Monday, December 14, 2009

Adakah dah sampai masanya..?

KhalitKekadang tu kita kata kita kenal seseorang tetapi persoalannya apa yang kita kenal? Adakah kita hanya kenal sebab kita bersaudara?, berkawan?, bekerja sama pejabat?, bersekolah sama mahupun berjiran? Kepada mereka yang tak kenal aku, mungkin dia tak tahu... Kepada mereka yang kenal aku pulak, belum tentu dia tahu. Habis tu siapa yang kenal aku???? Entahla.. hanya yang kenal aku saja yang tahu... hehehe..

Selama hampir 11 tahun dah aku kerja ngan kerajaan nih tetapi nasib aku masih bernasib baek sebab aku masih lagi berada di sekitar Lembah Klang dan tidak berjauhan dari kaum keluarga. Namun sampai bila?.. Tahun depan, Jabatan aku akan ada pertukaran besar-besaran. Untuk BOSS, surat pertukaran dah keluar yang melibatkan 5 Negeri.. Tawun depan dijangka akan berlaku pertukaran melibatkan golongan marhaen plak... Adakah aku terlibat sama?... Rasanya macam ya, cumanya aku tak tahu ke mana. Big Boss hari tu ada panggil aku dan tanya mana agaknya aku nak pergi.... Ayoyo. Tara buleh buat pilihan da.. Kalau aku pilih A, mungkin B lebih baik. Kalau pilih B, mungkin A lebih baik. So, hantar jer lah kemana pon. Orang kata, SYMP jer...

Racing2

Masalahnya, jika dah samapi masanya aku kena transfer, adakah bermakna dah sampai masanya juga aku kena beli sebijik kereta lagi untuk kegunaan wife aku?! Kalau beli, sapa nak bayar? Kalau tak beli, nanti sapa nak hantar anak aku gi sekolah...? amik balik sekolah...? nak gi kedai beli lauk...? nak ke sana, kesini..? Sekarang ni takperlah aku ada. Lepas tu kalau sikit2, bapak mertua bini aku pon ada boleh hantar sana-sini. Tapi sampai bila?

Racing1

Kalau aku nak beli, kereta apa? baru ker second hand? beli untuk wife atau beli untuk aku..? Kalau aku kena transfer ke Labuan ker, mungkinlah aku bagi jer kereta aku tu kat dia. Kat Labuan, apa lagi tax free tuh... Ferrari laa.

Racing3

Apa-apa pun aku masih tak sempat nak pikir lagi coz sekarang ni ada banyak benda lain yang tengah beratur untuk diselesaikan.... Kalau setakat beli kereta remote control, tutup mata ajer, tak lah besar sangat kosnya..

No comments:

Blog Widget by LinkWithin