Showing posts with label 2nd Putrajaya International. Show all posts
Showing posts with label 2nd Putrajaya International. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Malam Kencana Pesta Muda Mudi - 2nd PIHABF

Sabtu lepas bertolak balik dari kampung pada jam 3.00pm dan sesampai jer di Shah Alam terus bergegas pula ngan putera puteri ku untuk ke Putrajaya sebab nak bawa mereka tengok belon dan pertunjukan bunga api. Hari sebelum tu tak dapat bawa mereka sebab semuanya ada di kampung.

Atas semangat juang yang tinggi kami bertolak ke Putrajaya. Sesampai jer di Batu 3, Syaza pula termuntah dalam kereta. Pening pasal perut kosong. Anak-anak aku ni memang susah nak makan, itu pasal lah sudah masuk angin. Perjalanan diteruskan dan selepas menempuh kesesakan lalulintas yang teramat dasyat lagi mengerikan, makanya aku pon sampai ke tempat parking yang terletak hampir ngan opisku. Nak parking kat dalam dalam bangunan, tak boleh pasal minggu dia tutup boom gate.

Apa-apa pon alhamdulillah, dapat juga aku membawa anak-anak aku merasai pengalaman di malam kencana pesta muda mudi sempena 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010. Diharap tahun depan aku akan dapat bawa mereka lagi tetapi di dalam keadaan yang lebih selesa.

Night Glow 3

Night Glow 4

My Kid 6

My Kid 4

My Kid 2

My Kid 1

My Kid 3

Night Glow 5

Apa-apa pon, pengajaran yang aku dapat, lain kali kalau pergi tempat-tempat macam ni jangan lupa bawa bekalan makanan dan minuman. Pada hari tersebut, punyalah susah nak beli makanan dan minuman. Antara yang tergila sekali adalah gerai KFC. Aku agak hampir 40 meter orang beratur... memang gilerrr.

Monday, March 22, 2010

Jom Tiup Belon - 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010

Semalam berakhirlah acara tahunan tiup belon beramai-ramai. Moga di tahun depan kita berjumpa lagi dan tiup ramai-ramai. Diharapkan supaya acara ni tidak berubah tempat dan masih akan dijalankan di tempat yang sama dan harapan juga supaya aku masih ada kat sini lagi. huhuhu...

Berikut dimasukkan beberapa keping gambar yang sempat aku amik masa acara di hari kedua. Ada banyak lagi yang belum aku upload. Sekurang-kurangnya ada 2 cerita dan set gambar lagi. Lepas tu baru kita cerita balik pasal benda lain. Apa? boring?... wei, suka aku lah blog aku.. kih..kih..kih...

2nd Putrajaya International

Balloon Fiesta

Balloon Fiesta 4

Balloon Fiesta 6

Balloon Fiesta 3

Balloon Fiesta 5

Balloon Fiesta 8

Balloon Fiesta 12

Selain dari belon yang ada di atas, tak kurang juga belon yang banyak kat bawah... hehehe.. sabar wei, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.

Friday, March 19, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 - Paraglider

Bersempena Pesta Belon Udara Panas ditambah dengan cuaca panas, beberapa aktiviti sampingan telah diadakan. Di antaranya adalah aktiviti paraglider. Memang best kalau dapat bawak benda ni tapi rasanya kalau aku diberi peluang, mahu agaknya aku langgar Masjid Besi tu...

Memandangkan kedudukan opisku yang mengadap tapak aktiviti dan dengan bantuan "Janda Shima", maka dapatlah ku shoot beberapa keping aksi paraglider nih.

Paraglider 1


Paraglider 3



Paraglider 2


Paraglider 4

Tuesday, March 16, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010

Dia datang lagi dan masih di tempat yang sama. Kebetulan pesta ni diadakan di depan opisku maka taklah susah sangat kalau nak tangkap gambar dari atas keseluruhan kawasan ni...

Siapa nak temankan aku amik gambar ni sila angkat kaki!!!!



Belon-belon yang akan mengambil bahagian adalah seperti berikut... http://www.myballoonfiesta.com/balloons.php

Blog Widget by LinkWithin