Wednesday, June 10, 2009

Kampung oh kampung....

Sabtu dan Ahad lepas kita orang sekeluarga telah balik ke kampung di Bagan Datoh, Peghak... Seperti biasa, kemana-mana pergi mesti tak lepas dari kena gi mah orang kawen. Diaorang ni dah takder kerja lain ker asik nak kawen ajer!..hehehe.

Selepas pergi ke salah sebuah rumah orang kawen tu, ibu anak sulung aku mengajak pergi ke rumah lama diaorang. Tak jauh cuma beberapa pelaung ajer dari mah orang kawen tu. Di saat aku melihat rumah tersebut.... sesungguhnya aku bersyukur kerana kehidupan ku semasa kecil jauh lebih baik dari kehidupan ibu anak sulung aku tu. Kesian sungguh bila ku bayangkan keadaan mereka sekeluarga tinggal dirumah tersebut...

Syukur alhamdulillah kerana kehidupan sekarang jauh lebih baik dari dulu...
Kampung 2


Kampung 1
p.s. Tq to Qayyum sebab ajar aku camana nak buat frame macam dia punya walaupun tak sama langsung ngan dia punya..

No comments:

Blog Widget by LinkWithin