Showing posts with label lens. Show all posts
Showing posts with label lens. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

Awek baruku janda kawanku.......

Wah!! bestnyer dapat awek... Antara anak dara ngan janda, yang mana satu best? Bagi aku keduanya best. Anak dara barang baru mestilah best tapi banyaklah pulak kerenahnya. Banyak sangat nak kena layan.... Kalau Janda plak, memang agak looseeee sikit tapi best sebab tak banyak karenah... hehehe.

Malam semalam, aku ngan Bro Bryan a.k.a Bendahari Anjung Kristal yang paling komited pernah aku jumpa telah pergi menjemput janda kawan aku tu... Kesian aku tengok janda tu.. Al maklumlah, kawan aku tu dah ada bini baru. Dah tak mao tengok lagi muka jandanya tu. Digadaikannya janda dia tu semata-mata kerana bini baru dia. Seb baiklah aku ni seorang penyelamat janda. Aku taklah excited sangat pon nak amik janda dia tapi sekadar nak memiliki jer...

Lepas menyerahkan janda dia dan telah aku bayar wang pampasan kat dia, aku membelailah janda dia kejap. Tapi sebabkan janda taklah belai lama sangat. Apa-apapon, janda pon jandalahhhhhh.... Kat bawah ni korang tengoklah janda kawan aku tu yang dah jadi awek aku.

Sigma 3

Nama dia Sigma tapi sebab awek, aku panggil Shima...... Kat bawah ni tertera umur dia, saiz pinggang dan yang lain2.

Sigma 1

Sigma 2

Aku amik si Shima ni sebab nak pakai kat tempat yang gelap. Kalau kat tempat terang, aku ada awek lain yang nama singkatan dia Nur Nikonis... heeee. Kat bawah ni gambar tukang kebun aku yang diambil oleh awek baru aku nih..

Adidas

Dahla.. mengarut ajer. Jap lagi kul 10... Waktu untuk apa? RUKUN TETANGGA!!!!!

Wednesday, June 10, 2009

Boleh ker kahwin ni.....?

Siapa pulak yang nak kawin ni?. Aku memang dah kawin tapi 3 lagi belum, huhuhu... Sebenarnya yang nak dikawinkan ni adalah di antara lens lama aku ngan lens baru aku... umpama orang tua kawin baru ngan anak dara beza umur 24 tahun.

Nikkon Series E

Masa mula-mula bapak aku belikan SLR kat aku sekitar tahun 1985 dulu, aku selalu guna lensnya untuk dijadikan kanta pembesar (lens kat atas tuh..). Kekadang tu, bapak aku tengok, macam aku khusyuk study tapi sebenarnya aku tengah menengok huruf2 kat buku aku tu menggunakan lens aku...hehehe Itulah pasal bila kuar result peksa, tak berapa nak boleh dibanggakan sebab orang lain baca perkataan ker perkataan, tapi aku baca huruf ker huruf.

Tak sangkalah pulak, rupanya menggunakan lens secara terbalik dihadapan lens sedia ada, adalah merupakan suatu teknik pada masa kini. So aku cubalah gunakan lens lama aku tu dengan lens baru ku... Akibat perkahwinan antara lelaki tua dan anak dara berbeza umur 24 tahun maka hasilnya tak seberapa. Namun bolehlah nak dikongsikan bersama...


Nikkon 1


mata

Mata adalah nikmat Allah yang terhebat...

Pujaan

Tanpanya maka kembalilah kita kepangkuanNya.....

Blog Widget by LinkWithin