Showing posts with label PS2. Show all posts
Showing posts with label PS2. Show all posts

Tuesday, December 2, 2008

Happy Birthday to all...


Sepertimana semua kanak2 yang bernasib baik di dalam dunia ni, majlis sambutan hari lahir akan diadakan pada setiap kali genap umur mereka. Nasib baiklah sambutan hari lahir tak dibuat setiap bulan.....hehehe. Hari lahir anak sulung aku sebenarnya pada 23 November 2008, walau bagaimanapun, sambutan hari lahir dia yang ke 8 tahun tak dapat dibuat pada hari tersebut kerana dia sakit... jangkitan kuman yang menyebabkan dia pening kepala dari pagi sampai ke malam. Atuk dia siap sampai bawak doktor datang rumah. Nasib baiklah doktor tu datang rumah dan rawat anak aku.
Selepaas seminggu, pada ahad yang lepas, kita orang buat sambutan hari lahir dia bersama-sama dengan adik dan sepupu dia. Adik dia sebenarnya lahir bulan Januari tapi kalau tak buat untuk dia sekali, alamatnya perang besarlaaa... Sepupu diapon kebetulan sambut birthday 2-3 hari lepas tu, so kita orang sambutlah sekali. Kepada semua jiran ku, aku tak buat besar2 cuma ajak jiran terdekat yang anak2 aku selalu main. Terima kasih kepada Brader Azian, Brader Aziz dan Brader Ridhuan sebab turut sama meraikan majlis tersebut.
Kalau korang tgk kat bawah ni, ada ruang kosong dan kek yang terkanan sekali tu macam takda orang. Hehehe... sebenarnya ada tapi tak nampak sebab dia merajuk dan duduk menyorok bawah meja. Itulah pasal ada 'gap' anatara bebudak tu. Maklumlah, merajuk pasal bapak dia tak belikan lagi PSP yang dia nak tu...

Cuba tgk gambar kat bawah ni kalau korang tak percaya. Korang boleh tgk gambar sebahagian kepala dan baju anak aku tu.

Kat bawah ni antara gambar kekawan anak aku. Tapi ada 4 orang lagi takder sebab dia orang balik kampung agaknya.

Ada gambar Mastura, Dina, Dini, Farish dll lagi...


Setelah semua orang balik, barulah dia setuju nak potong kek dia...... anak oh anak...









Gambar-gambar lain yang ada ni adalah gamabr tetamu termuda yang turut hadir... ala anak brader Azian, baru 4 bulan dan gambar biras aku tengah bakar ikan Jenahak dan siakap yang dia pancing kat kolam... Fuh majlis sambutan hari lahir siap ada ikan bakar tuh...

Impian menjadi kenyataan...



Sebagaimana yang pernah aku cakapkan dulu, aku dah berjanji ngan anak sulung aku, yang aku akan belikan PS2 atau Gameboy untuk dia kalau dah bersunat. Dengan hati yang berat dan poket yang ringan, aku telah membuat keputusan untuk membelikan dia PS2. Dia nak PSP atau gameboy. Masalahnya PSP mahal sangat dan Gameboy kecik sangat. Lagipon nanti aku takut dia bawak merata sampai ke sekolah. Alamatnya nanti tak sampai 2-3 bulan dah rosak.

Hasil pertanyaan dan perbincangan ngan kekawan yang biasa dengan benda ni, maka aku buat keputusan beli PS2. Kenapa aku beli PS2 dan bukan yang lain?

  • Sebab, PS2 boleh main 2 orang
  • Sebab, PS2 tak boleh bawa merata-rata
  • Sebab PS2 murah sikit dari PSP
  • Sebab CD game dia mudah nak dapat
  • Sebab PS2 aku pon boleh main sekali...

Aku beli kat Shah Alam Mall, harga pun boleh tahan dan munasabah. Harganya semua sekali adalah RM580.00. Dengan harga tu aku dapat benda2 nih:

  • 1 Unit PS2
  • 2 unit cotroller (1 ori & 1 immitation)
  • 1 unit beg PS2
  • 10 CD games
  • 2 unit memory card (1 aku beli dan 1 lagi cina tu termasukkan dalam beg aku..hehehe).

Akhirnya tercapai juga impian anak aku nakkan benda2 tu....

Blog Widget by LinkWithin