Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Kenapa aku masih boikot yang satu nih...

Dulu masa Israel dok menganyang Palestin yang mana pada masa ni masih lagi, kecoh satu Malaysia sebok nak boikot sana boikot sini. Anak aku pon kat tadika, cikgu dia suruh boikot barangan buatan negara yang berkaitan termasuklah syarikat-syarikat yang berkaitan. Makanya berderu-derulah semua orang dok menyahut seruan tersebut sehinggalah Mc Donald pon terpaksa buat strategi unutk menaikkan semula jualan. Aku pon boikot gak....
Sila rujuk cerita aku dulu-dulu kat SINI
Tapi, lama-kelamaan, rakyat Malaysia dah mula lupa dan start beli balik barangan-barangan yang mereka boikot nih. Termasuklah aku gak..hehe.. Namun yang masih kekal adalah salah satu pasaraya yang sampai kini masih dapat aku pertahankan untuk memboikotnya. Sebenarnya aku boikot bukan sebab pasaraya ni milik Yahudi sahaja tetapi berdasarkan pengalaman, aku dah banyak kali kena tipu bila membeli belah kat pasaraya nih. Korang nak tahu apa pasarayanya? Apa lagi kalau bukan TESCO.
Kenapa aku kata aku selalu kena tipu?.... Antara perkara yang selalu dulunya aku terkena adalah;
  • Harga yang dipamirkan di rak barangan tak sama dengan harga semasa discan untuk pembayaran.

  • Harga yang dikatakan diberikan diskaun sebenarnya adalah harga yang lebih kurang sama dengan harga di luar ataupun harga asal yang tertera sebenarnya telah dinaikkan jauh lebih tinggi sebelum tu.

  • Bila beli barangan permainan yang menggunakan bateri cthnya, perlu bayar dahulu sebelum ianya boleh diuji. Oleh itu sekiranya barangan tersebut rosak, dia akan gantikan dengan yang lain dan kalau takda stok? Lu pikirla sendiri.
Untuk kesemua di atas, aku masih lagi belum bercadang untuk melaporkan kepada pihak Kementerian mahupun ke pihak polis cawangan komersial. Belum sampai tahap itu la kawan.... Cukuplah aku memboikot diaorang nih.
2-3 hari lepas, jiran aku Mr BrYan telah menunjukkan satu gambar kat aku dan aku minta dia emailkan terus ke aku sebab nak masukkan dalam blog aku nih. Korang tengoklah sendiri gambar tu. Hanya orang BODOH dan BANGANG jer yang tak paham apa yang ada dalam gambar tu...



Cuba korang pikirlah sendiri, harga barang asal RM3.90 so korang kena bayar RM3.90. Bila dah bagi diskaun 1 sen menjadikannya RM3.89, korang ingat kena bayar berapa? kalau beli 2-3 pon berapa banyak? Hanya orang Bodoh jer yang kata barangan kat TESCO ni murah dan promosinya berbaloi.

Sekarang ni kalau aku lalu tepi TESCO kat Shah Alam, aku tengok masih ramai lagi orang yang nak gak berkunjung kat situ.. Bagi aku, hanya orang yang sangat kaya, tak kisah, sanggup ditipu, bodoh dan orang banggang jer yang masih sebok nak beli barang kat TESCO ni.

Aku?.... yang pasti aku tak lagi membeli di situ. Biarlah orang-orang yang masih lena dibuai mimpi jer dan sanggup ditipu saja yang masih nak pergi kat situ. Setakat hari ni, aku masih tetap memboikot.... Korang nak pergi, silakan dan aku takda kuasa nak larang tapi LU PIKIRLAH SENDIRI...

Wednesday, January 14, 2009

Kenyataan terangkuh di Malaysia...


"Pihak kami tiada perancangan untuk melancarkan kempen memboikot barangan AS dan Israel buat masa sekarang. Kami juga belum membuat keputusan sama ada hendak melancarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan Palestin" ...Utusan Malaysia 9 Januari 2009

Itulah kenyataan yang ku rasakan sungguh sombong dan bongkak pada masa semua orang sangat prihatin. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurus Perhubungan Awam TESCO, Dazrene Azmil Darus.

Cubalah korang search siapa pemilik TESCO sebenarnya. Yup betol!, company based kat UK, tapi check nama dan keturunan founder dia dan lihat sumbangannya. Aku hairan kenapa PPIM tak masukkan nama TESCO dalam salah satu senarai dia. Oh ya, baru2 ni aku check 1 produk mee yang diimport yang sebelum ni dilabelkan sebagai tidak halal oleh 1 pasaraya besar tetapi tidak di TESCO dan diletakkan bersama produk lain yang halal.


Aku buat masa ni memboikot dari membeli kat TESCO. Bukan kerana Palestin atau kenyataannya sahaja tetapi juga kerana aku dah banyak kali ditipu dari segi harga oleh pasaraya ni. Cumanya aku tidak perbesarkan atau bawa ke pengetahuan Kementerian walaupun aku boleh berbuat demikian. (bukannya apa... aku tgk Menteri baik semacam jer ngan Tesco ni. banyak pulak masa dia rasmi itu dan ini untuk Tesco)



Hampehhhh!!!!!

Monday, January 12, 2009

Hanya ini sahaja yang termampu...

Berikut di bawah ni adalah diantara barangan yang perlu diboikot bagi menyokong penentangan kita terhadap rejim Zionis. Mungkin ada diantara kita yang tidak bersetuju dengan langkah boikot ini sebab dikatakan bahawa syarikat ni beroperasi di Malaysia dan mungkin dimiliki oleh rakyat Malaysia. Cuma jenama sahaja yang berkaitan. Mungkin ada yang berkata kalau kita boilot barangan ni, rakyat Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam bekerja di syarikat tersebut yang akan menjadi susah. Apa-apa pon terpulanglah kepada kalian semua.

Sesungguhnya apabila Allah menurunkan bala, dia tidak menurunkan secara terpilih. Kalau dikawasan tersebut melakukan maksiat, maka seluruh kawasan akan diturunkan bala tanpa mengira bahawa terdapat orang mukmin di kawasan tersebut.

Tepuk dada tanya selera.....











Peminat Arsenal klik kat sini

Blog Widget by LinkWithin