Showing posts with label zoo negara. Show all posts
Showing posts with label zoo negara. Show all posts

Saturday, August 8, 2009

Gambar terlarang di sempadan Siam....

Agak-agaknya kenapa korang klik kat blog aku nih? Jangan mudah teruja dengan tajuk. Agak-agaknya apa yang terlintas difikiran korang bila aku tulis tajuk cam kat atas tu......? Haaa...tahu dah! ish..ishh..ishh... Sebenarnya posting aku kali ni takder kena mengena pon dengan gambar terlarang atau negara Siam. Kalau korang nak tengok gambar siam, gi tanya pakcik google.. Aku nak cerita pasal "Out of Bounds".

Kalau org main gop, depa panggei "OB". OB ni bola yang korang pukul terkeluar dari kawasan permainan. Masa aku mula-mula main gop dulu, OB ni kesukaan aku.. hehehe... Sekarang ni dah tak pernah "OB" lagi. Bukan sebab aku dah terror tapi sebab aku dah beghenti main semenjak aku kena transfer ker Putrajaya. Adoii.. travelling kos tinggi tu.. So camana lah nak main gop. So aku simpan ajerlah set aku tu. Kalau main pon tak terror-terror pon. Kepada member2 aku, korang mainlah sepuas-puasnya. Kalau aku taknak, aku taknak la. Baek aku guna duit tu tuk beli susu ngan pampers anak aku. Lagi bagoosss...

Apalah melalut banyak sangat... aku cuma nak cerita, semalam aku terjumpa teknik fotografi yang depa panggil OB. So tadi aku cubalah sikit-sikit. Taklah bagus sangat dan tak berapa tepat tapi setiap perkara mesti ada titik permulaan dan itulah yang manisnya....

Out of bounds

Kenapa aku kata manis? Cuba bayangkan bila satu hari nanti, bila ko dah betul2 terror sehingga bergelar terrorist, korang tengok balik gambar mula2 sekali yang korang edit. Mesti korang akan tersenyum sotong.... Itulah yang manisnya, semanis malam pertama.. huhu

Thursday, May 14, 2009

Burung apakah ini?....

Aku baru jer balik dari INSPEN, part time mengajar. Takder idea sangat nak posting tapi tangan tu tetap gatal gak. So aku masukkan gambar nih dan korang jawab lah dalam hati... apakah nama burung nih...
Bangau Solo
Anak aku masa kat zoo hari tu dia kata...."Ayah! itu burung bangangkan?...." ohh my sonnnnn......

Monday, April 27, 2009

My hero's first photographic outing....

Satu pengalaman yang cukup terharu kerana aku telah berjaya mempengaruhi minat heroku untuk sama dengan minat ku...hehehehe. Kalau dalam posting sebelum ni, aku cerita pasal first time aku tapi kali ni nak cerita pasal first time hero aku plak.

Zoo Negara edit

Pada hari tu selepas perbincangan dan perjanjian dibuat bersama dia, aku bawak dia ke Zoo Negara untuk bersama-sama kengkawan ku untuk keluar outing. Alhamdulillah, dia memberikan komitmen sehingga hilang konsentrasi aku untuk rakam gambar lain... teruja plak amik gambar anak sendiri. Last dia suka bergambar adalah masa umur dia 4 tahun. Lepas tu dia memang taknak bagi komitmen untuk amik gambar. Tak payah cerita banyak jom kita tengok...


Oleh kerana 'gear' aku tak sehebat kengkawan aku, maka aku mintalah pertolongan pakcik CS2 untuk tolong aku ubah sikit2 gambar supaya jadi lain dari yang lain......
My Hero & The Beast copy
Tak terkawal gak aku pada hari tu.... Dia merayau ikut sesuka hati dia jer... Alhamdulillah, semuanya ok.


Double Peace edit

Sehingga bertemu lagi di dalam posting yang lain.... kepada korang semua kat sana tu, SORRY la sebab 2-3 posting akan datang ni akan cerita pasal outing ajer... hehehehe....

Suka hati akulah, bak kata Azwan Hj Ali..... "Ada aku kesah?"

Blog Widget by LinkWithin