Monday, February 6, 2012

Catatan kenangan 12 tahun yang lalu....

Good evening and assalamualaikum, malam ni adalah penerbanganku yang ke-5 tahun ni bersama Boeing 737-400 ke Kuching. Seat kali ni 10A.... Ermmm takda apa yang special pon, belasah jer. FYI, waran kerajaan tidak dibenarkan duduk di seat laluan kecemasan dalam penerbangan MAS. Jangan tanya aku kenapa tapi itu polisinya... So tak boleh la nak bersila panggung bagai...

Hari in 6 Februari 2012 adalah merupakan ulang tahun perkahwinanku yang ke 12 tahun. So, entry kali ni nak cerita sedikit sebanyak pasal perkara yang berlaku 12 tahun lalu. Kali ni takda yang mengarut hokey.... Pada masa aku memulakan karangan ni, aku berada di bilik berasap menunggu masa untuk pintu B8 buka. Flite aku dijangka ETD @ 20.55.

Pada 6 Februari 2000 alhamdulillah aku telah diijabkabulkan dengan anak Kamaruzaman yang bernama Siti Herdawaty... Pada pagi tersebut aku telah bertolak dari Shah Alam bersama rombongan. Namun pada ketika itu, krisis telah dan masih berlaku. Akibatnya, walaupun kami serombongan tetapi telah bertolak secara berasingan. Aku masih ingat yang pagi tu aku naik kereta dengan kengkawanku dan terpisah dari kereta2 sedara mara. Seingat aku pada pagi tu aku telah dihantar oleh Sam, Mamat, Rahim, Arie dan... sapa lagi tak ingat plak... Yeop dan wifenya naik kereta lain. Dia orang penting coz dialah pengapit aku. Sam ditugaskan untuk drive kereta Iswara Aeroback aku. Ye la, takkan pengantin nak bawak sendiri plak kan...

Kita orang sampai di rumah pengantin lebih kurang pukul 10 pagi... Err kalau tak silap la. So sampai jer di surau tu aku terus salin pakaian baju melayu dan samping pinjamku... Seterusnya majlis dimulakan. Semasa majlis pernikahan dilangsungkan, ramailah sedara maraku turut hadir... Ada yang aku kenal dan tak kurang juga yang aku tak kenal. Semasa melafazkan akad, asalnya dah ok tapi tetiba jer ada plak suara sumbang yang suh ulang balik. Katanya tak berapa nak dengar. Adouuiii.. Len kali cuci ler tinga tu. tak pasai-pasai aku kena lafaz 2x. Bila kali kedua, nervous aku datangler.. Seb baik la aku masa tu hero. Semuanya berjalan lancar. Selepas kadi membaca khutbah kawen dan selepas aku membaca takhlik, tok kadi telah bertanya kat aku.... "... Ayat mike ke nih..?" aku terus terpinga-pinga. Tok kadi tu ulang balik dan aku terus pandang pada pengapit aku yang sah-sah orang kole kangsor. Dia senyum jer tengok kat aku dan bagi tahu aku cakap yer ajer... Hehehe.. Aku pon cakap ler yer. Adoi, tok kadi ni kot yer pon cakap kay el la len kali.. Seb baik pengapit aku ada.

Seterusnya kitaorang pon berarak ler ke rumah pengantin pompuan selepas tu. Sesampai jer aku terus melakukan acara 'batal air sembahyang'. Namun pada masa tu aku dah takda air sembahyang lagi, terkentot masa tok kadi tanya soklan bahasa peghok tu... Belasah jer lah.. Untuk acara ni aku guna rantai tangan. Aku tak ingat dah masa tu berapa aku beli.. Masa tu emas baru lebih kurang RM32 segram. Selepas ku pakaikan rantai tu maka sempurna lah majlis akad nikah. Makanya selepas tu beriya2 la aku ngan kengkawan aku bergambor kat dalam bilik tu, siap pelok-pelok lagi sampai terkantoi ngan kakak iparku. Hehehe.. Sabor yong, kami bukan gay...

Diringkaskan cerita, malam tu bermulalah malam pertamaku.. Takmo citer apa yang aku buat tapi yang pasti malam tu aku terkejut bila terjaga sebab selalunya kalau aku terjaga, sengsorang jer tapi malam tu ada orang lain. Seb baik aku tak tumbuk dia... Hahahahaa. Pagi tu bangun cam biasa.. Selepas breakfast pertama selepas bergelar suami, aku pon keluar ke depan rumah dan aku tengok Yong ngan Abang Roy sibuk mengemas pinggan mangkuk. Aku tolong sesikit jer. Patutnya diaorang nak balik hari tu tapi mengenangkan aku ni orang kay el makanya tak percaya dema aku nak ngemaih. Lagipon esoknya tu aku nak ke Cameron Highland. Ada perasmian pecah tanah di sana... Huhuhuhu...

Alhamdulillah, kini dah 12 tahun berlalu dan kami telah dikurniakan dengan 3 orang anak. Dua putera dan sorang princess. Syukur kepada Allah walaupun kami hidup sederhana dan kini dah setahun setengah aku duk berasingan dengan mereka tetapi kami hidup gembira.. Cukup makan dan cukup pakaian...

Malam ni, cuaca sangat baik. Malam pon terang dan aku boleh lihat dengan jelas kepak kapal ni dan awan-awan yang berkepul di luar sana. Ok lah yer, kapal ni rasanya dah mula nak menjunam ni.... jap lagi sampai di KIA, aku up entry ni. Jumpa lagi esok di dalam penerbangan seterusnya. Nak tahu ke mana? Tungguuuu....!

Assalamualaikum.....

2 comments:

Sheri said...

wah, kurusnye time nih. hehe ngee ;)

Khalsyaza said...

Sekarang pon..... Huhuhu

Blog Widget by LinkWithin