Showing posts with label LHDN. Show all posts
Showing posts with label LHDN. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

Pengecualian Cukai Ke Atas Bayaran Interest..?

Pada Bulan April ini bagi setiap tahun, semua orang akan berpusu-pusu nak menggunakan perkhidmatan internet. Mengapa agaknya?... Sebab semua tunggu saat akhir untuk buat declaration ke atas cukai pendapatan individu masing-masing. Semua menunggu kot-kot ada pengumuman pengecualian di saat-saat akhir. Kalau declare awal, nanti tak dapat nak patah balik. Rugi wooo!!!


Aku pun sebenarnya sehingga ke saat ini masih belum buat pengiystiharan lagi. Jap lagi kot tapi sebelum tu sekadar nak kongsi maklumat yang kuperolehi pagi tadi. Maklumat adalah seperti berikut:


"Untuk pembelian rumah bagi tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010, anda layak untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi kadar faedah yang telah di bayar bagi setiap tahun taksiran selama 3 tahun berturut-turut. Amaun maksimum bagi setiap tahun adalah RM10,000. Pengecualian hanya dikira ke atas faedah sahaja dan tidak termasuk bayaran pokok."




Oleh demikian, kepada mereka yang telah membeli rumah sebelum tarikh yang dinyatakan macam aku nih dan masih membayar faedah sahaja sebab bank dan pemaju sangat lembab, adalah dinasihatkan supaya tidak berangan-angan mendapatkan pengecualian tersebut..... adoiiii!!! Rugi! Rugi!.. Dah ler aku bayar interest sahaja sebulan kat RM900, tak boleh dapat pengecualian plak tu. Hampeh tul...!!!!!

Di bawah ni dimasukkan senarai pengecualian penuh yang boleh dituntut :-

Income Tax

Thursday, April 16, 2009

Musim membayar cukai...


Kenapa la kena bayar cukai...... Kalau tak bayar tak boleh ker? Macam2 cukai nak kena bayar sekarang ni. Cukai pintu lah.. cukai tanah lah.. cukai setem lah.. dan yang terbaru nak kena bayar cukai pendapatan. Adoi... dah tolak PCB dan dah 'adjust' pon masih banyak nak kena bayar.
Agaknya kalau aku dok dalam hutan cam orang amazon tu, kena bayar cukai tak?...


Teringat aku pada beberapa tahun yang lepas, ada sorang kawan aku marah kat aku sebab tak gi mengundi, "itu tanggungjawab kepada negara!! kita kena laksanakan" katanya. Lepas tu aku tanya balik kat dia, "ko dah declare dan dah bayar ker cukai pendapatan?".... dia jawab, "errr.. belum lagi tak sempatlah...." Apa la.... mengundi adalah hak kita tapi membayar cukai adalah hak kerajaan dalam kata lain hak orang lain. So kenalah utamakannya...



Korang semua dah declare ker? kalau belum, klik lah kat sini dan declare sebelum terlambat.

Blog Widget by LinkWithin