Showing posts with label Canon. Show all posts
Showing posts with label Canon. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

Tangan tak pro?...

Diaorang kata tangan tak pro.... eleeeeehhhh! cakap jerla tangan masa kecik tak bedung. Apa sebenarnya tangan tak pro ni? Tangan tak pro ni istilah bagi orang yang tak berapa pandai nak pegang kamera. Yelaa, bayangkan bila kita pegang kamera SLR tapi pegang cam kamera compact.. Sure lah goyang punya terutama bila guna shutter rendah.

Ada aku terdengar diaorang kata masa nak amik gambar tahan nafas, barulah gambar tak goyang. Tahan lah nafas korang tu, jangan sampai semput sudah. Macam-macam cara yang boleh digunakan dan terpulanglah pada diri masing-masing.

Kat bawah ni beberapa gambar cara-cara nak pegang kamera untuk mengurangkan goyang....

(The Machine Gun Hold)

(Raise Your Left Shoulder)


(Elbows In)

(Tripod With Your Knee)

(Cradle It)


(Lay Down)

Kalau korang dah guna cara kat atas dan masih goyang gak, korang suh jerla owang laen tolong abikkan.... habis cerita.

Saturday, July 18, 2009

Siapa nak main kad UNO ngan aku?....

Tajuk yang langsung tak menghairahkan.... Apa-apa pon malam tadi... err, malam semalam aku dok lepak kat Miza Kopitiam ngan member2 photog. Malam tadi kira malam final sebab aku akhirnya berjumpa gak ngan member terakhir C4... ooppss C9 atau Creative 9 Images. Sebelum ni aku kenal beberapa orang jer dan yang selebihnya kenal kat gambar. Kira macam artis plak dia orang nih... tapi memang ada sorang artis kat dalam group tu.... sapa agaknya?..hehehe.
Apa kena mengena kad UNO dengan posting aku nih?... Ok cuba perhatikan gambar di bawah dan bezakan...
Di antara.....
C9iii

dan ini.....

C9i

Muahaha..... memang berbeza tapi sebab malam semalam adalah malam pengagihan 'name card' yang baru jer siap ditempah. Aku terus kutip kad sorang satu. Semuanya ada 9.
Siapa diaorang ni?, Mereka adalah sekumpulan jurugambar yang boleh mengambil tempahan untuk apa saja sessi foto dan cuma 1 sessi jer mereka tak buat iaitu sessi foto buka-bukaan. Sessi tu kalau korang nak buat boleh upah aku, huhuhu...
Mereka semua ada blog yang boleh korang tengok hasil nukilannya..oppss dah macam tajuk blog jiran aku plak. Blog diaorang ada aku linkkan kat blog aku nih.

C9ii

Mereka adalah:
  1. Wan Shamril (BIG BOSS)
  2. Shairul Faiz
  3. Qayyum
  4. Mior Effendi
  5. Ajib
  6. Wan Shazli
  7. Rizal
  8. Akmal &
  9. Md Nurie a.k.a Tom a.k.a Rosyam Norrrrr...
Website rasmi diaorang http://c9images.com

Walau apapun atau siapapun diaorang nih, aku takkan kenal mereka semua kalau tidak kerana brother kat bawah nih.....

C9iv

Laman blog dia ada aku linkkan juga dalam blog aku nih. Banyak yang dah aku belajar dari mereka semua walaupun dalam tempoh yang singkat. Tiada kata lain yang boleh aku ucapkan, hanya...

T.H.A.N.K.Y.O.U .....

Tuesday, May 19, 2009

Kisah anak jurugambar...

Ada 10 minit lagi sebelum kul 5.30pm.... waktu balik. So rasanya sempat kot kalau aku nak masukkan 1 post kat blog aku nih.....

Pada satu hari, 2 orang budak telah bermain di tepi padang selepas balik dari sekolah. Budak tersebut bernama Sukun dan Boyan. Sebenarnya kedua-dua budak ini adalah anak kepada jurugambar terhebat di kawasan kediaman mereka... hehehe (takde kena mengena ngan yang hidup atau mati). Selepas penat bermain, mereka duduk berehat dibawah pokok. Si sukun memang sifat dia tak boleh ada orang yang lebih dari diri dia. So diapun bertanyalah ngan si Boyan....

Sukun : "Woi Boyan, bapak ko potogeraper kan... ada tak bapak ko ajar ko pasal kamera?"

Boyan : " Ada..."

Sukun : "Tapi mesti bapak ko tak ajar benda nih.... apakah jenis kamera yang di depannya D?

Boyan : "errrr... konica"

Sukun : "Mangkuk tul lah ko ni... Nikon lah...!"

Boyan : "oooo..."

Sukun : "Apakah kamera yang di belakangnya huruf D"

Boyan : " errrrrrr.... emmmm...... ntah!"

Sukun : "Adoiii... benda senang pon ko tak tahu... Canon lah wei..!"

Boyan : "ooooo.... tapi bapak aku ada ajar satu benda..."

Sukun : "apa?"

Boyan : "apakah bendanya yang hanya ada D ajer?"

Sukun : " D ajer?...... ermmm mana ada wei!"

Boyan : "Laa.. aku ingatkan ko tererr... itupon ko tak tahu... kalau D ajer, bapak aku cakap, itu saiz bra mak ko la... muah..! muah..! muah..! muah..!"

Sukun: "Woiih!! mana ko tahu?

Boyan: " aku tahulah, sebab bapak aku bagi tahu. Lagipon, kan ker dia potogeraper terhebat kat taman perumahan kita...."

Si Boyan selepas memberi jawapan tersebut terus melarikan diri setelah dilihatnya si Sukun telinganya dah naik merah padam....... kih.. kih.. kih.. kih...

Brothers

Blog Widget by LinkWithin