Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, May 31, 2010

My Little Chef...

Lama dah aku tak upload gambar baby.... Malas-malas-malas-malas adalah punca gambar tak berupload. Nak update blogpon sekarang ni dah malas nak cerita panjang2. Jumaat lepas sempena cuti-cuti Malaysia dan wifeku nak beli barang sikit, makanya kami ke Shah Alam Mall. Tak tahu nak buat apa, maka aku shoot jer beberapa keping guna my ai pon. So kat bawah gambar yang telah kukumpulkan....

Nak wat photoshoot khas untuk baby tapi asik rasa malas jer... So aku gunakan jer apa yang ada. Rugi pulak kalau takda rakaman gambar untuk tatapan 10, 20, 30 tahun akan datang....

My little Chef

Friday, February 19, 2010

Percutian dah tamat...

Awan Putrajaya

Setelah bercuti panjang hampir 2 minggu dan langsung tak concentrate ngan kerja, hari ni ku kembali ke Putrajaya untuk bekerja. Biasalah bila dapat baby dan takda orang jaga, kitalah kena tolong-tolong bini. Siapa lagi nak tolong.

Setakat ni masih belum ada kes untuk semakan lagi dan dijangka tiada kes untuk disemak hari ni. Lagipon minggu depan 3 hari aku tak masuk opis lagi sebab kena gubal soalan pulak kat Inspen. Itu kira macam bercuti gak lah. Dahla... takda idea plak..... Mood nak menghuru harakan suasana opis belum datang lagi neh...

Monday, December 28, 2009

Port Dickson yang terakhir...

Malas nak cerita... takder mood! Tapi ini kira last posting pasal Port Dickson. Tengok jer lah gambar tu. Kalau tak paham, angkat tangan tanya..


Famili 2

Dari kiri : Birasku, kakak Iparku, Kakak Birasku, Abang Iparku, biniku, adik iparku, mak mertuaku, Adik iparku, Adik Iparku juga & Biras Adik Iparku

Famili 1


Famili 3


Famili 6


Famili 4


Famili 5

Maka berakhirlah posting berkenaan Port Dickson. Tiada lagi cerita pasal Port Dickson lagi lepas nih dan sehingga ke posting yang ke lima ni, gambar aku satu pon tak der.....ermmm.

Kat bawah ni lagu yang menjadi pujaan ku semasa darjah 6. Siap beli kaset lagi. Masa tu murah jer $6.00 (cetak rompak). Disebabkan ada kena mengena ngan Port Dickson, maka kumasukkan untuk hiburan semua..


Friday, December 25, 2009

Miss Jane Doe...

Jane Doe 1

Kenapa aku bagi tajuk Jane Doe...? Sebab,... aku tak tahu nama pompuan ni dan anak dia. Apa yang pasti, dia turut serta masa outing di PD hari tu, kira part of family gak la. Walaupun posting ni part of 'Port Dickson' tapi mesti ada orang dengan perasaan yang penuh dengan kecemburuan yang meluap-luap mengomen kenapa banyak sangat gambar Jane Doe ni. Hehehe.. relax la, sesungguhnya ada insan yang lebih bertuah dari insan lain. Lagipon dia yang suruh amik. Sebagai jurugambar amatur, aku amik jer apa yang menarik. Heeeee.....

Kat bawah ni sebahagian aksi yang aku rakam di atas permintaan. Kepada Jane Doe, InsyaAllah nanti aku bagi kat your biras. Walaupun gambar ni tak seberapa tapi di harap enjoy.....

Jane Doe 3

Jane Doe 9

Jane Doe 6

Jane Doe 2

Jane Doe 5

Jane Doe 4

Jane Doe 8

Jane Doe 7

Kepada Jane Doe, diharap anda kini telah sihat dan pulih. Sentiasa bersabar kerana pihak kami semua menyokong dan simpati dengan anda. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

Thursday, December 24, 2009

Makan sotong boleh jadi lembik..?

Pada suatu hari semasa aku tengah makan malam ngan anak daraku, aku telah menyuruh dia makan sotong goreng yang dihidangkan. Dia kata 'tak nak!'. Haa?! selalunya bila aku makan nasi goreng yang ada sotong, dialah orang yang selalu merompak sotong aku tu sampaikan kekadang tu aku terpaksa sorokkan bawah nasi sikit sebab kalau tidak, tak merasalah aku. Kempunan pulak nanti... Silap hari bulan kena telan plak ngan batu belah batu bertangkup.... Aku tanya dia, kenapa?. Dia cakap, "taknak makan sebab nanti jadi lembik"... aww.. tak kuasa aku nyah..!

Cerita tu selingan jer... Sebenarnya aku tak tau nak buh tajuk apa. Seperti yang aku cakapkan dulu, selagi gambar tak abis, cerita PD takkan berakhir. Dah jadi cam blog Port Dickson plak. Takper.. promote negara sendiri apa salahnya.

Ketam 2

Masa gi PD hari tu, bebudak selain mandi dan main pasir, mereka juga menjalankan aktiviti memburu dan mendera ketam. Huh ketam kecik pon dibelasahnya.

Ketam 1



Ketam 3

Bebudak kat atas ni lah di antara mereka yang telah bertanggungjawab mendera ketam-ketam kat PD hari tu.

Kat bawah ni pulak adalah biras nelayan aku. Mana-mana pergi pon tak pernah tinggal kail ngan umpannya. Walaupun aku tak pernah nampak dia tangkap ikan besar tapi semangatnya memang kuat. Sorry bro, tak dapat join sebab aku tak berapa minat sangat nak memancing ni. Beli jer kat pasar lagi senang. heeeee....

Ikan 1

Ko tengok gambar kat bawah ni, apa benda yang dapat ditangkapnya.... errr ikan ker apa tu?.... kompius aku neh..

Ikan 3

Wo.. ikan ghopernya.... Apa nama ikan ni pon aku tak tahu. Yelaa.. aku tengok dia tak pakai name tag pon. Ini boleh diumpamakan mat rempit yang beracing dan lepas tu tergolek kat jalan. Org tanya, siapa ni? Entah takder pengenalan diri... Maka mati katak lah mat rempit tuh.

Ikan 4


Ikan 5

Tapi awatnyer kecik sangat? Aku ingat kalau bagi kucin pon dia gelak. Huh buat terselit celah gigi jer. Hikayat ikan tu aku pon tak tahu. Apa dibuat dek biras aku ngan ikan tu pon tak tahulah aku..

Ikan 6

Wednesday, December 23, 2009

Pertandingan Istana Pasir...

Huh... selagi tak abis semua gambar yang aku amik masa kat PD dulu, makanya takkan abislah cerita pasal PD ni.... PD..PD..PD..PD oh.... PD.. Selain dari aktiviti mencuci mata di tepi pantai, bebudak juga telah kami paksa untuk membuat aktiviti tertentu. Memandangkan bebudak ni suka sangat nak men pasir maka Kak Yong telah mengumumkan bahawa satu acara pertandingan membina istana pasir akan diadakan... Bergegaslah anak-anak segera mencari tempat masing-masing dan cuba menunjukkan kebijaksanaan yang tak seberapa tu. Berbekalkan beberapa peralatan yang dijumpai dan terpakai di tepi pantai maka acara telah dimulakan.


Kalau tgk gambar kat bawah ni, takderpon istana yang menarik.... hehehe.. aku lupa nak amik masa istana semua tu dah siap.. Apa-apapon meh aku nak kongsi gambar saat-saat pembikinan istana. Woit!!! ingat! jangan ada rasuah ehhh, nanti istana boleh runtuh!

Istana 1a


Istana 5


Istana 2


Istana 3


Istana 4


Istana 7


Istana 6

Huh.. akibat amalan rasuah yang telah berleluasa makanya anak aku telah tidak menang walaupun telah dibantu oleh Pak Usunya. Seb baik semua semuanya sekali dapat hadiah. Nak tahu hadiahnya apa?.... Ko tengok gambar kat bawah nih..

Istana 8


Istana 9

Oleh kerana pertandingan telah disertai oleh wakil-wakil keluarga makanya adalah tidak adil sekiranya ia diadili oleh kami semua.... Oleh itu, dengan sebulat bola ping pong, kami telah melantik Bapak Mertua ku sebagai Hakim Besar Malaya... muahaha...

Istana 10

Bapak Mertua aku juga telah berbesar hati mensponsor Piala Pusingan kepada pemenang dengan syarat, piala tu kena tinggal kat pantai dan jangan dibawak balik.... Heee aku pon takut nak bawak balik. Mana bapak aku tu jumpa entah ler.... Korang ingat apa ke benda ni?....

Istana 11

Tuesday, December 22, 2009

Mami Jarum Beraksi...

Huh... tak padan ngan ngandungnyer. Nak berposing gak. Apa-apa hal pon, gambar aku gak yang takder..huhuhu.. Ini semua salah satu aktiviti kitaorang semasa berouting ngan family kat PD hari tu. Memandangkan dah takder org lain makanya bini aku yang sarat mengandung ni lah yang kena jadi model aku. Lain lah kalau aku ni 'Abang Bung Mokhtar" Walaupun ngaku tak cukup ensem tapi..... Agh tak baik ngumpat. Nak edit aku tak gheti, so aku upload jerlah gambar ni. Kalau asik nak edit jer, baik aku pakai kamera kompek jer...hehehe

Mama Ct 1



Mama Ct 2

Nak cerita lebih-lebih pon ngarut jer...baik aku upload jer gambar mak buyung nih.. Manalah tahu sebab aku masukkan gambar dia ni banyak2 hati dia gumbira dan tak pasal2 suh aku kawen lagi satu...heeeeeeyyyaaaahhooo!!!

Mama Ct 3




Mama Ct7


Mama Ct 5



Dah... cukup-cukup lah tu!

Bilalah nak berakhir nih...?

Minggu lepas, kami sekeluarga telah gi outing ngan famili termasuklah kakak ipar, adik ipar, abang ipar, bapak mertua, mak mertua, anak sedara pon ikut sekali. Cuma yang tak ikut hanyalah awek sedara jer.....heee. Asalnya aku nak ajak diaorang gi Hawaii.. alaa, bukannya mahal pon. Apa guna ada duit kalau asik nak simpan jer. Huh! Bongkak sungguh perasaan ku ketika ini. Namun apakan daya, disebabkan bini aku mengandung dan tak bleh naik kapal terbang, makanya kitaorang gi Port Dickson jer lah. Ok apa!? Kawan-kawan aku yang tak pernah gi Hawaii komen kat pesbuk aku, dia kata PD tu kalau ikut pengalaman dia sama jer ngan Hawaii.... heee.

Birthday Disember 1

Taknak cerita lebih sebab karang takde idea plak nak cerita dalam posting lain pasal PD ni. Dipendekkan cerita, selepas aktiviti kami hari Jemaat hari tu, makanya keluarlah sebijik kek hitam gelap. Rupanya kek besday sempena besday beberapa orang ahli keluarga dalam bulan Disember nih.

Birthday Disember 2

Konpius plak aku pasal ada nama Syaza kat bawah sekali tu. Setahu akulah sewaktu aku menjadi bidan budak yang bernama Syaza tu dulu, masa tu bulan Januari..hujung bulan lagi. Tak kisah lah.. letaklah nama sapa pon, janji boleh penuh nama kat kek tu.

Birthday Disember 3

Apa-apa pon, kek tu memang sedap..! Sedap giler! Kalau giler sekalipon takkan rasa sesedap tu. Tak tahu aku apa dia bubuh kat dalam kek tu. Dah lama aku tak rasa kek coklat sesedap tu. Bini aku beli ngan kawan dia kat opis.Berapa harga? Ntah... mana aku tauuu!!

Monday, October 6, 2008

Balik kerja semula...

Hari ni, aku start kerja balik selepas seminggu cuti beraya. Kat opis ni ramai lagi yang belum masuk kerja.. ada kat kampung lagi kot, kalau tak pon dok cuti kat rumah nak mengemas. Al maklumlah, raya ni ramai yang nak datang.... (rumah aku setakat ni baru 2 orang jer yang datang...).

Kepada sesapa yang dah menghantar sms selamat hari raya kat aku hari tu,..... terima kasih jer lah. Sori la sebab aku tak balas pon. Bukannya apa, kat kampung bini aku tu line tipon tak berapa nak ada... setakat 1-2 bar, pas tu hilang... Nak hantar sms pon lembab. Korang tak caya, cubalah tgk gambar tipon aku tu.

Tapi apa2 pon alhamdulillah sebab cuti raya telahpon abis dan everything back to normal...

Apa yang paling penting di musim perayaan ni yang amat digeruni adalah seperti di bawah ni. Alhamdulillah aku masih terselamat.

Blog Widget by LinkWithin