Showing posts with label boycott. Show all posts
Showing posts with label boycott. Show all posts

Wednesday, January 14, 2009

Kenyataan terangkuh di Malaysia...


"Pihak kami tiada perancangan untuk melancarkan kempen memboikot barangan AS dan Israel buat masa sekarang. Kami juga belum membuat keputusan sama ada hendak melancarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan Palestin" ...Utusan Malaysia 9 Januari 2009

Itulah kenyataan yang ku rasakan sungguh sombong dan bongkak pada masa semua orang sangat prihatin. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurus Perhubungan Awam TESCO, Dazrene Azmil Darus.

Cubalah korang search siapa pemilik TESCO sebenarnya. Yup betol!, company based kat UK, tapi check nama dan keturunan founder dia dan lihat sumbangannya. Aku hairan kenapa PPIM tak masukkan nama TESCO dalam salah satu senarai dia. Oh ya, baru2 ni aku check 1 produk mee yang diimport yang sebelum ni dilabelkan sebagai tidak halal oleh 1 pasaraya besar tetapi tidak di TESCO dan diletakkan bersama produk lain yang halal.


Aku buat masa ni memboikot dari membeli kat TESCO. Bukan kerana Palestin atau kenyataannya sahaja tetapi juga kerana aku dah banyak kali ditipu dari segi harga oleh pasaraya ni. Cumanya aku tidak perbesarkan atau bawa ke pengetahuan Kementerian walaupun aku boleh berbuat demikian. (bukannya apa... aku tgk Menteri baik semacam jer ngan Tesco ni. banyak pulak masa dia rasmi itu dan ini untuk Tesco)



Hampehhhh!!!!!

Monday, January 12, 2009

Hanya ini sahaja yang termampu...

Berikut di bawah ni adalah diantara barangan yang perlu diboikot bagi menyokong penentangan kita terhadap rejim Zionis. Mungkin ada diantara kita yang tidak bersetuju dengan langkah boikot ini sebab dikatakan bahawa syarikat ni beroperasi di Malaysia dan mungkin dimiliki oleh rakyat Malaysia. Cuma jenama sahaja yang berkaitan. Mungkin ada yang berkata kalau kita boilot barangan ni, rakyat Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam bekerja di syarikat tersebut yang akan menjadi susah. Apa-apa pon terpulanglah kepada kalian semua.

Sesungguhnya apabila Allah menurunkan bala, dia tidak menurunkan secara terpilih. Kalau dikawasan tersebut melakukan maksiat, maka seluruh kawasan akan diturunkan bala tanpa mengira bahawa terdapat orang mukmin di kawasan tersebut.

Tepuk dada tanya selera.....











Peminat Arsenal klik kat sini

Blog Widget by LinkWithin