Showing posts with label PSKK. Show all posts
Showing posts with label PSKK. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

Pesta Muda-Mudi?.....

Malas nak cerita panjang cuma aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada zul dan D700 dia semasa acara di bawah. Apa acara kat bawah ni?... Itulah acara perasmian yang menyebabkan aku sebok tak tertu pasal, Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke 35. Sebelum ni aku ada ajak member2 lain gi shoot, tapi nampaknya mereka tak sudi. Maklumlah gambar yang tak mendatangkan duet sangat...... Seb baik zul ada. Lagipon banyak gambar pembukaan aku gunakan gambar2 Zul. Hanya semasa kejohanan dan majlis penutup sahaja yang guna kamera aku.

Opening montage

Ikrar

Pompom

VI Band

Khalid PSKK Photoscape
Gambar 1 & 2 adalah dengan kamera aku manakala 3 gambar terakhir adalah diambil oleh Zul. Sorry Zul, gambar lu gua sudah edit. Sorry gak sebab gua edit ikut suka hati gua ajer.....

Wednesday, November 18, 2009

Betul ker sibuk sangat nih? Adoiii....

Have a break..


Soalan ni ditujukan pada sapa?... pada aku ker? Sapa yang soal? Sapa yang ngumpat aku? sapa yang kutuk aku? sapa pulak yang prihatin kat aku nih....... heeee. Sebenarnya takder sapa-sapa yang tanya aku tetapi aku sendiri yang tanya ngan diri aku sendiri. Well.... kalau diikutkan kepada perkembangan blog nih, memang nampak macam takde masa. Maklumlah update seminggu sekali. Tak macam dulu hampir sepanjang masa ada masa nak update.


Sebenarnya, Kesibukan ni bermula dari bulan lepas lagi, selain dari pemikiran yang kurang segar akibat keletihan memikirkan hal dunia... Fikir hal keluarga.... hal kejiranan... Hal kerja hakiki.... hal kerja yang melibatkan sukan kementerian.... hal kekawan... hal hobi.... Adussssss.. banyak sungguh. Nak cerita banyak, korang sure tak baca. Nak upload gambar, banyak sangat... so aku cerita ringkas jer lah. Itu pun ikut suka hati akulah nak cerita camana.


Bermula hal sukan, aku ditugaskan untuk mempengerusikan jawatankuasa 'Urusetia Kejohanan'. Apa tugasnya? ala mengumpul result dan bertanggungjawab mengeluarkan result rasmi. Salah satu yang menyebabkan terlalu sibuk adalah aku kena upload semua result ke dalam 13 blog termasuk blog utama. Blog ringkas jer dan berfungsi untuk paparkan keputusan semasa. Oleh kerana awek Vaio aku pulak mengalami masalah bateri, makanya aku terpaksa menghadkan lokasi untuk aku upload data. Dibantu oleh salah sorang anak buah, kami upload setakat mana yang mampu. Blog masih belum ditamatkan riwayat dan kalau ikut Big Boss, dia kata lepas 2 minggu, dia suh aku tutup blog tu. Well kalau korang nak tengok, klik kat bawah. Dalam blog tu ada link ke 12 blog yang lain.


Errr... cukuplah. Nanti aku sambung balik kemudian.... Sibuk ni!.. heeeee

Dusun Famili 33

Wednesday, August 5, 2009

Kenal tak siapa yang kena HIV nih.....?

Siapa yang kena penyakit HIV nih? Tolonnnnn..... aku tak nak kena. Aku tak pernah mengamalkan seks bebas weihhh.. Tapi kenapa one of my Lady Boss kata.."Khalid, kenapa muka u sekarang dah bertambah besor? u kena HIV ker" ish..ish.ish.. nauzubillah....

Hehe... HIV tu bukan penyakit AIDS la tapi HIV = "Hair Is Vanishing". Aku rasa ok jer, taklah banyak sangat. Kalau 10 tahun dulu, kalau aku letak 4 jari kat dahi, jari telunjuk aku boleh rasa menyentuh rambut tapi sekarang ni aku kena letak seluruh tapak tangan baru nak terasa rambut tu... Muahahaha, cuba korang tengok 2 gambar kat bawah ni yang masih panas ni..

AJK Induk PSKK ke 35

Arrangement canggih ala-ala Sinetron Melayu aku tak gheti. Belasah aja la . Susunannya camni pon ok gak...

AJK Induk1

Big Boss aku kata... "kamera u ke ni?" aku jawab sambil tersengih ketam.. "ya dato'". Dia kata, "bagi saya tengok kejap". Lepas belek-belek, aku cakap kat dia, "Try la dato'"..... kat atas tu hasilnya.

taklimat 2

Masing-masing so serius termasuklah big boss aku nih, tapi aku buat bodow jer sebab turn aku nak bercakap lambat lagi....

Taklimat

Bincanglah korang, nanti turn aku sampai, baru aku bercakap. Buat masa ni aku tangkap gambar dulu..... Lagipon bahagian aku kecik jer. Ala bajet yang dimasukkan bawah aku pon cuma lebih kurang 15% jer dari total bajet RM450K. Tugas aku cuma keluarkan keputusan masa di penghujung hari dan upload kat dalam blog, buat tempahan T-shirt dan topi... tak banyak pon cuma lebih kurang 400 helai jer termasuk VIP dan Dato' Najib. Tempah bendera, fotografi dan videografi semasa acara perasmian.

Big daddy

Teringatlah pulak aku pasal email kontreversi siang tadi..... Heran juga bila orang tak ambil kisah, dikatakan kita tak ambil berat dan menganaktirikan. Tapi bila ambil berat dikatakan pula sebok menjaga tepi kain orang dan mencampuri urusan rumahtangga orang lain.... Lantak koranglah. Lepas ni aku tak mow campur lagi... podddaaahhh!

Blog Widget by LinkWithin