Sebu berCHOGM di Sibu...
Assalamualaikum, pada ketika dan saat ini, aku sedang berada di epot Sibu menanti ketibaan flite MH2261 ke Kuching. Ini adalah penerbangan ku yang ke 7 tahun ni.
Tujuan sebenar aku ke Sibu ni sebenarnya adalah kerana perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sibu. Bukan kes rogol, rompak ataupun bunuh tapi kea pengambilan tanah. Aku bertugas sebagai salah seorang pengapit hakim a.k.a assessor. Sepatutnya kes habis sampai jumaat tapi sebab dah abis awal dan aku dah naik sebu duduk kat Sibu ni makanya hari ni gak aku nak balik.
Yela.. Duk lama-lama pon tak tahu dah nak buat apa. Kat Bandar Sibu ni bila malam jer semua kedai tutup. Kedai yang buka hanyalah rumah urut, karaoke dan pub. Kedai makan yang buka pon Mc D jer. Itu semua sekitar hotel yang aku duduk. Memandangkan aku ni takLarat nak jalan jejauh maka dok lepak jer kat dalam bilik otel yang ditanggung sepenuhnya oleh rimau dua ekor, bulan dan bintang. Tak banyak citer aku nak kongsi memandangkan aku hanya lepak kat bilik jer tengok movie dan iklan. Untuk itu aku kongsikan gambar jer yang aku amik sekitar bandar Sibu dari RH Hotel..
Ok lah, malas nak tulis lagi, kapal dah sampai dan tunggu masa nak masuk. Flite ni sekejap jer about 35 min. Oleh itu tak sempat nak buat apa-apa. Makan takda cuma ada minum jer. Ok lah.. Bababaiiiii...
No comments:
Post a Comment