Sunday, July 12, 2009

Syoknya terlompat-lompat...

Semalam 11 Julai 2009 bersamaan dengan errr...... 18 Rejab 1430 untuk pertama kalinya anak pompuan ku pergi bersukan di Kompleks Sukan Negara Panasonic di Seksyen 21, Shah Alam. Dia hanya ditemani oleh abang dan bapaknya saja. Mummy dia tak ikut sebab kerja...

Mula-mula ingatkan bersukan kat Stadium terbuka, rupa-rupanya di stadium tertutup. Akibatnya terpaksa lah shoot gambar diaorang dalam keadaan sedia ada sebab aku tak bawa 'flash gordon'... adoiii, letih pokcik nak setting gear pokcik.

Syaza Dzuliman4

Syaza menyertai acara sukan "beg kacang"... berbaloi sebab dapat hadiah gangsa. Seronok tengok bebudak lain yang terlompat sana terlompat sini. Macam-macam gaya dari setiap cawangan... Cuma tak seronoknya adalah ambil gambar dalam gelap dan hanya harapkan built-in flash jer...

Syaza Dzuliman6

Syaza Dzuliman2

Tengah-tengah acara sebelum acara dia bersukan, dia datang jumpa aku, "Ayah! nak balik..jomlah balik"... Aduhai, puas aku pujuk dia. Sib baik baik termakan pujukan rayu..hehe cam mummy dia jugak.

Syaza Dzuliman7

Syaza Dzuliman8

Syaza Dzuliman3

Syaza Dzuliman1

Walau apapun yang terjadi, pada masa acara sukan berlangsung, aku telah disengat ngan sekor lebah. Ayoyo... kat dalam stadium pon ada lebah siap menyegat orang lagi. Dia hinggap kat kepala aku, bila raba2, disengatnya jari aku. Tapi aku bersyukur dia sengat aku kat jari dan bukan kat kepala dan yang paling penting, dia tak sengat bebudak ramai2 kat stadium tu. Bayangkan budak umur 4-6 tahun kena sengat.... kesian kat depa. Takperlah, biar aku jer yang kena sengat. Bisa gak sengatan lebah ni. Balik rumah rasa nak demam dibuatnya...

2 comments:

jiran sebelah partition said...

cute nya syaza.....

Khalsyaza said...

Tgk bapak dia laaa..!!!

Blog Widget by LinkWithin