Wednesday, December 14, 2011

Kopi Dangdut China Selatan...

Alhamdulillah.. Erkkk..!! Baru saja habis menikmati Kopi China Selatan selepas makan malam yang dihidangkan di seat 12A penerbangan AK5211 ke KL. kopi ni Tak lah sedap sangat sesedap kopi amoiku... Tapi macam aku cakap sebelum ni la... Menikmati hatta air panas mati kat udara ni adalah lain dari lain... Bukan boleh buat selalu.

Aku sepatutnya balik jumaat ni 16hb tapi semasa persidangan minggu lepas telah diumumkan bahawa satu taklimat akan diadakan minggu ni berkenaan skim baru perkhidmatan awam. Awal minggu ni terus dapat email suh balik. Nampaknya setakat sekarang ni aku hanya berada lebih kurang 3 hari jer kat Kuching.. Apa nak buat... Syukur alhamdulillah rezeki Allah untuk anak-anak aku. Dapat mereka membesar bersama aku.

Teringat dulu masa mula-mula aku ni nak kena transfer.. Aku siap bergaduh tu dengan bapak mertua bini aku. Dia tak setuju sebab aku kena transfer. Dia kata apa cerita anak-anak aku nak membesar tanpa aku disisi. Siap pergi ngadap Ka'abah ko... Jangan tak caya. Aku cakap kat dia, jangan doa aku tak kena pindah tapi doa kalau pindah lebih baik maka pindahkan. Aku jugak berjanji dengan dia yang aku akan cuba balik sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Alhamdulillah.. Dah setahun setengah dah aku duk kat Kuching dan aku masih belum mungkir janji. Bulan Ogos yang lepas, tiap minggu aku balik berbuka posa ngan familiku. Bulan September pulak aku hanya ada di Kuching cuma 9 hari jer dn kalau ikut perkiraan aku, aku hanya akan berada di Kuching bulan Disember ni hanya 7 hari sahaja.

Namun, orang lama-lama ni susah nak agak. Setakat ni dah 2 kali dia tanya aku dan heran sebab aku selalu balik. Adoh.. Kalau nak heran pon biarlah benda lain. Tapi sesekali tu dia cakap gak kat aku suh transfer balik... Adoh.. Aku ni bukannya pangkat besor.. Post yang ada kat lembah klang ni besar-besar belaka. Aku ni pangkat kecik jer.. Tapi aku bagi tahu dia, kalau aku transfer balik kat lembah klang ni pon, dengan kerja banyak, start meeting kul 5, hari sabtu dan ahad pon kena buat kerja.... Baik lah aku duduk jer kat Kuching cam sekarang ni. Betul tak? Cakap lah wei...!

Apa-apa pon, sekarang ni pilot tengah menjunamkan kapal ni sampai nek pecah gegendang tinga aku ni dek pressure. Tak sabar rasanya aku nak menikmati kopi-O amoiku. Walaupun tak sama cam kopi starbuck tapi kopi dialah tetap nombor 1.

Sekarang ni dah jam 8.30 malam, mamat attendance ni dah umumkan nak landing... So, chiow dulu dan sampai LCCT aku up yer... Errr.. Gambar awek tu takda kena mengena dengan cerita aku yer....

Bobaiiiiiiii.....

1 comment:

Hersya Khaleeda said...

Huhuhu...kopi o tu dah lama menunggu tuk diminum...naik suam dah....

Blog Widget by LinkWithin