Reflexology di Lautan China Selatan....
Bertemu kembali dan pada kali ini pada masa dan tempat duduk yang berbeza. Selalunya aku akan ambil penerbangan jam 7.20 malam untuk balik ke Kuching. Namun kerana kesilapan teknikal dan kelam kabut, penerbanganku kali ini dijangka berlepas jam 4.35. Lebih kurang 3 jam lebih awal. Takpalah.. Mungkin ada hikmat di sebaliknya. Aku hanya merancang namun perubahan adalah kekuasaanNya. Pada kali ini, aku mengarang dari seat no. 1D. Ohh ma god... Ini adalah seat yang paling strategik kalau korang kaki skodeng... Huhuhu... Tapi hari ni 2 FA yang duduk depan ni 'jantan' sorang lembut dan sorang lagi cam anak ikan... Hehehe
Aku sebenarnya tak tahu juga yang seat aku ni 1D sebab dalam tiket asal ditulis 1A. Semua ni berubah disebabkan tiket baru yang telah dikeluarkan sebelum ni. Apa-apa jer lah janji aku dapat seat yang selesa tuk balik Kuching.
Setakat Disember 26hb nih aku hanya bersama anak2 buahku di Kuching selama 3 hari jer. Sebenarnya tujuan aku balik pada 14hb lepas adalah kerana 2 sebab iaitu SBPA dan gubal soalan peperiksaan jabatan dan kedua-dua sebab tu membolehkan aku berCHOGM bersama familiku. Sementara aku menunggu teksi nak ke epot tadi, aku telah mendapatkan reflexologi tapi bukan kat kaki mahupun di kaki tengah... Rawatan urut kepala aku yang sentiasa asik nak pening nih... Itupon selepas ku katakan "...urutlah sikit.. Mungkin ini urutan terakhir. Nanti tak sempat urut, nyesal, nangis2 kat kubur..." huhuhu... Walaupun sekejap namun ianya telah mengiyakan pepatah orang tua2. "... Kawinlah.. Sok sakit2... Pening2 ada orang nak picit" begitulah ayat mamaku semasa aku bujang2 dulu.
Minggu lepas adalah minggu tsunami bagi Jabatanku. Maklumlah ramai kawan2 sejabatanku telah mendapat surat transfer. Ada yang naik pangkat dan ada juga yang kena transfer tanpa naik pangkat. Bos aku juga adalah salah seorang yang telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Pulau Pinang. Aku jer yang tak ditukarkan lagi. Rasa bersyukur juga sebab kalau aku pindah balik semenanjung tanpa naik pangkat maka akan hilanglah aku beberapa elaun dan tak dapatlah aku nak berbakti pada keluargaku. Dalam kegempakan arahan perpindahan, tak kurang juga ada yang benggang sebab dia tak naik pangkat dan 2-3 orang potong dia. Aduhhh dengar citernya siap ngamuk2... Alaa rilek la, rezeki Allah yang bagi.. Kalau dia nak bagi, Dia bagi tapi kalau dia tak nak, dah bagi pon dia boleh tarik balik. Aku..?? Aku rilek jer, asalkan aku berbahagia dengan kehidupanku dan familiku maka tak kisah la..... Naik pangkat tapi pening kapla pon tarak guna bai.... Baiklah aku camni, dapat gak aku balik jumpa anak bini sambil berseronok-ronok nek kapal terbang ni.
Ermmm... Hidangan hari ni pon Nasi Lemak dan rasanya hari juga tak ramai yang naik guna waran kerajaan sebab aku tengok, FA ni hanya serve aku sorang jer makanan... Hari ni juga aku rasa tak berapa sihat plak nak tulis panjang-panjang. Dadapon rasa ketat macam penuh ngan angin...Tulispon karangan tak menarik tak guna gak kan. Apa-apalah... Aku rasa stop dulu dan insyaAllah kita bertemu lagi Jumaat depan..... Lagi..?? Hehhehe tunggu yer. Oklah aku nak men game kat phone aku ni. Sampai KIA nanti aku up....
Gambar kat bawah ni adalah jamuan makan beramai-ramai di Restoren SABA, Cyberjaya yang telah disponsor oleh Tn Razak, PD Seberang Prai yang akan bertukar sebagai PD Melaka.... Walaupun dia bertukar tanpa naik pangkat tapi dia dapat balik lebih hampir ke kampung halamannya.... Bababaiiiiii...!!!!!
No comments:
Post a Comment