Amoi tonggek berperut buncit di Laut China Selatan...
Salam sejahtera dan hari ni aku nak ke KL, penerbangan ke-4 tahun ni dan yang pertama bulan Februari ni.
Minggu ni aku tak rasa berapa nak makan sangat. Pagi breakfast lepas tu petang baru makan lagi. Tak tahula kenapa. Tapi bila malam jer mulalah lapar. Kalau kedai bukak takperlah.. Semua tutup dan yang masih buka kedai2 makan cina sekitar kuching ni. Ermm kalau aku ada awek amoi tu kira ok lah juga. Amoi yang kat mah aku tu pecah rumah plak dan tang sorang lagi tu dah ada bopren dok sekali dengan dia. Bila lah diaorang nak clash... boleh gak aku amik alih.
Hidup kat Kuching ni kena banyak bersabar terutama tang mata. Diaorang ni pakai baju tah sesapa agaknya. Tak gheti nak pilih saiz. Terpendeklah... Tersenteng lah.. Lepas tu kalau kita tengok, dia seboklah nak tarik sana tarik sini.... Ermmm last sekali aku gak yang terseksa...
Payah betul sebenarnya aku nak mulakan karangan ni. Hilang mood aku gara-gara flite delay. Biasanya aku akan mengarang kat dalam flite tapi kali ni terpaksalah aku mula lebih awal. Kalau nak tunggu boarding, melopong la plak tak tahu apa nak buat. Petang ni aku pilih MH2529 sebab kapal dia besar Airbus A330-300. Pelayan2nya pun lebih mesra.. Namun kalau dah delay nak wat camna. Tadi aku mintak kupon makan kat kaunter, awek tu cakap kalau delay sejam baru boleh. Aku cakap kat dia dari 5.50 ke 7.10 kurang 1 jam ker? Pastu dia menung kejap dan terus bagi tahu... Kalau flite delay kurang 1 setengah jam tak boleh dapat kupon. Ermmmm malas aku nak bertekak ngan diaorang tu weyh... Aku pon blah jer la menuju ke tempat persinggahan bilik serombong nih.
Entry kali ni sebenarnya aku nak citer sesuatu yang serius tapi camana nak mula nih....environment kat sini tak dapat naikkan mood. Orang putih amerika kata... ".. It aint make me horny"..
Selepas dipikirin, aku rasa hari ni aku citer yang ringan jer lah. Takda mood beb.. Orang takda mood ni, kalau amoi jalan kat depan sambil angkat2 seket pon tak jadi apa...
Sabtu lepas aku telah menerima satu SMS dan ianya dari adik aku... Adik..? Ermmm... Memang adik betul tapi ibu jer yang sama. Bapak dia ngan bapak aku tak pernah kenalpon. Dia kata kalau dia datang Kuching aku nak jumpa tak? Mestila dik... Aku ni tak pernah ada masalah pon dengan dia. Cumanya aku rasa jauh dari dia akibat konflik dengan ahli yang lain. Dia kata nak belanja aku makan dan nak sembang-sembang... Ermm aku tau sebenarnya apa yang dia nak sembang cumanya aku rasa cam keras hati.. hati kering.. dan memacam lagi lah yang berkaitan dengan hati.... Aku cakap ok.. Tak lama tu aku hantar sms kat dia dan ajak minum petang Sabtu tu jer. Maklumlah, hari Ahad aku nak membuta, basuh baju dan tengok citer kelen... Pastu dia kata tengok camana coz dia tak abis meeting lagi. Wooo.. Aku ni lebih awal kerja ngan rimau 2 ekor dari dia. Sejak bila plak buat meeting Sabtu petang, Ermm takpalah, dia ni loyer kat AG. So mungkinlah loyer2 ni tak macam aku...
Lepas Maghrib aku antar SMS kat dia tanya dah dinner ke belum... Lama baru dia nak jawab. bila dia jawab, dia bagi tahu sebenarnya dia belum sampai Kuching. Malam tu baru nak bertolak. Laaa... Mood aku terus berubah.... Aku ni bukan apa, aku tak suka orang cakap belit2. Hatta anak buah aku kat opis pon aku tak bagi tipu. Bini aku tanya kat Kuching ada awek ker tidak, aku cakap ada! Cumanya dia yang tak percaya... Muahahaha...
Back to the story, dipendekkan citer, aku cuba tipon dia sebab dia tanya keta sewa. So aku ada ingat nak amik jerla dia kat epot. Esok baru sewa kereta tu. tapi tak berangkat.. Aku ingat aku dah kena main lagi tapi rupanya tipon dia kong... Ermm saja jer nak jadi citer. So malam tu dekat kul 1 dia sampai KIA dan aku tau sebab dia antar sms. Aku terus tipon anak buah aku yg bagi sewa keta tu... Nak tanya berapa orang dia datang. Anak buahku kata diaorang datang bertiga jer... Ok lah (ada sebab sebenarnya aku nak tahu berapa orang datang). Lepas tu terus aku ajak anak buah aku minum kat waterfront.. Semasa menunggu aku cuba nak pulihlan mood. Alhamdulilah berkat kerjasama kekawan FB telah menyebabkan mood aku naik balik.
Dipendekkan citer lagi yang kalau aku nak tulis gak boleh mengalahkan novel Ombak Rindu ni. Karang fofular plak aku diaorang wat drama. Petang tu aku bawaklah adik aku ngan hubby dan babynya ke Kampung Budaya. Show aku jangka jam 3 tapi rupanya jam 4. So lepas habis round, kitaorang ada 1 jam nak tunggu...
Memang dah takdir dan pada masa tulah aku mula bersembang dengan adikku. Hubbynya seakan faham sebab dia duduk jauh dari kitaorang melayan babynya. Maka bermulalah kisah sambil sesekali adikku mengalirkan air mata. Persis ketika itu dah macam citer sinetron Alisa.. sepasang kekasih yang nak berpisah... Huhuhu... Bila dah pukul 4, aku ajak adik aku masuk tengok show tapi dia kata taknak sebab nak habiskan sembangan tu. pendek citer lagi, aku suh la hubby dia masuk tengok show....
Setelah dia berpeluang bercerita dengan aku dan aku pon berpeluang menceritakan sebab musabab yang selama ini sangat aku idamkan iaitu berharap suatu hari akan ada ahli yang berkaitan bertanya dengan aku.... Cerita punya cerita tetiba aku rasa cam butter dah nak cair.... Maksudnya, hati aku yang dah keras bertahun-tahun telah cair....
Diringkaskan, aku telah memaafkan kejadian yang telah menimpa diriku dan dengan serta merta aku terasa bagaimana rasanya mempunyai adik..... Aku terharu kerana selama ini dia menjadikan aku idolanya....
Last sekali, semasa menghantar mereka masuk di epot. Sekali lagi aku rasa terharu... Ya Allah, sesungguhnya kau maha besar. Krisis yang selama ini kusangkakan tidak akan selesai tidak menjadi kenyataan.. Kemarau yang panjang telah dibasahi...
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kalau aku mati lepas ni, tiada lagi dosaku dengan ibuku yang melahirkan ku... Namun adikku memberitahu bahawa mereka akan datang lagi bersama ibuku.... Tak sabar rasanya aku nak menanti saat itu... Di Semenanjung, aku tak boleh atas beberapa faktor yang belum selesai....
Rasanya itu lah saja... Kapal yang delay ni dah nak terbang.. So aku up terus lah... Bobaiiiii !!!!
Gambar kat atas ni guna Aipon jer.. ok haper...?!
Amoiku tersenyum mesra selepas kunyatakan hasrat ingin beramoi lagi... huhuhu
Kat bawah ni, my sister n her family. Nasib aku bawak kamera kompek... dapatlah buat kenangan.
No comments:
Post a Comment