Saturday, July 18, 2009

Siapa nak main kad UNO ngan aku?....

Tajuk yang langsung tak menghairahkan.... Apa-apa pon malam tadi... err, malam semalam aku dok lepak kat Miza Kopitiam ngan member2 photog. Malam tadi kira malam final sebab aku akhirnya berjumpa gak ngan member terakhir C4... ooppss C9 atau Creative 9 Images. Sebelum ni aku kenal beberapa orang jer dan yang selebihnya kenal kat gambar. Kira macam artis plak dia orang nih... tapi memang ada sorang artis kat dalam group tu.... sapa agaknya?..hehehe.
Apa kena mengena kad UNO dengan posting aku nih?... Ok cuba perhatikan gambar di bawah dan bezakan...
Di antara.....
C9iii

dan ini.....

C9i

Muahaha..... memang berbeza tapi sebab malam semalam adalah malam pengagihan 'name card' yang baru jer siap ditempah. Aku terus kutip kad sorang satu. Semuanya ada 9.
Siapa diaorang ni?, Mereka adalah sekumpulan jurugambar yang boleh mengambil tempahan untuk apa saja sessi foto dan cuma 1 sessi jer mereka tak buat iaitu sessi foto buka-bukaan. Sessi tu kalau korang nak buat boleh upah aku, huhuhu...
Mereka semua ada blog yang boleh korang tengok hasil nukilannya..oppss dah macam tajuk blog jiran aku plak. Blog diaorang ada aku linkkan kat blog aku nih.

C9ii

Mereka adalah:
  1. Wan Shamril (BIG BOSS)
  2. Shairul Faiz
  3. Qayyum
  4. Mior Effendi
  5. Ajib
  6. Wan Shazli
  7. Rizal
  8. Akmal &
  9. Md Nurie a.k.a Tom a.k.a Rosyam Norrrrr...
Website rasmi diaorang http://c9images.com

Walau apapun atau siapapun diaorang nih, aku takkan kenal mereka semua kalau tidak kerana brother kat bawah nih.....

C9iv

Laman blog dia ada aku linkkan juga dalam blog aku nih. Banyak yang dah aku belajar dari mereka semua walaupun dalam tempoh yang singkat. Tiada kata lain yang boleh aku ucapkan, hanya...

T.H.A.N.K.Y.O.U .....

3 comments:

anaklaut said...

salam..


terima kasih, banyak singgah anaklaut..semua ulasan saya sangat hargai..

juli dahlan said...

panjang plak laa nama aku...nasib lerr x letak pangkat dan darjat aku lagiii klu x 3 muka surat niee...hehehe

Khalsyaza said...

tu pasal lah letak nama ko last sekali... kalau tak, nama orang lain tak boleh lah plak nak bubuh.

Blog Widget by LinkWithin