Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Apa akan berlaku esok ..?

Sebenarnya aku takda mood langsung nak tulis kat dalam blog ni hari ni. Namun setelah sejam, aku tulis juga. Fikir tajuk 1 jam... nak intro 1 jam.. Cerita belum masuk lagi. Kenapa sekarang ni aku jadi malas segala-galanya???? Kenapa aku sebok sangat nak menulis dalam blog? Ada orang tulis blog sebab nak bagi orang baca, ada pulak yang tulis sebab nak suruh orang komen. Tapi bagi aku, menulis dalam blog atau dalam pesbuk adalah salah satu cara aku berfikir dan meluahkan sesuatu. Ada kalanya aku agak keras dan adakalanya aku juga sensitif. Apa yang aku tulis hanyalah umpama menulis di dalam diary macam budak-budak pompuan suka buat tu. So kepada sesiapa yang tersensitif tu aku minta maaf. Aku mungkin tak macam korang dan korang juga tak macam aku.

Tajuk macam nak cerita hari esok tapi apanya? Apa akan berlaku esok? Adakah esok masih ada? Tiada esok bagimu? atau Menanti hari esok?...... Esok adalah esok.. Hari ni adalah hari ni.Esok tidak akan menjadi hari ini dan hari ini tidak boleh jadi hari esok. Tapi esok seseorang akan menerima nasib yang malang. Apa guna berbuat baik dengan orang yang tak mahu berbuat baik dengan kita dan diri sendiri. So sorry, orang kata bila dapat anak, rezeki kita bertambah tapi mungkin esok ada orang yang akan hilang rezekinya.... (yer..yer..yer.. aku tahu rezeki Allah yang bagi tapi Allah juga yang bole tarik rezeki tu balik.) Kalau hidup menyusahkan orang apa guna hidup. Susah2 dapat kerja tapi langsung tak pikir masa depan.... Susahla macam tu der... aghhh. tunggu jer esok!!!!

Esok dan hari ni adalah benda baru tapi semalam dan dulu adalah sesuatu yang tak dapat diulang... Adakalanya bila aku brjauhan ni dan tengok balik gambar anak2 aku terutama yang sulung dan gegirl tu, rasa sedih pulak. Rindu keadaan dia masa dulu. Bila ada yang kecik sekarang, aku pulak berjauhan...... Sedey ni wey... Nasib la ada pesbuk dengan blog ni yang dapat aku luangkan dan luahkan perasaan. Aku tak kira ada orang baca atau tidak atau ada orang komen atau tidak. Apa-apa pun rezeki, ajal maut dan jodoh adalah ketentuanNya yang maha esa........

Kat bawah ni adalah salah satu gambar yang selalu aku tengok dan terasa sayu bila tengok wajah bebudak ni....

100_0475

Kat bawah ni pulak sapa lagi... Boboboi la...

lay 3

lay 2

lay 1


Powered by VAIO

Sunday, September 25, 2011

Adakah aku suka....

Sementara menunggu kapal ni berlabuh aku nak ambil kesempatan ini untuk mencoretkan sesuatu... Yelah... Apa lagi aku nak buat..? Makan sudah minumpun sudah. Nak ngorat awek skirt merah ni, dia buat2 sebok plak.. Maklumlah attendant penerbangan...

Nasib la aku boleh layan diri ngan blog ni secara offline... Sampai epot nanti aku up. Ok, cukup2lah intro tu...

Adakah aku suka? Korang ingat aku suka? Siapa kata aku suka? Bila masa pulak famili aku suka? Suka-suka jer kata.... Siapa pulak yang mengata aku suka? Entah... Suka aku la nak kata apa...

Mengimbau saat memula aku melangkah kaki berhijrah ke Kuching, rasanya macam tak percaya yang semua tu berlaku dah lebih dari setahun... Masa aku mula berhijrah, anakku masih menguit-nguit lagi.. Sekarang ni dah 1 tahun 7 bulan dan tadi untuk pertama kalinya dia kata "adam malashh" sambil memeluk tubuh. Terkejut aku sebab tak tahu kat mana dia belajar..... Ermm dah lari tajuk nih..

Masa memula melangkah kaki, aku tak tahu camana nak balik selalu.. Maklumlah, ini bukan naik bas tambang limaposen. Masa tu tak berapa reti nak beli tiket.. Nak naik Air Asia pon tak gheti.. Buat malu dan kena gelak ngan orang jer. Apa yang aku tahu cuma beli tiket Mas.. Udah ler mahal, duit pun bukannya banyak.. Nasib ler ada kawan aku en RM telah memberi idea suh aku jual kek lapis... Maka menyahut saranannya yang bernas maka aku cuba menjual kek lapis... Alhamdulillah berjaya dan ada sekali tu aku jual kek lapis dan dapat tampung perbelanjaan aku pergi balik dengan Mas, tambang teksi dan duit belanja seratus ringgit.. Tapi tu jer sekali tempahan terbanyak. Lepas tu dah takda... Ramai gak kengkawan yang memberi kata semangat dan kata nak beli tapi biasa la... Kata2 manis jer. Takpalah, aku bukan nak paksa pun... Sekarang ni, aku dah tak jual lagi sebab wife aku pon dah letih nak promote.... Tapi alhamdulillah aku tetap dapat juga balik...

Sebelum berhijrah ke Kuching ni, aku dah berjanji ngan familiku terutama bapak aku yang aku akan balik 2 x sebulan sekurang2nya... Alhamdulillah, setakat ni aku masih lagi dapat menunaikannya dan thr best part.. Sepanjang sabtu dan ahad di bulan Ramadhan dan Syawal aku dapat bersama familiku.. Masa aku pergi open house jiran aku semalam, dia tanya aku....

Jir: ko balik selalu tu free ker?
Aku: apsal?
Jir: yelaa aku tengok ko selalu ada.
Aku: bro, dalam dunia sekarang mana ada free.. Nak tahu camana?
Jir: nak la...
Aku: free tu ada gak tapi sekali sekala. Selebihnya ada dua option.. Nak simpan duit atau nak tengok anak2.. Itu jer aku boleh kata.
Jir: aduh.. Aku ingat free

Setiap orang ditakdirkan dengan cara hidup yang berbeza2.. Ko ingat aku suka? Aku cuma terima ketentuanNya sahaja. Ok lah, kapten dah umum nak buat penurunan.. Kena save dulu, lepas ni up..


Sent By IPhone

Lasagnia, Pizza dan kopi O....

Tengah hari ni, my italian wife buat lasagnia dan pizza lagi.. Memang best dan menjimatkan coz sekarang takyah beli kat kedai lagi. Maklumlah, hari ni hari terakhirku sebelum pulang ke Kuching semula. Lasagnia dah masak tapi pizza belum lagi. Aku ni tak gheti nak ucap TQ depan2... Ucap tq kat blog jer la...

"Terima kasih wife....dan ianya sangat sedap....."

Teringat satu skrip antara si artis fofular yang sama ngan nama italian wifeku ngan BBC..
BBC : How would you like your coffee miss?
Artis : in a cup please.. Tq...
Muahahaa.... Ngok!

Blog Widget by LinkWithin