Showing posts with label Petrol hike. Show all posts
Showing posts with label Petrol hike. Show all posts

Thursday, November 27, 2008

Idea Paling Bodo...

Di zaman semua rakyat mengharapkan supaya harga minyak turun, rupa2nya ada juga pihak yang "macam bodo" mencadangkan sebaliknya. Apa yang menghairankan ialah bila pihak yang membuat cadangan tersebut adalah pihak yang sepatutnya membela hak pengguna. Kot yer pon kalau nak bodek, nak gelaran ker, nak pingat ker atau nak pengat sekalipon, biarlah idea yang logik. Ada ke patut bagi cadangan supaya letak harga lantai minyak pada harga RM3.00. Kononnya akan dapat menggalakkan orang ramai berjimat dan menggunakan pengangkutan awam serta mewujudkan lebih banyak R& D. Bodoh ke bangang ni? Depa ni ingat pengangkutan awam tu pakai air tasik ker? Kalau minyak dah naik, bas ngan teksi tu korang ingat dia pakai apa? Makin naik lah pulak tambangnya. Kotlah kalau pakai elektrik sekalipon, korang ingat kadar elektrik murah ker? Dulu bila minyak naik, TNB naikkan tarif sebab dia kata kos bertambah tapi bila minyak turun dia rang kata harga arang batu pulak yang masih mahal.... Alasannnnnnnn!!! yang nak mengayakan pihak tertentu. Kalau tak, camana nak bayar gaji pengerusinya yang berpendapatan lebih RM1 juta setahun tu.

Abih tu kalau orang yang kerja kat Putrajaya cam aku ni..? Dari shah alam nak kena naik komuter gi KL lepas tu naik ERL plak ke Putrajaya lepas tu nak kena naik teksi ke opis.... matilah aku kalau camtu. Oooppss lupa plak, korang tahu ker pihak mana yang bagi cadangan tu? Siapa lagi FOMCA la. Dulu masa kerajaan cadangkan supaya pasaraya besar buka sampai pukul 1, depa bantah pasal katanya nanti peniaga kecil susah nak cari makan. Woi..!! FOMCA ni jaga pengguna ker pekedai. Aloo Mr. Sekeratari FOMCA, rumah hang kat sebelah LRT, sedaplah cakap.

Dengar cerita hujung bulan ni, minyak nak turun lagi, kalau betul Alhamdulillah dan timer kasih lah banyak2...

Monday, July 7, 2008

YB Mahfuz vs YB Aziz..

Tengok video ni dan ..."lu pikirlah sendiri....!"






Tuesday, June 24, 2008

Petrol & Kad Kredit Bercerai talak 1

KUALA LUMPUR: Semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak. Keputusan Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.


Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan semua 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank. Beliau memberi contoh bagi setiap liter diesel yang dijual, pengusaha hanya memperoleh keuntungan 4.5 sen tetapi terpaksa menanggung caj bank sebanyak 2.58 sen. "Selepas ditolak kos pengewapan sebanyak 1.29 sen, pengusaha hanya mendapat 0.63 sen yang juga akan ditolak sewa lesen cukai operasi (OLF) dengan kadar yang lebih dari itu. Kadar minimum sewa OLF yang dikenakan adalah 0.63 sen. "Ini tidak termasuk gaji pekerja, penyelenggaraan serta kos lain yang menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Abdul Wahid berkata, walaupun kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak, ia belum dilaksanakan dan pengusaha masih terus menanggung beban kos operasi yang merugikan. "Oleh itu, selepas mencapai persetujuan bersama, kami putuskan semua urus niaga menggunakan kad kredit dihentikan sehingga kerajaan menaikkan komisen jualan ke tahap yang munasabah dan mampu membantu kami untuk mengatasi kerugian selama ini," katanya. PDAM sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan komisen jualan minyak daripada tiga peratus yang dinikmati sekarang kepada enam peratus. Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, dilaporkan berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak seperti dituntut oleh PDAM.


Beliau berkata, kerajaan akan berusaha memenuhi tuntutan PDAM secepat mungkin kerana ia mempunyai kewajaran akibat beban kos operasi yang semakin meningkat.


Habis lah camni.... selama ni aku isi minyak pakai kad kredit tapi lepas ni aku nak pakai apa? Memanglah ada cash kat tangan tapi itu untuk makan. Cash yang patut digunakan untuk isi minyak aku bayar kad kredit (hutang minyak bulan sebelumnya). Habis tu lepas ni nak buat camano???? Dulu aku respek gila kat Sharir pasal hebat kononya mempertahankan hak rakyat.... Tapi sekarang ni? Aku ingat si Shapie ap bedal tu lagi bagus. Org kaya takper lah.. cash banyak, sana masuk...sini masuk... Adohai PakLah.... Janganlah buat rakyat tertekan.......


Blog Widget by LinkWithin