Monday, December 12, 2011

Hari Keputerian Amoiku...

Sekarang ni masih lagi masa rehat dan aku tak pergi ke mana-mana pon. Al maklumlah kereta ku tengah disewa oleh orang dan hanya selepas pukul 2 ni baru dipulangkan. Untuk mengisi masa yang ada tinggal beberapa minit ni, aku nak cerita sikit pasal besday amoi terchentaku yang ke 16 tahun + 3 tahun + 2 tahun + 15 tahun. Aku punya besday dah sambut 2 bulan lepas.

Tiada yang istimewa sangat dapat kuberikan... tiada permata ku hadiahkan, tiada pakaian indah ku sarungkan. Hatta nak ku berikan payung emas juga dia tak mahu. Sungguh bertuah aku sebab dia tak suka meminta-minta cam korang... muahahaha. Alhamdulillah, permintaannya yang tak seberapa dapat juga kutunaikan. Permintaannya hanyalah pergi bercuti ke Cameron Highland. Makanya selepas bersidang di Ipoh tempoh hari dan memandangkan bapak mertuanya memberi kebenaran maka ku laramkanlah kereta bapak mertuanya terus ke Cameron Highland. Aku tak mo cerita pasal Cameron Highland ni sebab aku ada posting lain untuk itu. Kali ni aku hanya nak nulih pasal sambutan besdaynya saja.
Brinchang
Dipendekkan cerita, semasa menunggu amoiku membeli belah kat Pasar Malam Brinchang, maka aku berpakat dengan anak-anak ku untuk memberikan video hepi besday untuk dia. Video ni kira balasan kepada video yang di dah buat hari tu untuk aku. Kami buat video ni di depan kedai milik Kementerian Asas Tani. Korang mesti nak tahu kenapa kami tak gi Pasar Malam tu kan... hehehe, cuaca hujan beb, lagipon mengah lah nak jalan sejuk-sejuk nih. baik aku duduk jer tunggu dia.

So, kat bawah ni video yang sama telah kuupkan ke wall pesbuk dia pada malam sambutan hari keputeriannya. Ku masukkan juga dalam blog ni sebab teringin untuk aku memberitahu satu dunia mengenai sambutan yang telah kubuat.... 

Malam tu anak pompuan aku mintak seringgit sebab nak belikan pensil panjang untuk ibunya... Anak lelaki pun minta seringgit sebab nak bagi keychain pisang kat ibunya. Anak lelaki kecik ku tak tahu apa-apa... kecik lagi.. Aku pulak malam tu agak-agak korang aku bagi apa?... muahahaha

HaPPy BiRThdaY AMoi..!!
New Glove

1 comment:

Hersya Khaleeda said...

Tq laling n anak2 ku tercinta...

Blog Widget by LinkWithin