Showing posts with label dusun. Show all posts
Showing posts with label dusun. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

Semuanya dah jadi kenangan....

Dusun Famili 21

Selagi aku tak masukkan posting ni makanya tak akan habis2lah nak cerita pasal durian. Lama dah amik gambar tapi tak sempat2 nak upload kat blog. Sekarang ni buah durian semua dah habis... tiada lagi ku lihat kelibat makhluk bulat berduri yang bergayut-gayut di pohon yang rendang... (sebut betul2.. maklumlah dah nak raya haji nih... heeee). Tapi sempat jugalah kami sekeluarga bergambar kenang-kenangan. Namun..... gambar aku jer yang takda.

Kepada sedara mara, kawan-kawan, jiran-jiran yang telah mengikut aku pergi mengutip durian, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian anda semua. InsyaAllah di tahun hadapan kita akan berjumpa lagi. Kepada beruk dan monyet yang turut merasa buah durian ni juga diucapkan terima kasih sebab tak petik semua buah2 tu. Atas jasa baik korang, kami semua dapat merasa durian tu...
Dusun Famili 2

Dusun Famili 8

Dusun Famili 9

Dusun Famili 10

Anak-anak aku ni rasanya first time tgk buah durian kat pokok... biasanya tengok dalam plastik jer kat Giant...
Dusun Famili 15

pokok

Dusun Famili 22

Dusun Famili 3

Errrr... cukuplah gambar2 ni... karang panjang lebar pulak. Dah la line internet ngan komputer korang cap ayam. Karang berat sangat plak blog nih, langsung tak bleh buka. Kepada yang 'berkenaan' boleh tengok gambar lain kat 2 akaun flickr free.

Wednesday, October 28, 2009

Semalam di Bukit Cherakah....

Hari tu aku dah cerita pasal sepetang, sekarang aku nak cerita semalam plak. Lama dah patutnya aku masukkan posting nih tapi tak berkesempatan akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja rasmi dan pesta sukan kami yang akan dirasmikan Jumaat malam Sabtu nih. So, memang tak sempat langsung....

Jumaat malam Sabtu yang lepas aku dan 4 lagi jiran sekampungku telah pergi ke dusun buah-buahan keluarga kami di Kg Budiman, Meru. Masih anda ingat pasal posting mengenai Durian yang aku masukkan sebelum ni?... Kalau tak ikut perkembangan blog aku, mananya nak ingat! Asal perancangannya memanglah ramai. Namun akibat kesibukan masing-masing, persepsi masing-masing, kekurangan vitamin ke atas keyakinan... makanya kami berlima saja yang pergi. Kami pergi satu kereta, kereta Bro Fozi a.k.a. 'Nelayan'. Nanti kemudian-kemudian aku ceritakan pasal mereka.

Kami pergi pada jam 12.00 tgh malam. Hati bercampur gembira dan risau serta gundah gulana... Mana ke tidak, ini lah pengalamanku seumur hidup, keluar mencari buah durian. Biasanya beli kat tepi jalan atau kat Giant jer. Sesampai di sana..... Wah! terang pulak kebun aku ni malam-malam. Rupa-rupanya memang macam tu. Hutan atau kebun kalau waktu malam memang nampak terang sebab mekanikal mata yang diciptakan Allah memang sangat hebat. Aghh... kita tengok jer gambar dulu...

Dusun malam8

Banyak gak kami dapat...22 biji. Bayangkan kami yang 5 orang ni nak mengangkut 22 biji macamana....

Dusun malam7

Tak boleh jadik... kena kupas dan makan dulu...

Dusun malam5

Dusun malam3

Buah durian ni rupanya kalau baru gugur memang liat....

Dusun malam4

Dusun malam6

4 biji jer yang larat kami makan. Selebihnya kami bawa balik untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekampung yang lain.

Dusun malam2

Nak angkut camana nih?... Aku pun buka baju dan jadikan buntil. itupon boleh bawa 6 biji jer... ciss macam tak berbaloi jer idea tu... hehehe

Dusun malam1

Apa-apa pon aku ucapkan terima kasih kepada Abg Mat, Abg Fozi, Abg Fandi dan Syamsul sebab turut serta ke kebun untuk menimba pengalaman. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan kami sampai ke Anjung lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Masa kat traffic light, Abg Mat kata..."slow-slow....jalan". Cis... hingatkan dia nak suruh berenti, rupanya suh langar lampu merah...muahahaha.

Friday, September 25, 2009

Bapak aku tanya.. "mengah ker?".....

Tajuk kat atas tu adalah petikan soalan cepu mas bapak aku masa kitaorang gi melawat kebun buahan kat Meru pada raya ke-2 hari tu. Kebun tu taklah besar sangat, cuma 3 ekar jer. Tapi yang paling penting, geran tanah tu ada nama "Khalid Bin Abdul Mutalib". Errmmm macam pernah ku dengar jer nama tu tapi di mana yek?

Sebenarnya aku tak pernah pergi pon ke kebun tu, maklumlah tak berapa minat nak berkebun. Namun atas ajakan bapak aku dan bila dengar cerita pokok2 yang dah berbuah, maka aku pon teruja nak ke situ. Wah...!!! tak sangka pokok2 yang ditanam semua saiz sederhana tapi buah dia macam tak percaya jer aku tengok. Buah2 semua belum masak dan matang. Kitaorang jangka sebulan lagi ok kot tapi yang eloknya masa raya haji lah kot. Jom kita tengok sebahagian gambar yang aku ambil...

dusun buah

Saja aku masukkan sekali gambar orang tua aku tu sebab ini semua usaha dia...

Durian

Kebanyakan gambar buah durian yang aku tangkap semua dari atas.. hehe maklumlah pokok rendang dan buah boleh cium terus kat pokok..

ciku

Pokok ciku, aku agak tak lebih 10 kaki tinggi tapi buah dia alhamdulillah.... tapi sayang belum masak.

Manggis

Manggis pon sama gak, rendang jer..

cempedak

Seumur hidup aku, tak pernah tengok pokok cempedak yang berbuah cam kat atas nih..

Pak & wak

Apa-apa pon seperti yang aku cakap kat atas, semua ni usaha bapak aku dan dengan bantuan Wak Kemad... (err.. betul ke nama wak tu) yang diupah untuk menjaga kebun tu. Aku? hehehe, bantu gak. Bantu buh nama kat geran jer.

Apa-apa pon, semua pokok buah yang ada kat kebun pada masa sekarang masih tak dapat nak dipastikan dapat bertahan atau tidak. Di musim yang lalu, banyak yang tak dapat dimakan sebab ada makhluk lain yang dah kerjakan. Kera duk main baling2 buah, beruk plak duk kutip durian yang gugur bagi anak bini dia makan... Babi plak asik dok sondol sana, sondol sini.

Takper, kalau ada rezeki nanti aku jemput korang gi kebun aku. Korang makanlah selagi boleh. Aku jangkakan kalau semua buah durian tu tak diusik dek kera atau beruk dan masak elok...

Blog Widget by LinkWithin