Wednesday, June 10, 2009

Kampung oh kampung....

Sabtu dan Ahad lepas kita orang sekeluarga telah balik ke kampung di Bagan Datoh, Peghak... Seperti biasa, kemana-mana pergi mesti tak lepas dari kena gi mah orang kawen. Diaorang ni dah takder kerja lain ker asik nak kawen ajer!..hehehe.

Selepas pergi ke salah sebuah rumah orang kawen tu, ibu anak sulung aku mengajak pergi ke rumah lama diaorang. Tak jauh cuma beberapa pelaung ajer dari mah orang kawen tu. Di saat aku melihat rumah tersebut.... sesungguhnya aku bersyukur kerana kehidupan ku semasa kecil jauh lebih baik dari kehidupan ibu anak sulung aku tu. Kesian sungguh bila ku bayangkan keadaan mereka sekeluarga tinggal dirumah tersebut...

Syukur alhamdulillah kerana kehidupan sekarang jauh lebih baik dari dulu...
Kampung 2


Kampung 1
p.s. Tq to Qayyum sebab ajar aku camana nak buat frame macam dia punya walaupun tak sama langsung ngan dia punya..

Boleh ker kahwin ni.....?

Siapa pulak yang nak kawin ni?. Aku memang dah kawin tapi 3 lagi belum, huhuhu... Sebenarnya yang nak dikawinkan ni adalah di antara lens lama aku ngan lens baru aku... umpama orang tua kawin baru ngan anak dara beza umur 24 tahun.

Nikkon Series E

Masa mula-mula bapak aku belikan SLR kat aku sekitar tahun 1985 dulu, aku selalu guna lensnya untuk dijadikan kanta pembesar (lens kat atas tuh..). Kekadang tu, bapak aku tengok, macam aku khusyuk study tapi sebenarnya aku tengah menengok huruf2 kat buku aku tu menggunakan lens aku...hehehe Itulah pasal bila kuar result peksa, tak berapa nak boleh dibanggakan sebab orang lain baca perkataan ker perkataan, tapi aku baca huruf ker huruf.

Tak sangkalah pulak, rupanya menggunakan lens secara terbalik dihadapan lens sedia ada, adalah merupakan suatu teknik pada masa kini. So aku cubalah gunakan lens lama aku tu dengan lens baru ku... Akibat perkahwinan antara lelaki tua dan anak dara berbeza umur 24 tahun maka hasilnya tak seberapa. Namun bolehlah nak dikongsikan bersama...


Nikkon 1


mata

Mata adalah nikmat Allah yang terhebat...

Pujaan

Tanpanya maka kembalilah kita kepangkuanNya.....

Maybank pun sama gak......

Ermm... disaat-saat aku dalam proses keracunan, rupa-rupanya pihak Maybank pon telah menghidu keadaan diriku. Maklumlah Sang Rimau,....aauuuuummmmm!!!.

cek beracun

Jumaat lepas aku menerima sepucuk surat dan di dalamnya terkandung sekeping cek bernilai RM5,000.00. Apa yang perlu aku buat adalah bank-in kan ajer. 0% interest cash advance..... pergh!

Sib baiklah iman ku kuat dan pengalaman yang lepas telah mematangkan aku mengenai kategori cek nih. Yuran proses tak mahal, cuma sekitar RM32.00 jer sebulan apabila dibahagikan selama 6 bulan. Namun adakah aku sanggup untuk menghadapi cabaran seterusnya sekiranya aku bank-in kannya. Setakat D300 boleh lepas nih...

Nak tau apa akan berlaku? Tunggu....., tempoh sah laku cek ni tidak dinyatakan tetapi kalau ikut kebiasaan 3 bulan bro..!!! Mari kita lihat siapa yang kenaaa!!!!

Monday, June 8, 2009

"Mana kampung?" atau "Kampung mana?"...

Bagan Datoh 1936

Gambar kat atas ni bukannya gambar Bagan Datoh pada tahun 1936. Kedai-kedai asal kat Bagan Datoh ni sebenarnya yang dibina pada tahun 1936. Takkanlah pada tahun 1936, org kat Bagan Datoh dah pakai Honda City....perghhh..!

Aku shoot gambar ni masa aku bercuti balik kampung hari tu. Cuti kat kampung mummy anak pompuan aku. Petang bila dah boring, aku gi lah ke pekan ambik gambar kat jetty. Boring gak amik gambar sorang2, pastu org dok tgk kita cam belagak jer plak.. Sorry bro, gua bukan nak belagak ngan kamera gua. Kalau kat sini kamera gua tahap amatur sesangat-sangat jer. Belum pakey D300 atau D700 lagi.... ehheeemmm!!

Jetty Potrait

Sepanjang hampir 10 tahun aku kawen, tak pernah plak aku tengok ada kapal berlabuh kat jeti nih. Cuma kaki pancing jer ramai yang melabuhkan kail dan tali pancingnya kat sini...

Laut

kapal pasir 2

Sib baik lah aku ni bukan kaki pancing macam Ipar ngan Biras ku.... kalau tak, asik tak lekat jerlah kat mah kampung. Asyik ke jeti je la kerja aku.... hehehe, silap haribulan terpikat plak kat amoi bagan.

Jetty 3

Letih betui la guna 'edge' untuk internet kat mah aku nih. Ingat nak masukkan banyak lagi gambar, tapi akibat dari kelembapan yang teramat sangat nak upload gambar lam flickr, maka aku terpaksa hadkan gambor aku nih... Letih menungguuuuuuu.... Wei.. kat mah aku ni makhluk kunin tu tak masuk kot, intai kat luar jer gaknya..

Letih

Creative Lighting System...

Dulu-dulu masa aku mula nak beli DSLR aku nih, tak terpikirpon sama ada kamera yang aku nak beli tu ada CLS ker... buit-in motor ker... apa ker... Apa yang aku tahu nak murah dan cukup lah setakat hobi... Namun bila dah beli, rupa-rupanya banyak benda yang tak kena dan ditambah plak ngan racun dan onak berduri di sepanjang perjalanan...hehehe.

Apa-apa pon, takda rotan akar berguna juga. So aku cuba gak shoot CLS dengan cara manual. Hasil tak seberapa sangat sebab aku malas nak cuba banyak kali. Mungkin agak over exposed. Pasang tripod, on remote sensor, on flash dan tekan flash dan remote serentak. Hasilnya aku crop lah sikit.. Boleh lah kot, kalau aku adjust setting dia mungkin boleh lebih baik... belasah ajer la labu....

Manual CLS

Takperr... nanti kalau aku dah tangkap body baru (tak lama lagi kot..hehhee) barulah aku shoot gambar manusia plak. Agak2nya kalau aku letak flash kat dalam kain model aku, camana agaknya ghoper gambor tu...huhuhu

Friday, June 5, 2009

Orang lain jual gambar kawin, aku nak jual jamu....

Kengkawan aku semua sibuk berniaga gambar kawin, yela sebab 'tiang seri' diaorang hebat. Aku punya.... ermmm... So masing-masing sibuk jual gambar kawin sampaikan aku pulak yang terasa nak kawin lagi bila tengok gambar diaorang...hehehe.

Hari ni ibu kepada anak sulung aku bagitahu, iklan dia kena reject oleh mudah.my sebab jamu tak boleh dijual kat dalam tu.... panassss... So memenuhi permintaan dia setelah dikenakan bayaran, maka aku masukkan iklan jamu dia.
JAMU HAJJAH HALIMAH
(Untuk ibu yang baru lepas bersalin sahaja. Ibu haiwan peliharaan tidak termasuk)
Jamu Promo
jamu berbagai

jamu akar

Harga hanya RM150.00 per set. Sila hubungi Siti Herdawaty di talian 016-6847626 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Blog Widget by LinkWithin