Monday, July 20, 2009

Itu lah akibat pakai barang free...

Apa yang free? mana...? mana...? Dalam dunia ni mana ada barang free lagi, hatta terkencing pon kena bayar. Kelak lagi 10 tahun mungkin terkentut pon kena bayar... Mungkin akan ada pihak bandaraya akan saman pihak-pihak yang suka terkentut merata-rata.. Perkara free ni hanya sementara aja, lepas kita enak dibuai mimpi makanya tibalah masa untuk membayar sekiranya masih ingin meneruskan mimpi-mimpi kita tu...

Aku sebenarnya cuma nak cerita benda kat bawah ni ajer....huhu. Tapi seperti biasa, kalau takder intro mana best... tak bloggerlah namanya.


Baru kutahu rupanya Flickr ni ada had...ooooo. Ada member cakap, gi lah beli code...RM50 jer untuk tukar ker 'pro'. Boleh upload sebanyak manapon dan berbaloi untuk 2 tahun. Duit bukan masalah tapi kalau selepas 2 tahun dan kita tak dapat beli code tu, camano? Katalah Flickr telah meningkatkan security sebab ramai yang beli kat photoskool dari beli secara online dengan Flickr. Kalau dah tamat, Flickr akan hanya tunjukkan 200 keping kita yang terkini saja.

Aku dah buat keputusan, takyah susah2 beli code tu sebab kekadang tu ada gak pihak yang menipu. Lagipon aku bukannya seorang 'photog pro'. Koleksi tak banyak. So, aku bukak jer akaun baru.. "Nursyazakhalid1". Kalau tak cukup, nanti aku bukak lagi bebanyak, biar beribu pon sebab aku hanya gunakan Flickr ni untuk hosting aja.

Habis cerita...... Dah tentu free sepanjang zaman.....

PEACE NO WAR!

Saturday, July 18, 2009

Siapa nak main kad UNO ngan aku?....

Tajuk yang langsung tak menghairahkan.... Apa-apa pon malam tadi... err, malam semalam aku dok lepak kat Miza Kopitiam ngan member2 photog. Malam tadi kira malam final sebab aku akhirnya berjumpa gak ngan member terakhir C4... ooppss C9 atau Creative 9 Images. Sebelum ni aku kenal beberapa orang jer dan yang selebihnya kenal kat gambar. Kira macam artis plak dia orang nih... tapi memang ada sorang artis kat dalam group tu.... sapa agaknya?..hehehe.
Apa kena mengena kad UNO dengan posting aku nih?... Ok cuba perhatikan gambar di bawah dan bezakan...
Di antara.....
C9iii

dan ini.....

C9i

Muahaha..... memang berbeza tapi sebab malam semalam adalah malam pengagihan 'name card' yang baru jer siap ditempah. Aku terus kutip kad sorang satu. Semuanya ada 9.
Siapa diaorang ni?, Mereka adalah sekumpulan jurugambar yang boleh mengambil tempahan untuk apa saja sessi foto dan cuma 1 sessi jer mereka tak buat iaitu sessi foto buka-bukaan. Sessi tu kalau korang nak buat boleh upah aku, huhuhu...
Mereka semua ada blog yang boleh korang tengok hasil nukilannya..oppss dah macam tajuk blog jiran aku plak. Blog diaorang ada aku linkkan kat blog aku nih.

C9ii

Mereka adalah:
  1. Wan Shamril (BIG BOSS)
  2. Shairul Faiz
  3. Qayyum
  4. Mior Effendi
  5. Ajib
  6. Wan Shazli
  7. Rizal
  8. Akmal &
  9. Md Nurie a.k.a Tom a.k.a Rosyam Norrrrr...
Website rasmi diaorang http://c9images.com

Walau apapun atau siapapun diaorang nih, aku takkan kenal mereka semua kalau tidak kerana brother kat bawah nih.....

C9iv

Laman blog dia ada aku linkkan juga dalam blog aku nih. Banyak yang dah aku belajar dari mereka semua walaupun dalam tempoh yang singkat. Tiada kata lain yang boleh aku ucapkan, hanya...

T.H.A.N.K.Y.O.U .....

Thursday, July 16, 2009

Kisah Budak Form 2.....

Sorry lah sebab masih tak abis lagi nak upload gambar lama2 nih... Ni kira lastlah, sebab kalau nak kira 1 tahun punya posting pon tak habis nak kongsi. Hanya gambar sekitar tahun 84 dan 85 sahaja yang terlibat...
Kat bawah ni gambar2 hasil budak sekolah Form 2 hingga Form 3 Sekolah Menengah Sek 2 (nama rasminya adalah "Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam")
SUK Malam blog
Malam sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah....
SUK Jubli Perak blog
Malam-malam sambutan Jubli Perak...
Masjid siap blog
Masjid sudah mahu siap nih..
Masjid malam
Bila dah siap, dulu selalu terang benderang. Maklumlah, masa tu statusnya masjid terbesar di Asia Tenggara.
SUK siang
Inilah gambar budak form 2 yang amik gambar semua kat atas tuh....hehe...

Wednesday, July 15, 2009

Akupun Remaja Gak Dulu..

Macam aku bagi tahu dalam posting sebelum ni, fotografi ni memang dah jadi minat dan hobi sejak sekolah lagi. Aku mula pegang dan memiliki kamera sejak tahun 1982..... Tahun tu jugalah famili aku pindah ke Shah Alam. Sebelum tu kita orang duduk kat Kanchong Darat, Banting. Masa kat kampung, main lelayang, main guli, main parit..., main kawen-kawen tapi bila dah pindah ke bandor, kena main benda lain lah plak... Hehe.. sebab kat Shah Alam takder parit tanah... semua bersimen. Itu intro jer...
Kat bawah ni gambar-gambar terawal yang pernah ku rakamkan masa dolu-dolu dan teringin untuk aku kongsikan bersama.
Masjid Negeri, Shah Alam
.
.
Gambar lama (Muzium)
.
.
Plaza Perangsang, Shah Alam
.
.
Tasik Shah Alam
Sorrylah kalau resolution tak berapa elok. Itupon mujur ada anak buah yang tolong scankan gambar nih... TQ Azrul...

Sunday, July 12, 2009

Syoknya terlompat-lompat...

Semalam 11 Julai 2009 bersamaan dengan errr...... 18 Rejab 1430 untuk pertama kalinya anak pompuan ku pergi bersukan di Kompleks Sukan Negara Panasonic di Seksyen 21, Shah Alam. Dia hanya ditemani oleh abang dan bapaknya saja. Mummy dia tak ikut sebab kerja...

Mula-mula ingatkan bersukan kat Stadium terbuka, rupa-rupanya di stadium tertutup. Akibatnya terpaksa lah shoot gambar diaorang dalam keadaan sedia ada sebab aku tak bawa 'flash gordon'... adoiii, letih pokcik nak setting gear pokcik.

Syaza Dzuliman4

Syaza menyertai acara sukan "beg kacang"... berbaloi sebab dapat hadiah gangsa. Seronok tengok bebudak lain yang terlompat sana terlompat sini. Macam-macam gaya dari setiap cawangan... Cuma tak seronoknya adalah ambil gambar dalam gelap dan hanya harapkan built-in flash jer...

Syaza Dzuliman6

Syaza Dzuliman2

Tengah-tengah acara sebelum acara dia bersukan, dia datang jumpa aku, "Ayah! nak balik..jomlah balik"... Aduhai, puas aku pujuk dia. Sib baik baik termakan pujukan rayu..hehe cam mummy dia jugak.

Syaza Dzuliman7

Syaza Dzuliman8

Syaza Dzuliman3

Syaza Dzuliman1

Walau apapun yang terjadi, pada masa acara sukan berlangsung, aku telah disengat ngan sekor lebah. Ayoyo... kat dalam stadium pon ada lebah siap menyegat orang lagi. Dia hinggap kat kepala aku, bila raba2, disengatnya jari aku. Tapi aku bersyukur dia sengat aku kat jari dan bukan kat kepala dan yang paling penting, dia tak sengat bebudak ramai2 kat stadium tu. Bayangkan budak umur 4-6 tahun kena sengat.... kesian kat depa. Takperlah, biar aku jer yang kena sengat. Bisa gak sengatan lebah ni. Balik rumah rasa nak demam dibuatnya...

Friday, July 10, 2009

F-A-V-I-C-O-N and BLOGGER...

Ok, macamana nak mula nih?....errmmm... aaaaa.... errrrr..... camana yek?...
.
.
.
.
.

Ermm... oklah, pada 29 Jun bulan lepas seseorang yang dikenali sebagai 'Misziera' telah melawat blog aku yang macam rojak nih. Dia ajak bertukar link, dia minta aku masukkan banner blog dia. Aiseyman, pakcik takder banner nak bertukar2. So aku buatlah lawatan muhibbah ke blog dia. Menarik dan kreatif. Terjumpa plak posting berkenaan 'Favicon'. Korang tahu tak apa ke benda nya tu? Itulah gambar kenit kat sebelah address bar blog kita tu. Memang dah lama aku nak tukar benda tu. Tapi nak tanya pakcik google tapi tak tahu plak term dia. Boring dah pakai huruf "B" tu. B for bangang...hehehe.

Jenuh aku mencubanya berkali-kali dan yang menjadi mangsa adalah blog-blog lain aku. Blog yang ini wa tarak berani mau test-test woo... Asik tak menjadi jer. Nak tanya lebih2 kat Misziera, segan. Nanti kena marah plak. Dah la dia tak kenal sangat aku nih, banyak tanya plak. So aku tanya pakcik google, check kat blog-blog lain. Macam-macam kod yang aku guna.... tak menjadi jugak. Hampir kecewa aku dibuatnya. Namun begitu, usaha tangga kejayaan dan aku cuba bersungguh-sungguh dan akhirnya aku cuba tutorial secara pilem plak, check kat Youtube. Terjumpa satu pilem dan aku cuba... hehehe. Memang berbaloi.
(Snapshot dari blog Misziera)

Misziera

Apa-apa pon aku tetap katakan 'Misziera' lah yang telah membantu aku menukar huruf "B" tu kepada "K".. TQ. Dalam blog aku nih, aku tak tunjukkan macamana nak tukar tapi korang usahalah sendiri. Sila klik ke blog Misziera untuk mengetahui caranya dan selamat beramal.....!

Kalau dah buat gak tapi tak menjadi, baru tanya ngan aku... macam kata-kata dalam lirik lagu P. Ramlee, "what friends are for..."

Blog Widget by LinkWithin