Monday, July 20, 2009

Itu lah akibat pakai barang free...

Apa yang free? mana...? mana...? Dalam dunia ni mana ada barang free lagi, hatta terkencing pon kena bayar. Kelak lagi 10 tahun mungkin terkentut pon kena bayar... Mungkin akan ada pihak bandaraya akan saman pihak-pihak yang suka terkentut merata-rata.. Perkara free ni hanya sementara aja, lepas kita enak dibuai mimpi makanya tibalah masa untuk membayar sekiranya masih ingin meneruskan mimpi-mimpi kita tu...

Aku sebenarnya cuma nak cerita benda kat bawah ni ajer....huhu. Tapi seperti biasa, kalau takder intro mana best... tak bloggerlah namanya.


Baru kutahu rupanya Flickr ni ada had...ooooo. Ada member cakap, gi lah beli code...RM50 jer untuk tukar ker 'pro'. Boleh upload sebanyak manapon dan berbaloi untuk 2 tahun. Duit bukan masalah tapi kalau selepas 2 tahun dan kita tak dapat beli code tu, camano? Katalah Flickr telah meningkatkan security sebab ramai yang beli kat photoskool dari beli secara online dengan Flickr. Kalau dah tamat, Flickr akan hanya tunjukkan 200 keping kita yang terkini saja.

Aku dah buat keputusan, takyah susah2 beli code tu sebab kekadang tu ada gak pihak yang menipu. Lagipon aku bukannya seorang 'photog pro'. Koleksi tak banyak. So, aku bukak jer akaun baru.. "Nursyazakhalid1". Kalau tak cukup, nanti aku bukak lagi bebanyak, biar beribu pon sebab aku hanya gunakan Flickr ni untuk hosting aja.

Habis cerita...... Dah tentu free sepanjang zaman.....

PEACE NO WAR!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin