Showing posts with label CHOGM. Show all posts
Showing posts with label CHOGM. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Misi CHOGM Berakhir Merentasi LCS...

Assalamualaikum,

Hari ni adalah merupakan hari terakhir berCHOGM bersama familyku di Kuching. Ini juga merupakan penerbanganku yang ke-10 tahun ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca asik ujan jer... Buat masa sekarang ni aku dan famili tengah menunggu ketibaan kapal merah yang akan mengangkut kami semua pulang.

Hari ni adalah hari yang sangat sebok sebab aku akan pergi balik Kuching-KL-Kuching. Pulang ke Shah Alam sebab nak hantar familyku pulang. Kesian pulak kalau nak biar diaorang balik sendiri.... Flite seterusnya nanti adalah jam 8.40 malam.

Sebagaimana yang telah ku khabarkan sebelum ini, percutian ini adalah percutian ke-2 ke Kuching Sarawak. Namun yang menariknya adalah percutian ini juga turut disertai oleh bonda biologi dan adik-adik pompuan ku yang sebelum ini agak berkontrebersi. Alhamdulillah, hubunganku dan bondaku telah pulih dan buat pertama kalinya aku dapat memeluk semula bondaku. Seingat aku last aku peluk adalah pada tahun 1994 kot... Itu pon di hospital masa adik lelaki ku meninggal. Alhamdulillah...

Di dalam flite ni seperti biasa di peringkat awal anak lelaki dan pompuan ku mesti nak bergaduh... Pasal handrest pon bergadoh.. Sabor je lah..! Setelah beberapa ketika dan bila makanan dah sampai baru senyap sikit. Aku jaga diaorang dan makananku ku tapaw.

Untuk pengetahuan korang, dulu aku pernah tanya sama ada korang pernah berak tak kat atas laut China Selatan.. Hahaha... Hari ni aku berpengalaman tapi bukan aku yang brrak tapi anak kecikku... Punyalah banyak dan lepas tu bilik air tu kecik plak... Terhuyung hayang aku nak ngantikannya. Melekat- lekat kat sinki, penutup wc dan tanganku... Adoii... Terpaksalah aku mengelap plak bilik air tu. Yelaa, takkan aku nak biarkan kotor. Kesian kat orang lain nanti.

Selepas mengganti diaper anak aku yang u'uk, anak sulungku pulak menagih janji. Mintak belikan key chain air asia plak. Tapi sebab dah habis makanya aku belikan fridge magnet sebagai ganti. Ok lah tu wat kenangan.

Kapal ni dah nak turun dan menjunam dengan lajunya dari ketinggian 30 ribu kaki ni. Meletop-letop tinga aku. Dijangka kapal ini akan mendarat jam 3.45 petang dan bapak mertua biniku akan menunggu. Maklumlah nak jimat belanja makanya terpaksa menevalkan muka mintak dia amik kat epot...

Ok lah... Berjumpa lagi sekejap lagi di dalam penerbangan seterusnya jam 8.40 malam nanti... Chiow!!




Friday, February 10, 2012

Sebu berCHOGM di Sibu...

Assalamualaikum, pada ketika dan saat ini, aku sedang berada di epot Sibu menanti ketibaan flite MH2261 ke Kuching. Ini adalah penerbangan ku yang ke 7 tahun ni.

Tujuan sebenar aku ke Sibu ni sebenarnya adalah kerana perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sibu. Bukan kes rogol, rompak ataupun bunuh tapi kea pengambilan tanah. Aku bertugas sebagai salah seorang pengapit hakim a.k.a assessor. Sepatutnya kes habis sampai jumaat tapi sebab dah abis awal dan aku dah naik sebu duduk kat Sibu ni makanya hari ni gak aku nak balik.
SIBU

Yela.. Duk lama-lama pon tak tahu dah nak buat apa. Kat Bandar Sibu ni bila malam jer semua kedai tutup. Kedai yang buka hanyalah rumah urut, karaoke dan pub. Kedai makan yang buka pon Mc D jer. Itu semua sekitar hotel yang aku duduk. Memandangkan aku ni takLarat nak jalan jejauh maka dok lepak jer kat dalam bilik otel yang ditanggung sepenuhnya oleh rimau dua ekor, bulan dan bintang. Tak banyak citer aku nak kongsi memandangkan aku hanya lepak kat bilik jer tengok movie dan iklan. Untuk itu aku kongsikan gambar jer yang aku amik sekitar bandar Sibu dari RH Hotel..

Ok lah, malas nak tulis lagi, kapal dah sampai dan tunggu masa nak masuk. Flite ni sekejap jer about 35 min. Oleh itu tak sempat nak buat apa-apa. Makan takda cuma ada minum jer. Ok lah.. Bababaiiiii...
SIBU TOWN

SIBU TOWN

Monday, July 11, 2011

Jalan-jalan naik belon..

Assalamualaikum,
Wahhhh lamanya aku tidak meraban kat dalam blog nih. Semenjak aku ditukarkan ke Pulau Borneo ni, stop segala luahan rasa hati. Rasanya dah setahun aku tak merapu so hari ni macam ada masa terluang sikit makanya aku akan cuba menjebakkan diri semula ke dunia blogging.

Untuk permulaan ni aku nak cerita pasal CHOGM ku ke Bandar Mukah. Mukah tau.. bukan Mekah. Sebuah bandar kecil terletak di persisiran laut China Selatan. Untuk pengetahuan semua, bandar ini tidak banyak benda yang menarik terutama kepada orang-orang bandar diluar tu. Bandarnya kecik, dalam 2 jam berjalan kira dah habis explore termasuk berhenti rehat sambil minum nescafe tarik kat kedai mamak. Kalau saja-saja nak pergi rasanya aku tak pergi kot tapi disebabkan kursus punya pasal maka dapatlah aku menjejakkan diri ke Bandar Mukah nih...
De Havilland
Untuk permulaan ni aku up gambar belon jer lah. lagipon internet kat opis aku lembab tahap boleh perah... korang tengok gambar belon jer lah...


Kalau nak pergi Mukah kena naik benda ni.... sorry yer tiada Boeing Airbus atau ATR boleh landing kat Mukah....
Pilot ni relax jer bawak sambil sila panggung... muahahaha..

Thursday, December 3, 2009

Adakah salah aku berCHOGM?....

Hari ni CHOGM dimulakan seawal 6.15 pagi.... Ermm sampai kat epot, tak bleh check-in plak guna mesin. Cis! aku pon dgn eksennya memanggil awek MAS yang jaga kat situ. Rupa-rupaya dah telambat.... heeee. Apa-apa pon selamat sampai.

Kat JB terus orang-orang IRDA amik aku dan kitaorang terus pergi lawat periksa rumah-rumah yang nak dibeli untuk dijadikan Pos Polis Komuniti. Malas nak cerita sangat... tgh hari gi lunch kat Royal Johor Golf Club. Tak lah best sangat tapi aku terkenang masa aku kecik2 dulu.... sekitar awal 80an yang mana bapak aku bawak kita orang lepak kat situ. Yelaa lepak sambil makan2 sebab menunggu diaorang dok men gop. Sungguh terkenang aku....



Petang, kita orang gi IRDA untuk proses rundingharga. Alah, macam nak beli ikan kat pasar la. Proses tawar menawar. Adoi nego conduct lam bahasa omputih plak... Udah ler aku kena main peranan utama untuk berunding, pastu bahasa omputih aku tak lah baguih sangat. Maklumlah masa sekolah malas nak belajar... heeee. Aghh aku belasah jer...

Apa-apa pon TQ pada IRDA sebab sponsor tiket 'belon' ngan bilik otel ni. Kalau tidak tido kat masjid lah aku. Maklumlah cuti2 sekolah ni otel mahal sangat dan banyak yang penuh. Asalnya aku ingat nak bawak famili so travel lebih awal, tapi bila aku bagi tau mummy anak kedua aku, dia kata "takyah la bang..." Wah terharu aku, sungguh baik hatinya untuk tidak menghabiskan duit aku... huhu


Oklah, itu sahaja laporan berlintas langsung dari The Puteri Pacific a.k.a Pan Pacific.... Agak-agaknya apa aku akan buat malam ni sorang-sorang kat JB ni? Ermmm......

Sunday, August 16, 2009

Cara Menghabiskan Duit Rakyat ..... (Finale)

Memandangkan Inspen tak bawa jurukamera dan nak gunakan hotel punya, caj sampai RM35 sekeping, makanya aku pon menawarkan diri. Nak jual kat depa ni pada harga kos, depa ni kedekut sangat. So aku buat keputusan snap, edit, upload dan distribute secara free. Tapi macam biasalah, barang free ni ada hadnya....

Apa-apa pon mungkin ini simposium terakhir aku dan selepas ni mungkin tak akan dipanggil lagi dah. Sebab apa? korang pikir dan buatlah andaian sendiri.....


Group VO

VO Group Simposium

Selamat tinggal 'simposium'..... sayonara...

Tuesday, August 11, 2009

Cara menghabiskan duit rakyat (Part 2)

Semalam, seharian kitaorang ada aktiviti ice breaking... pagi sampai petang. Macam2 aktiviti, petang ada explorace.... betul2 mencabar kuasa kuda jantung aku... Petang bila dah habis, kita orang lepak kat tepi pantai bersatai-santai... aghh!!! tengok jerlah gambar...

VO2

VO3

Nak tahu kenapa amoi ni gedik sakan?... kena urut kat belakang... Cakar Harimau!! auummmm!!

VO1

VO5

Orang suh main bola tampar, depa dok menari ngajat buat pa?...

VO6

VO8

Kat atas tu bukan Lion King tapi rambut aku kena tiup angin daa..

VO9

VO10
hehe.. awatnya si baju merah tu condong semacam jer...

Monday, August 10, 2009

Cara menghabiskan duit rakyat (part 1)....

CHOGM Part 2 kembali lagi. Kali ni kitaorang bersimposium di Cherating... Semua ditanggung oleh anda semua..... muahahaha... CHOGM selama 4 1/2 hari bermula Ahad sampai Khamis. Kita orang pergi secara carpool dan bergerak lebih kurang pukul 3.45 petang dan tiba pada jam 7.40. Letih seharian sehari sebelum tu bersama Bryan, Faiz dan Zul tak hilang lagi. Posting pon tak sempat buat. Kemana kitaorang pergi?....tungguuuuuu!!! Posting baeeek punya akan menyusul. Destinasi ke Impiana Cherating Resort...

Tadi lepas taklimat jam 8.30, kitaorang berborak kat lobi sampai kul 11.45. Sakit tekak dan sakit perut dibuatnya bila kitaorang dah berjumpa. Semua kaki smash, pantang bola tanggung...

Sekarang ni dah pukul, err...... 1.40 pagi. Aku nak tido. So takyah cerita banyak, tengok ajer gambar kat bawah nih.

Travel2

Penggunaan ICT adalah diutamakan walaupun dah tahu hala tuju...

GPS

Pergi terang, sampai gelap...

Travel

Maksud dan tujuan CHOGM.....

Title

Masuk bilik terus check line orang kunin aku... fuhhh Alahamdulillah, line penuh. Makanya dapatlah aku berinternet sepanjang aku duduk kat Cherating nih...

Notebook


Tuesday, May 5, 2009

CHOGM 2009...

CHOGM ni bukannya "The Commonwealth Heads of Government Meeting" tapi adalah "Cheap Holidays On Government's Money"..huhu. Untuk tahun 2009 ni lambat sikit CHOGM aku bermula sebab akibat kemalasan nak keluar. So untuk yang pertama aku gi Langkawi 30hb April yang lepas... balik hari jer sebab pergi hari khamis... esoknya jumaat lagipun 1 Mei cuti umum. Baik aku lepak kat mah jer ngan famili.

Ni semua sebab UiTM la sebok sangat nak beli tanah tepi laut kat Pulau Tuba. Nak buat pusat kajian marin kononnya. Lantak koranglah nak beli apapon... janji aku dapat merasa pergi ke Pulau Tuba. Memang Pulau Tuba ni origin Langkawi.... belum ada banyak pembangunan. Driver van tu siap bawak jalan tunjuk sekolah ngan balai polis lagi... bunyi cam hebat jer. Tapi ok lah gak udara taklah kotor sangat macam kat KL ni.

Aku mulanya nak bawak SLR aku tapi malaslah pulak sebab masa tu aku takda beg yang sesuai nak bubuh. Bila pikir nak naik bot ke Pulau Tuba, takut pulak terjatuh pulak kamera tu kat dalam laut. Adoi.. macam2 alasan. So aku bawak ajerlah kamera compact sedia ada yang dah lama nih untuk rakamkan sikit sebanyak gambar... Jadiklah....

Kat Pulau Tuba, kita orang naik limosin.. 8 orang beb boleh naik. cuba tengok gambar kat bawah ni, waktu dia isi minyak....

Walaupun panas, tapi hati gumbiraaaa....lalalala. Maklumlah semua ditanggung beres.

Petang bila dah habis lawatan tapak, dah beli cokolat, dah beli eheemmm dan dah pekena cendol kat tepi laut, makanya kitaorang lepak pulak kat Awanan Porto Malai sementara tunggu flite kita orang petang tu. Ingatkan nak tido sana tapi apa hal tido sorang2. Kalau ada 'awek' lainlah hehehe...

Woih, tahu la hari khamis... tapi si Azman ni buat dek ajer pakai batik. Puas kitaorang sughuh dia tukar baju. Apa nak buat etika punya pasai... Ok lah itu sahaja laporan untuk kali ni. Semoga berjumpa di CHOGM yang lain pula lepas nih.

Blog Widget by LinkWithin