Friday, July 10, 2009

F-A-V-I-C-O-N and BLOGGER...

Ok, macamana nak mula nih?....errmmm... aaaaa.... errrrr..... camana yek?...
.
.
.
.
.

Ermm... oklah, pada 29 Jun bulan lepas seseorang yang dikenali sebagai 'Misziera' telah melawat blog aku yang macam rojak nih. Dia ajak bertukar link, dia minta aku masukkan banner blog dia. Aiseyman, pakcik takder banner nak bertukar2. So aku buatlah lawatan muhibbah ke blog dia. Menarik dan kreatif. Terjumpa plak posting berkenaan 'Favicon'. Korang tahu tak apa ke benda nya tu? Itulah gambar kenit kat sebelah address bar blog kita tu. Memang dah lama aku nak tukar benda tu. Tapi nak tanya pakcik google tapi tak tahu plak term dia. Boring dah pakai huruf "B" tu. B for bangang...hehehe.

Jenuh aku mencubanya berkali-kali dan yang menjadi mangsa adalah blog-blog lain aku. Blog yang ini wa tarak berani mau test-test woo... Asik tak menjadi jer. Nak tanya lebih2 kat Misziera, segan. Nanti kena marah plak. Dah la dia tak kenal sangat aku nih, banyak tanya plak. So aku tanya pakcik google, check kat blog-blog lain. Macam-macam kod yang aku guna.... tak menjadi jugak. Hampir kecewa aku dibuatnya. Namun begitu, usaha tangga kejayaan dan aku cuba bersungguh-sungguh dan akhirnya aku cuba tutorial secara pilem plak, check kat Youtube. Terjumpa satu pilem dan aku cuba... hehehe. Memang berbaloi.
(Snapshot dari blog Misziera)

Misziera

Apa-apa pon aku tetap katakan 'Misziera' lah yang telah membantu aku menukar huruf "B" tu kepada "K".. TQ. Dalam blog aku nih, aku tak tunjukkan macamana nak tukar tapi korang usahalah sendiri. Sila klik ke blog Misziera untuk mengetahui caranya dan selamat beramal.....!

Kalau dah buat gak tapi tak menjadi, baru tanya ngan aku... macam kata-kata dalam lirik lagu P. Ramlee, "what friends are for..."

1 comment:

♥ ieRa ♥ said...

tq atas penghargaan tu..even xdpt tolong ngn details..sharing is caring!!

Blog Widget by LinkWithin