Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Gradient, layer, filter.....

2 minggu lepas aku beli zoom lens baru tapi sampai hari ni takder benda aku nak amik.... Boring betoi. So untuk mengisi masa sebelum aku mengganyang zoom lens aku, kena belasah Photoshop dulu. Gambar lain takder, aku belasah jer gambar hot air balloon hari tu. Boleh la kot....

Rombongan makcik siti dari Bagan Datoh..


Apsal la gambar ni tersenget...

Opis mate aku tanya, apsal belon tu nampak sekerat jer? Adoi.... memanglah! takkan nak amik gambar penoh plak... Teknik namanya tuh.... hehehe. Tak bleh salahkan dia sebab aku yang gi tanya dia...


Tuesday, March 31, 2009

My First 'Superimpose' output..

Gambar kat atas tu biasa jer... takda nama dan takda identiti yang diubah. Tidak melibatkan ahli politik mahupun artis negara. Hanyalah sekadar gambar 2 biji belon yang aku tangkap masa kat Putrajaya hari tu...
Oleh kerana hari ni aku mempunyai masa terluang yang sangat panjang, makanya aku telah cuba mempelajari macamana nak buat superimpose tahap tadika menggunakan Adobe Photoshop... Salah satu dari belon kat atas tu adalah palsu dan aku telah berjaya menyatukan mereka.... asam di darat ikan di laut, di dalam photoshop bertemu juga. phuhh... berbaloi aku mengadap dan menggodam photoshop kat PC aku petang ni..

ermm... agak2nya kalau boss aku terbuka blog aku nih, apa dia nak kata? Oleh kerana dia agak sporting, mungkin dia akan kata.. "Khalid!! Hang nampak relax nooa... ada banyak masa nampak...." hehehe.. relax la boss.

Blog Widget by LinkWithin