Showing posts with label MH 2513. Show all posts
Showing posts with label MH 2513. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Beg Kulit Buaya Samarahan...

Pada dan ketika saat ini orang di Semenanjung masih menunaikan solat Jumaat dan orang di Borneo telah lama selesai, aku masih lagi berada di atas awan di antara mereka. Penerbangan ke-26 tahun ini adalah bagi perjalanan Kuching-Kay El atas urusan rasmi kajaan dan masih lagi setia bersama MAS...

Sebenarnya kali ni aku agak malas nak menulis dan bercerita. Takda apa yang aku nak ceritakan. Maklumlah orang bujang senang ni, kadang2 bukan semua boleh cerita.. Hahaha.. Namun disebabkan aku dah janji dulu bahawa aku kena menulis tiap kali aku terbang maka ku gagahkan jua. Cerita kali ni mungkin pendek jer. Tunggulah nanti bila aku nek flite ke London nanti.. Ako post 3-4 cerita sekaligus.

Sekembalinya aku dari Semenanjung pada awal bulan ni, aku terus dikehendaki berkursus selama 4 hari di Pullman Hotel, Kuching. Memang best gila, maklumlah hotel baeekk punya. Dalam keadaan biasa aku sebenarnya tak layak tuk menginap di hotel tersebut sebab ianya di dalam kawasan lingkungan pejabat. Tapi sebab kursus ni INSPEN yang bayar makanya dapatlah aku berseronok2.... Walaupun kursus tu dari pagi hingga ke malam tetapi tak mengantuk dan meletihkan sebab kursus ni lebih kepada latihan. Latihan bagi penyediaan Laporan Pasaran Harta yang mana aku ni bertindak sebagai "Editor Penulisan Teks Negeri". Alhamdulillah, banyak yang dapat aku belajar dan tadi sbelum ke epot, sempatlah aku menyiapkan tugasku itu. Kalau tak siap memang akan rasa kelam kabut punya. Maklumlah, kena hantar sebelum 1 Julai ni.

Siap jer kerja aku tadi maka terus aku minta driver di opis tuk hantar ke epot. Sebelum check in, aku sempat ke kedai beg untuk membeli beg.. (takkan nak beli baju plak..!) Sebelum ni aku dah tanya ngan amoiku tapi dia taknak. Katanya beg tu tak tahan. Takpa esok2 aku cari beg yang dibuat dari kayu ker, besi ker atau kalau nak kulit, aku suh anak buah aku yang suka sangat mancing udang tu gi tangkap sekor buaya. Nanti boleh lapah ramai-ramai buat beg.. Tadi sebelum check in aku gi lah beli. Terpulanglah dia nak pakai ke tidak. Esok kalau koyak takpalah.. Nanti beli yang lain.

Seperti yang aku janjikan, cerita ceritera ku kali ni adalah pendek sahaja. Kapal ni dah mula menurun dan dalam kurang setengah jam lagi aka landing. Ok, sehingga bertemu lagi, sayonara......

Tuesday, May 8, 2012

Menggapai Bulan Enggau Si Udang Galah...




Penerbangan yang ke-20 tahun ini menuju ke KayEl bersama pesawat Boeing 734 MH 2513. Pada ketika ini aku duduk dibelakang awek2 kebaya ketat yang akan melayaniku sebentar lagi.

Tujuan kepulanganku kali ini adalah kerana menyahut pelawaan untuk
Mengajar di Institut Penilaian Negara pada esok hari. Selalu aku gi kursus tapi kali ni aku mengursuskan orang. Sebenarnya lama dah aku tak diminta mengajar ni. Hampir 2 tahun dah. Semenjak aku bertukar ke Kuching ni makanya dah tiada panggilan. Ye lah... Takkan nak panggil aku selalu. Kos nak panggil aku balik ni saja dah dekat 2 ribu... Tambang guna waran kajaan dah la mahal sebab nak bantu MAS tapi tak gak maju2 syarikat ni. Tambang teksi lagi.. Elaun makan lagi... Elaun lojing lagi... Apa-apapun TQ to Pn Norhayati Awang yang panggil aku ngajor ni.

Hari ni untuk pertama kalinya aku lewat masuk opis. Well takda sapa nak marah pon. Maklumlah punch card aku nombor 1.... Muahahahaa. Sebelum ni aku biasa tido lewat sebab tengok tibi tapi taklah lewat bangun. Namun pagi tadi aku terlewat. Sedar2 jer dah pukul 8.13 pagi. Kelam kabut aku memula tu tapi untuk seketika jer.. Aghh sesekali lewat apa salahnya. Hehehe.

Malam tadi taklah lewat sangat aku tido tapi sebab menghabiskan slide untuk mengajar tu yg buat otak aku letih. Semua sekali lebih kurang 50 slide dan tak termasuk slide yang telah kusediakan pada hari Ahad lepas.sebanyak 30 slide. Nak buat ringkas takut nanti aku sendiri pon tak paham so buat lah apa yang patut.

Kepulanganku juga membawa beberapa ekor udang galah untuk kengkawan. Asalnya aku nak bawak dalam 5-6 kilo tapi keadaan tak mengizinkan. Pelepasan air di kunci air menyebabkan udang2 lari bertempiaran seperti geng BERSIH 3.0 hari tu. makanya dapatlah aku sebanyak sekilo lebih jer. Mengikut perkiraan maka aku kena bagi kepada pengoder yang pertama iaitu Prof Madet... Kepada Ujang, Mior dan Acun, insyaAllah akan aku bawa minggu depan. Aku dah order dah. Berebut nak order ngan anak buah aku yang lain. TQ Sulaiman.

Minggu ni juga dikatakan bulan berada hampir dengan bumi dan menyebabkan saiznya agak lebih besar dari biasa. Malam kelmarin untuk pertama kalinya dapat gak aku tangkap gambar bulan. Macam2 setting aku cuba tapi rupa bulan tu masih sama jer. Pasal tu lah orang kata "bulan mu bulan ku juga." tak kisahlah apa pon... janji jangan datang bulan pada waltu diperlukan... Muahahahha.

Aghhh.. Flite aku delay plak. Ada org gina stretcher katanya. Tak kisahlah janji aku boleh balik. Memandangkan aku sempat nak up kat epot kuching ni maka aku up kat sini jer lah yer....

Bobaiiii aku nak rilek2 tgk awek dulu.

Blog Widget by LinkWithin