Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Tuesday, September 13, 2011
Saturday, September 26, 2009
Hari Keluarga & Perjumpaan Keluarga Abdul Razak...
Di hari raya ke-3 yang lepas, satu perjumpaan telah diadakan di rumah opah wife aku kat Teluk Intan. Perjumpaan pertama besar-besaran yang dihadiri oleh hampir seluruh keluarga dari keturunan Abdul Razak. Aku keturunan lain tapi sebab dah kawin dengan wife aku makanya terlibat sama lah..
Sangat meriah dan macam2 aktiviti telah dirancang. Beberapa ahli jawatankuasa telah dilantik sebelum tu. Aku pon AJK gak... tukang amik gambar setelah dilantik oleh Poksu Rahim. Aku ditugaskan untuk ambil gambar detail bersama dengan GG (sepupu wife aku). sebab poksu ambil wide..... yelaaa org ada 10mm-22mm lah katakan. Banyak gambar yang aku ambil sampai tak tahu aku nak masukkan gambar apa kat blog aku nih. Nak edit pon tak larat. Dah la... cerita banyak pon tak guna. Nanti panjang berjela-jela plak. Korang tengok jer la gambar tu...
Kat bawah ni adalah mereka yang bertugas menjaga pendaftaran ahli. Kesian meja tu, sebab dah macam pakai skirt jer....
Sebahagian dari ahli yang hadir..
Senarai nama perlu disemak, takut tersilap. Paklang lah org yang bertanggungjawab menyediakan salasilah tu...
Poksu Rahim dengan Canonnya...
Kalau korang nak tahu, budak kat bawah ni punya belon lah yang paling besar sampai semua orang dah naik takut pasal tiup tak pecah2.... Aku pon gigil beb.
Kat bawah ni, Opah dan semua anak-anak Atuk Abdul Razak. Mereka terdiri dari adik beradik yang datangnya dari 3 induk berbeza.
Apa-apa pon, aku ucap tahniah kepada organiser dan kepada Poksu Rahim, "Sabarlah menanti gambar2 ku". Semua gambar akan dikumpulkan dan akan dibuat tapisan oleh Poksu Rahim. Oh.. lupa nak bagi tahu, Poksu Rahim ni pon cam aku gak. Ambil gambar sekadar hobi ajer. Takder langsung perasaan nak berniaga...huhu.
Labels: Aidil Fitri, kampung, selamat hari raya
Thursday, September 24, 2009
Kisah suatu petang 1 Syawal di kampungku......
Dah nak masuk hari ke-3 ni aku mencuba nak update blog aku nih tapi penuh cabaran.... Orang kuning rupanya pulang ke kampung dia... tak ikut aku balik kampung aku.. Payah sungguh nak guna GPRS nih...
Ni aku nak cerita pasal raya lagi nih, tak abis lagi... petang tu selepas Zohor, makanya datanglah tetamu pertama ke rumah bapak aku. Makcik dan sepupu aku rupanya. Masa aku budak sekolah dulu sekitar 80-an, makcik aku ni duduk kat mah aku sesama hubby dia. So balik sekolah, biasanya aku akan jaga anak dia yang sulung. Jadi babysitter lah kiranya.. Tapi sekarang, budak a.k.a sepupu yang aku jaga tu dah nak kawin dah hujung bulan depan. Cepat betui masa berlalu....
Keluarga Maktih aku nih boleh gak aku katakan keluarga XXL... hehehe. Semuanya besar2 belaka. Hishhh..!! tak baik aku cakap camtu... Sorry Maktih.. Maktih ni keluarga sebelah bapak aku.
Yang pakai songkok putih tu bapak aku. Pagi tu masa bergambar dia takder.. Petang baru dapat tangkap gambar dia.
Agak-agak koranglah, yang mana satu budak yang dulunya aku jaga?... hehe takyah teka2 lah, ko cari jer yang pakai baju hitam tu.
Labels: Aidil Fitri, selamat hari raya
Sunday, September 20, 2009
Kisah suatu pagi 1 Syawal di kampung ku....
Pepagi lagi aku dah bangun, bukannya apa sebab aku nak balik rumah aku kat Seksyen 7 untuk mandi... Hehe, itulah nikmat kampung dekat dengan rumah. Selepas siap, aku pun terus balik semula ke mah bapak aku, dan aku dapati, bapak aku dah pergi masjid. Haiiiii.... niat di hati tahun ni nak gi solat Aidilfitri bersama dia, nampaknya terpaksalah aku buat rutin tahunan. Solat di surau kat kampung aku nih. Sampai di surau bersama anak sulung aku, mata ku jeling2kan ke kiri dan kanan. Kot-kot ternampak kekawan lama... adalah 1-2 orang, yang lain aku tak nampak. Agaknya diaorang dah gheti nak cari kampung lain kot.
Balik solat raya, kita orang gi ke kubur Seksyen 21 ziarah kubur 'wan' aku. Punyalah jem.... Bapak aku kata, cari parking dan jom jalan kaki. Dalam hati ku berkata... jauh tu nak jalan, tapi apa-apa pon 'SYMP' jer lah. Balik dari kubur, kita orang bergambar..... Alamak, kamera aku buat hal plak! kejap-kejap jem. Indicator battery asik blinking jer. Hampeh betul... Tapi sempat gak lah snap beberapa keping. Lepas tu aku call Poksu Rahim (Keluarga Razak's Chief Photographer). Poksu aku kata, kena check kat ring lens aku. Benda tu kotor lah gaknya. Aku ikut arahan dia untuk lap sikit. Alhamdulillah, ada perkembangan positif dan boleh digunakan tanpa menaikkan darah aku. Nampaknya, lepas raya ni, kamera aku kena masuk bengkel lah kot...
Malas nak cerita banyak, layan jer beberapa keping gambar amatur aku yang tak seberapanya ni. Tengok jer tau... aku tau ada yang tak kena kat gambar2 tu, huhuhu.....

Gambar Boss takder pasal masa nak amik gambar, dia kuar jumpa kawan dia plak...

Ahli perempuan dalam famili kecik ku...

Muka aku tension pasal kamera buat hal!

Itu aje.... Esok pagi, bapak aku ajak gi ke kebun doghoyan dia kat Meru. Dia suh gi amik gambar. Kepada sesapa yang rasa tak malu, boleh ajak aku outing kat kebun, lepas raya ni. Korang makanlah sepuasnya. Aku janji takkan charge 1 sen pun....

Labels: Aidil Fitri, selamat hari raya, Shah Alam
Saturday, September 19, 2009
Malam sebelum raya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebelum aku bercerita, aku nak ucapkan Salam Aidifitri buat semua pembaca dan ahli keluarga korang. Ampun dan maaf kalau ada tersalah perbuatan mahupun percakapan atau penulisan. Sebagai manusia biasa, aku tetap akan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan akan terus melakukannya walaupun dah minta maaf beribu kali.....

Tahun ni turn beraya kat kampung aku pulak dulu. Raya ke 2 baru balik ke kampung mertuaku kat Bagan Datoh. Kat mana kampung aku?.... Apa lagi kalau bukan Seksyen 4 Shah Alam. Seperti biasa, beraya kat kampung aku ni agak kurang meriah sebab kat sini tak ramai orang. Apa yang membuatkan rumah bapak aku bising adalah kedua-dua anak aku nih. Pada masa ni, bini aku tengah mengisi ketupat ngan mak mertua dia. Bapak aku pulak tadi baru balik masjid dan terus sambung aktiviti beramalnya kat dalam bilik. aku? takda apa yang aku nak buat melainkan berblogger jer. nak bercakap takda sesiapapon.....
Teringat aku masa kecik2 dulu. Pada malam ni lah aku ada lesen besar untuk balik lewat sebab gi mengikut geng2 surau bertakbir dari rumah ke rumah jiran tetangga. Aku ngan member2 masa tu taklah nak bertakbir sangat tapi lebih kepada nak kutip duit jer..huhuhu. Memang seronok masa dulu. Terpikir pulak aku sekarang nih... masa dulu2 tu, kekawan aku tak balik kampung ker? Sebab semuanya ada berlonggok kat Seksyen 4 nih. Apa-apa pon tu semua kenangan lama.
Pagi raya, biasanya aku gi sembahyang kat surau... Bapak aku dan yang lain pulak gi sembahyang kat Masjid Negeri.... hehe, langsung tak sepakat. Aku gi surau bukannya apa, tapi sebab semua member ada kat situ. Lepas sembahyang, aku biasanya pergi ke satu tempat ngan 'Sham kapcai'. Nak tahu gi mana? gi kuburrr... nak tahu sebab apa? Sebab kat situ pada pagi raya ada ramai awek cunnnn..muahahaha. Biasalahkan, anak muda memang lah macam tu. Lepas tu, kita orang akan gi tasik lepak-lepak hisap rokok. Lepas tu kita orang akan balik ke rumah dan sambung 'zzzzzzz'.. Hehe, bila plak nak gi mah jiran ngan sedara untuk beraya? errmmmm aku pon tak ingat sebab aku sejak dari kecik memang tak suka gi beraya mah orang...

Apa-apa pon, aku nak ucapkan sekali lagi SELAMAT AIDILFITRI.
Labels: Aidil Fitri, selamat hari raya
Monday, September 14, 2009
Dengar! Aku nak cakap nih....
SELAMAT HARI RAYA & MAAFKAN SEGALA DOSA SALAH DAN SILAP YANG SENGAJA DAN TAK DISENGAJAKAN. SEBAGAI MANUSIA BIASA, MEMANG SETIAP MASA AKU BUAT KESALAHAN KAT KORANG.....
Jangan beghebuttt... tengok satu-satu tau....
Labels: Aidil Fitri, selamat hari raya
Monday, August 24, 2009
Friday, October 24, 2008
Jamuan Hari Raya kat opis...
Pada Jumaat lepas 17 haribulan Oktober 2008, Bahagian Teknikal opis aku buat jamuan hari raya.... Banyak betui makanan al maklumlah kitaorang kutip duit sana sikit.. sini sikit. Akhirnya dapatlah dijayakan majlis jamuan hari raya nih.
Kepada yang berkenaan, sorrylah sebab lambat posting......maklumlah kerja punya orang!!! hehehe....
Buah-buahan tempatan.... sate ngan kacang pon buleh dikira sebagai buah gak.....
Berbagai juadah utama..... nasi impit ada, sate ada, roti jala ada, kek ada, kerepek pon ada gak dan tak ketinggalan sudu ngan garpu.
Salah satu dari kek yang ada masa tu. (Ada 4 jenis kek sebenarnya pada masa tu... yang lain aku tak sempat amik sebab kalau aku sebok jer amik gambar, depa dah pulun habih semua makanan tuh... cam T-Rex)
Antara yang menghabiskan makanan yang ada.... aku tak.... sebab sebok amik gambar jer.
Ko nak betik ker atau nak pisang?
Labels: JPPH, open house, selamat hari raya
Friday, September 26, 2008
Salam Aidilfitri kepada semua yang telah melawati blog ku ini.
BERSEMPENA AIDILFITRI YANG AKAN TIBA PADA 1 OKTOBER 2008 INI, KU UCAPKAN SALAM AIDILFITRI, HALALKAN AYAT-AYAT YANG TELAH KULUAHKAN YANG MUNGKIN TELAH MENGGURIS HATI SESIAPA SAHAJA. SALAH DAN SILAP ADALAH LUMRAH MANUSIA......
Labels: aidilfitri, selamat hari raya, syawal
Subscribe to:
Posts (Atom)