umurku yang dah asar ni aku dijauhkan dari famili.

Takpalah, ini pengorbananku. Kalau aku tak berkorban maka orang lain kena gantikan tempat aku. Dalam diam dah lebih 2 tahun aku kerja di perantauan ni. Aku tak kisah sebab bos2 sebelum ni paham dan sekurang-kurangnya dia bagi aku balik 2 kali sebulan melalui kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya.

Namun.... Sejak kebelakangan ni aku tengok bos aku ni ada lain macam sikit. Keputusan yang dia buat membuatkan aku musykil tapi aku peduli apa. Dia boss.. Lantak dialah nak buat apa pun. Namun 2 hari lepas satu keputusan yang agak lain dari lain dan dia mula nak tunjuk hero ngan aku. Yelah.. Diakan boss, memanglah hero tapi agak-agaklah sikit. Timbang rasa lah kat orang lain. Sebab dia boss, maka hampir boleh aku kata tiap minggu dia balik. So aku ni bukannya boss. Kecik sikit jer dari dia makanya takdalah peluang nak balik selalu. Terpaksalah aku nak arrange kursus dan sebagainya. Semua kerja aku pastikan beres. Aku support dia untuk dapatkan data prestasi yang baik.....

Tapi.....!!!!! Keputusan yang dia buat terkini, dia tak bagi aku mintak kursus lagi sebab katanya kursus aku dah cukup. Memanglah kursus aku cukup tapi itulah peluang aku nak balik... Aku tak paham apa tujuan dia. Bajet dah buat, peruntukan untuk aku balik telah dipohon pada tahun yang lalu dan diluluskan. Sekarang ni dia nak sekat pulak. Apa dia nak buat? Nak tunjuk kat HQ yang dia boleh berjimat? Tolonglah... Nak tunjuk hero pun pertimbangkanlah orang lain juga.

Lepas dia sekat kursus aku, ada lagi kejutan. Pada 4 & 5 hb bulan depan ada seminar yang perlu aku hadiri dan
pada minggu seterusnya aku memang nak bercuti sebab anak aku ambil periksa. Untuk program pertama tu aku cadang nak cuti 3hb dan balik petang 30hb. Maka dapatlah aku bersama famili lama sikit sebab cuti panjang. Tapi agak terkejut bila dia suruh aku balik KL pada petang 3 hb tu sebab katanya minggu depan tu aku nak cuti panjang. Adoiii tolonggg lah buat satu keputusan yang munasabah. Takkan 3 hari aku nak duduk melopong jer dekat kuching. Aku bukan sambung terus cuti sampai 2 minggu. Kalau jumaat sabtu ahad tu kerja takpalah aku balik petang 3hb. Dengki ke apa dia ni? Aku bagi tahu dia petang 5hb tu aku balik kuching dan kerja 6 & 7 hb. Bukannya aku sambung cuti terus.

Aku pun tak tahulah apa keputusannya. Aku selama ni menyokong dan buat segala arahannya tanpa banyak soal. Tapi bila tindakan yang pelik macama ni makanya agak tawar hati lah aku nak support. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau dia rasa aku tak bagus dan melawan, dia buatlah apa yang dia nak buat. Maklumlah BOSSSS.... Aku ni pon pelik juga kadang2 tu. tahap naik bas aku boleh jadi diluar jangkaan. Tunggu dan lihat sahaja lah.

Rasanya sikit tu jer lah aku citer.. Banyak2 karang tambah dosa aku jer. Aku ni pahala dah lah tak banyak dosa plak bertimbun2... Ok chiow

Tuesday, July 24, 2012

Las Vacas.....

Assalam, bertemu kembali dan kali ini di dalam penerbangan ke Kucen dari Kayel bersama Air Asia, AK 5204. Ini adalah penerbanganku yang pertama pada tahun ini di dalam bulan Ramadhan dan ianya juga penerbangan yang ke 29 pada tahun ini.

Penerbanganku kali ni rasanya ramai plak omputih turut serta. Omputih ni termasuklah yang ada kat sebelah aku sekarang ni. Rupa memang comel, kulitpon ok tapi bau dia... Uhh macam bau payung lama aku yang ku simpan dalam stor.. Sabun dicipta untuk membersihkan yang kotor.. Minyak wangi pula dicipta untuk apa? Pasal tu lah omputih ni suka ngan minyak wangi.

Oklah... Takmo citer pasal omputih ni, baik kita citer pasal makanan lagi best. Jumaat lepas me and my amoi telah gi lunch di Las Vacas, Kelana Jaya. Tempat dia adalah di belakang stadium FAM, kedai lot hujung. Alamatnya kalau korang nak pergi adalah di No.23 Jalan SS5A/11, Kelana Jaya. (pada ketika ini, kapal yang aku naik ni baru sahaja melepasi Bandar Kuantan dan memasuki Laut China Selatan.). Kami memilih untuk duduk di dalam dan tak lama selepas tu menu diberikan. Aku tanya amoi nak makan apa... Errr dia kata entah lah. Hehehe.. Aku pon camtu gak dulu. Bila tengok menu, tak tahu nak order apa sebab semuanya macam sedap walaupun takda gambar. So untuk memudahkan keadaan makanya akulah yang order. Aku order "Beef Wrap", "Meat Pie" dan "Lamb Shoulder Chop". Walaupun 3 jer menu tu tapi dah mencukupi. Amoiku kata fia nak rasa jer.. Ermmm lamb chop tu pon adalah sepotong dua jer dia makan. Itupon part yang garing.

Apa-apapon alhamdulillah kerana dapat juga aku bawak amoi gi makan kat situ. Harga boleh tahan dan munasabah. Semua sekali termasuk air berjumlah RM81.45. Memang Best...!!! Oklah, aku dah malas ni dan nak tidor. Tengok gambar jer lah yer. Kbaiiii....





Wednesday, July 18, 2012

Antara Dua Darjat, Class L dan Class J...

Assalamualaikum, berjumpa lagi di penerbangan ke 28 pada tahun ini di dalam Airbus A330-200 MH2529 penerbangan menuju Kayel bertemu famili kesayanganku. Beza penerbangan kali ni dan sebelumnya adalah penerbanganku kali ni sepenuhnya ditanggung oleh kad kreditku. Huhuhuhu....

Sebenarnya aku tak rancang nak balikpun tetapi mengenangkan anak bongsuku yang dah jadi tak menentu rindu kat aku, maka ku putuskan untuk pulang. Bila tengok tiket harga mahal... Air Asia pon mahal gak, MAS apa lagi. Oleh kerana ini kuanggap sebagai emergency maka terpaksalah aku gunakan talian hayat... Enrich. Point aku taklah banyak mana pon tapi boleh lah guna untuk kecemasan macam ni. Kali ni mungkin rezeki aku kot sebab dia charge 8,000 point jer. Tahun lepas aku kena 11,000 point. Oleh kerana tiket dah cover by Enrich makanya aku hanya perlu bayar tax sahaja lah... RM78 je. Untuk tiket balik aku beli Air Asia sebab ada murah sikit. Total Air Asia RM144 Kayel ke Kuching.

So apa bendanya class yang aku cakap kat atas tu? Untuk pengetahuan korang, kalau beli tiket guna Enrich ni maka tiket kita akan berada di dalam Class L. Class Y adalah fullfare. Dulu bila naik MAS guna waran mesti dapat tiket Class Y tapi tahun ni bos aku suh guna Class K plak. Class K ni murah sikitttt jer dari Class Y tapi masalahnya tiket tak boleh tukar kalau last minit. Kalau tak silap aku dalam tempoh 48 jam. So, Class J ni apa pulak? Hahaaa ni lah Class yang aku tunggu tapi masih belum dapat-dapat. Class J ni adalah bagi penerbangan menggunakan Bisnes Class...

Cakap pasal bisnes clas ni, aku nak ucapkan time kasih pada staff aku yang baru balik kursus kat New Zealand. Dapatlah aku barang All Blacks ni. Dahlah dapat kursus kat sana, semua ditanggung. Tiket penerbangan pon guna Class J.. Fuh rezeki ko la Farizan... Anyway thanks...

Oklah, kali short aje sebab aku dah malas sejak sebelum aku mula nulis ni lagi. Idea takda tapi sekadar nak rekodkan penerbangan ni maka ku gagahkan jua.... Adios...

Tuesday, July 3, 2012

Menikmati Keintiman di LCS...

Owang kampung bini aku kata selamat malam tapi owang kampung aku plak kata good evening.... Penerbangan ke Kucen pada malam ni yang ke-27 bersama MH2534. Hari ni aku rasa sangat sedey terasa macam memula dulu aku fly back walaupun hari ni genap aku bekerja di Kucen 2 tahun 3 hari dah...

Pada ketika ini aku berada di Gate A9 menunggu masa tuk masuk ke pesawat Boeing 737-800. Tajuk di atas takda langsung kena mengena atau bersaudara bacang ngan ceriteraku kali ini. Sebagaimana biasa, ceritera ni sekadar rekod penerbanganku sahaja dan apa yang aku nak cerita adalah ikut pada mood aku. Kepulanganku ke Kayel kali ni sebenarnya ada 2 sebab dan sebab pertama adalah kerana CPD pada hari Isnin dan sebab kedua adalah kerana pada minggu ni juga Jabatan aku mengadakan Sukan JPPH.



Aku sepatutnya hadir selaku salah satu ketua kantor bagi zon timur. Namun atas sebab teknikal kononnya, aku telah tidak hadir. Makanya pada Isnin lepas, pengerusi zon timur yang bergelar "latok" telah memandang dengan penuh benci kepadaku.... Aghhh so what..?? Sebenarnya aku rasa tak sanggup nak meninggalkan familiku terutama anak-anakku yang merindui kasih sayang.... Sepanjang masa tanya aku nak gi mana... Hatta aku di dalam toiletpon diaorang terjerit-jerit mencari aku. Sooo... Lu pikir lah sendiri. Pada yang kata aku tak bertanggungjawab sebab tak hadir, lantak koranglah nak kata apa.. Aku dah berkorban dengan sanggup kerja jauh dari famili... So kali ni aku pilih famili...



Jumaat malam sabtu yang lepas aku menemankan kejap amoiku menyudahkan kek tempahan 2 kilos oleh adik ku. TQ Ipah sebab selalu tempah kek kat kak Ct. Nama pon perniagaan anak beranak kan... Aku tanya amoiku dah berapa banyak tempahan setakat hari ni... Dia kata adalah beberapa tak ingat. Ada dalam buku catitan perniagaannya. Pas tu aku tanya kat dia, sapa orang pertama yang tempah? Hahahahaha... Yang itu aku ngan amoiku gerenti ingat sampai kiamat. Sapa lagi kalau bukan Enchek Mior.. Hehehehe.



Pada Ahad malam Isnin plak, aku akhirnya berpeluang gak gi makan hidangan western yang sangat best kat Kelana Jaya. Ni kengkawan aku la, Enchek Mior dan Enchek Madet yang bawak aku. Kitaorang pergi agak lewat tapi masih belum terlambat. Kedai tu tutup awal sangat bai... Kul 10 dah kemas meja. Sebelum ni kita orang gi ke 'Ayers Rock' kat Bukit Jelutong tapi kali ni tempat makan tu dikenali sebagai 'Las Vacas'. Kali ni aku cuma order yang simple saja sebab petang tu amoiku dah masak gulai ketam dan ada sedikit pembakaran lamb shoulder... Namun walaupun kenyang, makan tetap makan bai....



Aku sebenarnya tak berapa reti sangat nak order walaupun tahu apa bendanya. So aku hanya ikut sajalah apa yang diaorang makan makanya aku makan. Malam tu kitaorang order Meat Pie, Meat Wrap, Lamb Shoulder Chop, Meat Ball dan 2 Apple Juice. Mior dia tak order air pasal dia dah beli siap2 kat kedai sebelah.. Muahahahaha.. Air kat situ mahal katanya... Haha, memang pon. Tapi makanan tetap best siut. Malam tu juga rasanya pers taim aku rasa daging yang dimarinate secara kering. Fuh.. Boleh ulang balik bai, tapi dengan syarat bawak jer duit tebal sikit.. Tapi next trip jalan-jalan cari makan katanya ke tempat roti ala-ala peghancis.. So diaorang soh aku bagi tau bila balik dan diaorang akan standby. Fuh..! Memang best terbaeek lah my prens... Apa-apa pon TQ kat Madet and Mior coz sudi ajak aku gi tempat tu... Really appreciated it.



Penerbangan malam ni aku telah dihidangkan dengan roti prata dan kari ayam.. Huhuhu.. Tak sedap tapi kapal 738 ni memang best. Amoi yang duduk kat sebelah aku ni pon boleh tahan shunnya... Tapi sebab aku ni jenis pemalu, nak say hi pon segan. Apa yang mampu aku buat hanya bergesel siku jer lah.... Alamak, kapal ni terpaksa merentasi kawasan yang ada terbulen la plak. Harap2 keadaan tak teruk tapi aku tengok gegel yang serve makanan ni kelam kabut jer kutip hidangan yang dah habis...



Ok lah keadaan kapal ni yang dah macam kapal laut membuatkan aku rasa dizzy sket. Amoi sebelah aku ni nampaknya macam pening, so aku chiow dulu ah. Nak standby, manalah tahu tetiba dia mintak tolong aku suh picit pala dia ker... Byeeee!!!

Friday, June 29, 2012

Beg Kulit Buaya Samarahan...

Pada dan ketika saat ini orang di Semenanjung masih menunaikan solat Jumaat dan orang di Borneo telah lama selesai, aku masih lagi berada di atas awan di antara mereka. Penerbangan ke-26 tahun ini adalah bagi perjalanan Kuching-Kay El atas urusan rasmi kajaan dan masih lagi setia bersama MAS...

Sebenarnya kali ni aku agak malas nak menulis dan bercerita. Takda apa yang aku nak ceritakan. Maklumlah orang bujang senang ni, kadang2 bukan semua boleh cerita.. Hahaha.. Namun disebabkan aku dah janji dulu bahawa aku kena menulis tiap kali aku terbang maka ku gagahkan jua. Cerita kali ni mungkin pendek jer. Tunggulah nanti bila aku nek flite ke London nanti.. Ako post 3-4 cerita sekaligus.

Sekembalinya aku dari Semenanjung pada awal bulan ni, aku terus dikehendaki berkursus selama 4 hari di Pullman Hotel, Kuching. Memang best gila, maklumlah hotel baeekk punya. Dalam keadaan biasa aku sebenarnya tak layak tuk menginap di hotel tersebut sebab ianya di dalam kawasan lingkungan pejabat. Tapi sebab kursus ni INSPEN yang bayar makanya dapatlah aku berseronok2.... Walaupun kursus tu dari pagi hingga ke malam tetapi tak mengantuk dan meletihkan sebab kursus ni lebih kepada latihan. Latihan bagi penyediaan Laporan Pasaran Harta yang mana aku ni bertindak sebagai "Editor Penulisan Teks Negeri". Alhamdulillah, banyak yang dapat aku belajar dan tadi sbelum ke epot, sempatlah aku menyiapkan tugasku itu. Kalau tak siap memang akan rasa kelam kabut punya. Maklumlah, kena hantar sebelum 1 Julai ni.

Siap jer kerja aku tadi maka terus aku minta driver di opis tuk hantar ke epot. Sebelum check in, aku sempat ke kedai beg untuk membeli beg.. (takkan nak beli baju plak..!) Sebelum ni aku dah tanya ngan amoiku tapi dia taknak. Katanya beg tu tak tahan. Takpa esok2 aku cari beg yang dibuat dari kayu ker, besi ker atau kalau nak kulit, aku suh anak buah aku yang suka sangat mancing udang tu gi tangkap sekor buaya. Nanti boleh lapah ramai-ramai buat beg.. Tadi sebelum check in aku gi lah beli. Terpulanglah dia nak pakai ke tidak. Esok kalau koyak takpalah.. Nanti beli yang lain.

Seperti yang aku janjikan, cerita ceritera ku kali ni adalah pendek sahaja. Kapal ni dah mula menurun dan dalam kurang setengah jam lagi aka landing. Ok, sehingga bertemu lagi, sayonara......

Thursday, June 21, 2012

The Blue Boot....


The Zoo Keeper
 (The Rhino and The Zoo Keeper)
Kuching




Sunday, June 10, 2012

Sup Kosong dan Pekasam Japan GT...

As salam semua, pada ketika ini seperti biasa aku di bilik serombong menunggu penerbanganku ke Kucen yang dijangka pada jam 2050. Sekarang ni masih jam 1950 dan ada sejam lagi sebelum aku dibawa terbang. Semenjak-menjak opis aku guna K class ni, tiket terhad optionnya. Dulu boleh gak pilih seat masa nak beli tapi sekarang ni bila pakai tiket K class ni seat hanya boleh pilih masa check-in. Memandangkan penerbangan penuh, seat aku hanya dapat 10C. Ermm takpalah janji bukan duk tengah. Senang sikit aku nak laga-lagakan bahu aku ngan pinggul FA.....

Penerbanganku kali ni adalah yang ke-25 untuk tahun ini. Alhamdulillah masih mengekalkan MAS sebab duit masih banyak lagi. Esok dah susut maka barulah kita guna Air Asia plak. Namun sehingga bila..? Kita tunggu jika ada sebarang tsunami bulan Julai ni yer. Akupon akan genap 2 tahun berada di Kuching hujung bulan Jun ni.

Beberapa hari yang lepas, aku terbaca satu status update di FB. Mamat tu aku tak kenalpon tapi sebab salah seorang kawan aku komen makanya dapatlah juga aku baca. Kisahnya adalah seperti begini... Satu hari mamat ni dan kawannya pergi makan kat satu restoren melayu dan aku rasa terletak di belakang kedai mamak di Seksyen 7 Shah Alam. Mengikut ceritanya, dia telah mengorder nasi putih, daging or ayam goreng kunyit dan telur dadar serta sup kosong. (kalau tak silap aku la) So, tunggu punya tunggu maka sampailah apa yang diorder. Namun sup kosong tidak dihantar. Sementara tunggu, diapon merasalah sikit ayam/ daging goreng tu. Kemudiannya bila sup masih tak sampai, so dia bertanyalah dengan pelayan yang lalu lalang. Pelayan tu beri jawapan, sup kosong tak dijual dikedai tu. Mamat tu apa lagi.. Hanginlah sebab apa yang diorder takda sedangkan tadi kata ada. Mamat ni pon pergilah ke kaunter untuk komplen. Cashier kat kaunter pun bagi tahu benda yang sama bahawa sup kosong takda. Dipendekkan cerita, mamat ni nak blah la sebab kononnya dia tak boleh makan sebab sup kosong takda untuk melembutkan nasinya. Masa nak bayar, cashier kata harganya lebih kurang RM17. Mamat ni bengang lah sebab katanya dia tak makanpon sebab sup kosong takda. Cashier tu kata dia kena bayar sebab dia dah cuit makanan tu. Akibat bengang makanya mamat ni kata dia campakkan RM20 kat kaunter dan blah tanpa ambil baki...

Hahahaha... Hehehe... Hohoho... Apa daaa, sup kosongpon boleh jadi isu kemarahan. Meh aku nak ulas sikit. Pertama sekali, kedai tu pon satu. Takkanlah sup kosong pon takda. Takkan takda pernah orang order makanan yang bersup... Macam tak logik jer. Tapi bagi aku itu saja kesilapan pekedai tu. Pada mamat tu pulak, apa ke halnya pasal sup kosong pon dia nak marah bebenor. Sup tu pon biasanya tak jual, diaorang bagi free ajer. Kalau ko order siakap masak stim ker... Tomyam seafood ker takda tu takpa la gak. Ini sup kosongpon nak kecoh. Kalau ko dah tahu takmo makan, yang ko gi cuit2 makanan tu watper. Agaknya kalau ada orang lain yang cuit dan bagi kat ko, pasti ko pon taknak. Bagi aku betullah apa tindakan pekedai tu. Diaorang bisnes... Benda yang ko order tu sapa nak makan? Pastu ko dah cuit plak... Adoi...

Perkara yang sama terjadi gak kat aku tapi kat Pizza Hut Tesco Sek 13. Aku pon tak tahulah.. Bila order jer dah kira kena bayar. Meh nak cerita sikit.. Hujung bulan lepas bila sekembalinya aku dari kucen dan sampai jer dirumah, terus aku bawak famili aku gi Pizza Hut. Kami order memacam... Antaranya Chese Baked Meat Ball (carbonara). Bila semua dah sampai, last sekali meatball dia hantar. Namun bukan carbonara dia bagi tapi masala... Aku cakap kat pompuan pelayan tu aku taknak masala (aku dah makan sebelum tu masa kat kucen.. Pedas beb sampai sakit perut aku dibuatnya). Pastu pompuan tu kata tomato boleh? Aku cakap aku taknak tomato dan kalau takda, aku nak kensel je menu tu. tapi pompuan tu kata kat aku.. " tak boleh kensel cik sebab dah order.." akupon apa lagi.. "eh.. Tu bukan masalah saya sebab saya order carbonara.. Betul tak? Pompuan tu tersenyum cam tak puas hati dan aku boleh dengar diaorang bincang pasal menu yang aku kensel tu.

Bila habis semua makanan so kami pon ingat nak blah la pasal dah kekenyangan.. Tiba2 dia hantar semangkuk menu yang aku dah kensel. Dalam hati, aku kata takpalah. Nanti boleh makan kat umah jer. So aku suh dia tapau. Masa nak bayar, sorang pelayan bawak makanan tu yang dah dimasukkan dalam bekas plastik. Bila aku tengok... Terkejut aku. Aku bukak dan tanya kat pelayan tu. "apa nih? Ini you kata carbonara? Mana sosnya? Mana chesenya?" aku dah hangin dah pasal dia macam nak main2kan aku. Korang bayangkanlah dia cuma letak meatball tu dan secebis dua chese yang rupa macam sisa. Sosnya langsung takda. Tak lama kemudian tu keluarlah sorang bangla yang aku agak supervisor kot. Mentang2 kulit aku cam bangla, supervisor bangla dihantarnya kat aku. Dia hingat hantar bangla tu boleh selesaikan masalah agaknya. Apa lagi aku start mengamuk. Seb baik aku tak campak makanan tu. dipendekkan cerita diaorang pulangkan balik duit ikut harga makanan dan termasuk servis charge.. Dapatlah balik aku lebih kurang RM12++.

Habis dah citer sup ngan pizza.. Meh aku nak citer pasal pekasam plak. Awal minggu lepas kawan aku balik kampung sebab hantar bininya untuk bercuti di kampung. Beberapa kawan aku telah mengirim ikan pekasam (pekasam wei.. Bukan perkasa) makanya aku pun ngirim gak la tapi tak banyak la sebab aku ni makan bila ada jer. Dipendekkan citer, semalam dan tengah hari tadi aku dok makan pekasam ni. Pekasam ni bukan macam ikan masin beb tapi aku pon tak tau camana nak gambarkan.. Benda tu bila masuk mulut jer, terus otak akan kata berseleranya aku nak makan... Aku suka yang bahagian garing jer... Rasa masam tu buat rasa makan nak bertambah. Korang pernah makan nasi ambeng? Aku kalau makannya, otak aku akan kata... Sedapnya..!! Aku tak boleh nak gambarkan macamana. Nasi sama jer tapi bila kena dengan sohon tu rasa lain plak. Anyway TQ pada yang ngoder sebab dia order makanya dapat aku merasa gak.

Jumaat awal bulan ni aku dah ada di shah alam dan pada hari tu jugak aku dijemput oleh salah seorang kawan aku yang jual Honda kat Glenmarie. Dia kata meh ke tempat aku.. Ada awek GT katanya. Bila aku sampai makanya nampaklah aku ada 2 orang awek mulus yang berpakaian ala-ala Pitt girls Japan GT. Pada hari tu juga ada cabutan bertuah tapi bagi aku, aku tak minat sangat ngan cabutan bertuah ni. Hadiahnya tiket untuk menyaksikan Japan GT yang baru habis semalam. Bila habis cabutan, aku dan anak akupon keluar.. Tetiba jer aweks tu lalu hampir dengan aku dan anak aku dan salah sorang promoter tu tanya kat aku, "u want to take photo sir?".. Hehehe.. Aku hanya tersipu malu. Haha tapi amik gak. Anak akulah untung siap boleh peluk2.. Cheh! Masa tu anak pompuan aku pon ada dan dia masa tu sangat marah kat aku sebab aku bergambar ngan awek tu.. Hahahaha.. Balik umah siap report kat mak dia.. Huh tak sporting langsung.

Sabtu lepas, jiran aku ajak tengok Japan GT ni sebab dapat tiket free.. Tapi tak dapat nak ikut sebab bini aku nak balik kampung... Huhuhu sangat tinggi kos melepas itu.. Takpalah takda rezeki..

Rasanya panjang sangat aku dah nulih ni yop..! Atte sekarang pon jam udah nunjuk pukui 10.05 malam. Jap lagi kapai ni junam ler sebab nak landing. Makanya itu ajer lah yer.. Teman nak semak balik apa yang teman naip dan sampai KIA nanti, teman up yer.. Adioss

Blog Widget by LinkWithin