Tuesday, July 21, 2009

Gambar Buka-buka...

Macam yang aku kata dalam posting sebelum ni, aku ni bukanlah 'pro photog'. Takder orang pon nak amik aku untuk amik gambar kawen, gambar besday, gambar bertunang, gambar majlis-majlis VIP. Bawa kamera ke opis pon orang ingat aku pegang kamera opis lah, aku nak berniagalah... macam-macam lagi diaorang nih. Mungkin di suatu hari nanti aku akan dapat job tu. Kalau dapat nanti, aku cerita kat korang. Sekarang kena belajar dulu banyak2 ngan kekawan. Itu pon kalau diaorang sudi nak ajar aku tanpa prejudis. Kesian kat aku nih... Dari sekolah minat kamera tapi takder kawan yang ada minat sama. Dah tua2 ni baru nak dapat kawan... Itupon nasiblah diaorang panggil aku 'abam', kalau dia panggil aku pakcik.......adoiiii. :)

Macam yang aku kata juga, kalau nak amik gambar buka-buka, boleh lah panggil aku. Tapi setakat ni gambar buka-buka mereka yang 5 tahun ke bawah ajer.... (Bila lah nak dapat yang 18 tahun ke atas...hehehe)
AZ 3 copy
Memandangkan aku ni tak pandai sangat nak edit kat photoshop, makanya aku masukkan ajer yang original. Silap edit karang lain plak jadinya.

AZ 9

"Kerana mengikut keinginan dan kata anak aku ni la menyebabkan sekarang ni kita orang asik makan kat kedai jer" .... (hanya mereka yang berkelayakan dan paham saja boleh agak apa mendanya.)
SyazaAmirulRidhuan2
AZ 6 copy
Sib baek tak nampak botol losen tu, kalau tak dah jadi model iklan plak.
SyazaAmirulRidhuan1
Apa-apa pon, amik gambar budak ni paling best sebab kulit diaorang licin... zoom in banyak mana pon masih tak nampak noise..
Kat bawah ni, aku edit sikit guna Picnic jer..
AM Edit

4 comments:

zul said...

yang no 1 tu ada unsur-unsur lampu kreatif.. nampaknya tgh bereksperimen dgn juniors..

Khalsyaza said...

Gambar No. 1 tu, flash bounce guna bantal besar warna oren yang kebetulan ada plak kat situ... Hehe.. lebih baik bereksperimen dgn juniors dari bereksperimen ngan anak dara orang...

Actually budak tu anak sedara termuda.. my juniors 2 orang lagi tu dan yang paling junior ada kat dalam poyut..tahun depan baru kuar.InsyaAllah.

hairieamin said...

Salam bro..

Salam perkenalan,pusing2 blogspot terjumper blog bro nie..memandangkan minat kita samer..leh kita share2 kan...haha

btw,masukkan gmbr ori pun xde hal..lagi kool..edit sikit2 udah..main cloor balance sikit dalam PS tuh..dah siap...nk editing kaw2 xyah pakai SLR tul x?..

Khalsyaza said...

TQ Hairie, pandangan dan pendapat anda sangat saya setuju... Kalau dah tak berapa tahu nak edit, masukkan ajer yang ori. Masa pakai filem dulu tak pernah pon nak edit2.

I dah tengok ur blog... ya betul, kita mempunyai minat yang sama tapi beza kat taraf jer.. I buat hobi tapi u buat duit...hehehe. Rasa macam boleh belajar ngan u nih...YM pon ada

Blog Widget by LinkWithin