Showing posts with label AK 5218. Show all posts
Showing posts with label AK 5218. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Kisah Magherita Di Awan Cumulonimbus...

Bertemu sekali lagi di dalam penerbanganku yang ke-11 tahun ni. Tengahari tadi yang keseploh... Hari ni sebenarnya adalah hari yang meletihkan tetapi sangat menyeronotkan. Kenapa? Bacalah entry sebelum ni..

Pada ketika ini aku berada di Gate P7 menunggu ketibaan kapal merah AK 5218 yang sepatutnya terbang jam 7.40 tetapi delay ke 8.40. Alhamdulillah ada hikmahnya sebab kalau tak delay tadi, terpaksa aku melepak plak kat epot ni sorang2.

Aku sebenarnya nak cerita sikit tentang pengalaman bersama Magherita selama 4 hari 3 malam yang turut disertai oleh amoi dan pewaris-pewaris takhtaku. Sebagaimana yang aku dah cerita sebelum ni, hari ni selesailah percutianku bersama famili ke Kuching. Tadi dah hantar sampai ke rumah dan kini aku nak balik semula ke Kuching. Esok dah nak kerja balik wei...

Sapa sebenarnya Magherita ni..!? Magherita ni sebenarnya nama hotel di Kuching. Nama penuh dia Grand Magherita Hotel. Sebelum bercuti, aku dah survey beberapa hotel yang selesa dan tawun lepas aku duk kat Riverside Majestic. So tawun ni kiranya nak beralih rasa. Try tanya Hilton, mahal plak tapi sebenarnya aku yang salah kira. Nak duk Merdeka Palace dok ngadap padang, takdak view.. Hotel lain takda yang menarik. So aku try lah si Magherita ni. Masa memula aku tipon, ada sorang awek yang jawab dan layanan sangat mesra alam. Aku pon mengenalkan diri dan tujuannya adalah nak minta diskaun rate gomen la.. Apa lagi. Selepas berbincang bilangan orang makanya aku telah di tawarkan pakej SEDC. Pakej kajaan la... Rate dia bagi RM190.00++. jumlah lebih kurang RM220.20 semalam. Twin superior, breakfast for 2 adult and 2 kids.

Dipendekkan cerita, jumaat lepas selepas solat jumaat makanya akupon bersama family pergi mendaftarkan diri. First impression bila masuk sangat baik. Hotelnya bersih dan yang paling penting layanan yang cukup mesra. Berdasarkan pemerhatianku, secara amnya kesemua staff memberikan layanan yang cukup baik. Tak percaya silalah cuba.... Dari security, bellboy, reception, pool boy, cleaner, parking attendant dan lain-lain semua memberikan layanan yang baik. Sangat berbaloi rasanya. Bilik yang ku dapat tak tinggi dan cuma di tingkat 2. View ngadap Sungai Sarawak facing east. Buka langsir terus nampak swimming pool kat bawah. Anak-anak aku apa lagi.. Terus tak tentu arah.

Selain layanan yang mesra, hotel ni juga memberikan talian broadband internet berkelajuan tinggi. Memang laju beb... Aku up gambar kat Flickr lebih kurang 82MB, sekejap jer siap. Kahgum aku.... Makanan di restoren semasa breakfast juga sangat baik dan ada bermacam pilihan. Masa first day breakfast aku gi makan awal sorang-sorang sebab kononnya nak amik bonda biologiku di epot. Layanan sangat baik. Bravo...!!!

So rasanya cukuplah nak cerita sebab aku nak tidoz. Sesampai jer kat Kuching nanti aku up. Kat bawah adalah beberapa keping gambar yang ku ambil guna pon. Selebihnya nanti aku tambah guna PC kay...

Ok, gudnite....


Tuesday, January 24, 2012

Gemersik Khabar Dari Sorga....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berjumpa lagi di penerbangan yang ke-3 pada tahun 2012 ni. Setakat ni masih lagi dengan Kapal Merah. Lepas ni nak naik kapal satu lagi lah pulak. Rindu kat Suzie Wing berkebaya singkat. Aku rasa last jumpa masa bulan November tahun lepas jer. Masa ke KL selasa hari tu aku amik seat 14A dan bila nak balik ni aku amik seat 14F la plak. Flite hari ni penuh sangat. Masa balik hari tu, hot seat emergency exit ni aku sorang jer duduk tapi hari ni tak dapat plak nak baring-baring lunjur kaki. Awek-awek seket merah hari ni pon kurang munggil dan kurang menghornikanku.. Huhuhu.


Sejak dari epot lagi tadi sebenarnya puas aku nak cari tajuk sesuai untuk entry ku kali ni tapi kurang idea. Mungkin sebab rasa sedih kot. Kenapa plak sedih? Yela.. Sebelum balik tadi aku dan gegelku dok layan citer Lagenda Budak Setan kat Astro. Pastu bila nak balik, boboiku tido plak. So sikit sedih la.

Tak tahu sebab lain tapi hari ni rasa takda mood langsung nak mengarang. Namun azam tahun baru yang aku akan rekodkan setiap penerbangan makanya ku gagahkan jugalah mengarang.

Sebagaimana dalam entry ku sebelum ni, tujuan aku balik KL adalah disebabkan aku perlu menduduki ujian... Omputih kata Test of Professional Competence. Alhamdulillah, selepas percubaan kedua akhirnya aku telah lulus semua bahagian. Interview hari Rabu, jumaat terus aku telefon 'Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah'. Itu pasal lah aku dah tahu aku lulus walaupun surat rasmi belum sampai. Rasa macam tak percaya pon ada sebab tak sangka aku boleh lulus kali ni. Makanya tak sia-sialah aku berpuasa dari menonton citer kelen 3-4 hari sebelum interview. Dok pulun segala nota yang ada.

Mungkin korang tak tahu betapa bermaknanya kelulusan ni....

• Seorang doktor tidak akan boleh menjadi doktor selagi tidak mendapat pengiktirafan dan kelulusan MAA...

• Seorang peguam tidak akan boleh menjadi peguam selagi tidak lulus ujian BAR Council atau AG Chamber...

• Seorang akauntan tidak akan menjadi akauntan selagi belum mendapat pengiktirafan badan profesional akauntan....

• Seorang arkitek tidak akan boleh mereka sesuatu bangunan selagi belum mendapat pengiktirafan oleh badan profesional akauntan....

Makanya begitu jugalah aku... Kini aku telah berjaya menjadi seorang Jurunilai Bertauliah dan Berdaftar dengan 'Lembaga'... Syukur alhamdulillah walaupun setelah 15 tahun menamatkan pengajianku di ITM dalam bidang pengurusan hartanah.

Selepas berdaftar dengan Lembaga makanya selepas ni aku akan mendaftarkan diri dengan Royal Institution of Surveyor Malaysia. Lepas tu boleh lah aku melaram guna title 'Sr' kat namaku....

Entryku kali mungkin agak riak haloba tapi.... Ehh suka aku la.. Blog aku nih.. Hehehehehe. Apa-apa pon aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberi semangat di atas kejayaanku. Hanya Allah yang akan dapat membalasnya. Kepada rakan-rakan seperjuanganku yang belum lagi lepas, nasihatku adalah studylah lebih awal....

Kapal ni pon dah menjunam nak turun, jap lagi nak landing lah tu. junam tak ingat pilot ni... Meletop-letop tinga aku dibuatnya... Bak kata Acha Sapriasa "... Jangan lupak pakey talipingeng keldar, jangan cilok mencilok" sampei di epot aku up terus. Ok daaaa...

-Awas..! Gambar di bawah adalah dari penerbangan Kuching ke KL. Hari ni punya semua hampeh..! Pecah rumah!-
Board of Valuers
AK5209 kch - kul


Wednesday, January 4, 2012

Ombak Rindu vs Ombak Ghairah LCS...

Heboh sana sini orang bercerita tentang pilem Ombak Rindu. Dari yang kecil mahupun besar, yang lelaki mahupun pompuan, yang lembut mahupun yang jantan, yang dah kawin mahupun yang bujang, yang dara mahupun yang dah tiada dara.... Apa citernya ni sebenarnya..? Entahlah aku pon tak tengok lagi. Apa-apa pon Ombak Ghairah LCS adalah lebih hebat tapi tajuk ni ramai yang tak buat pilem lagi. Ombak ni taklah sesedih ombak rindu tapi bisa menggugurkan jantung bila berlaku. Nak rasa? Meh naik belon ngan aku dan kalau nak feel lagi, jemputlah naik belon yang lebih kecil... Firefly pon ok gak... Ermmm apa-apalah..!

Sebenarnya pada ketika ini aku baru saja melabuhkan buntutku di seat 19F flite AK5218. Namun pada kali ini tiada layanan istimewa kudapati memandangkan tiket ni aku beli sendiri sempena balik untuk menguruskan persekolahan anak-anakku serta membayar segala caj, cukai, yuran dan berbagai lagi. Naik kopak aku dibuatnya. Seat 19F ni pon aku kena bayar RM6.00.

Memandangkan aku ini agak sedikit kedekut maka tiada makanan aku tempah. Mahallah kononnya... So.. Sesampai jer kat LCCT ni tadi aku terus gi Mekdi, rasanya lebih jimat dan lebih kenyang. Namun kita kena terima hakikat yang kita ni kengkadang boleh silap buat pengiraan.. Aku order pospeti beger... Set besarlah konon. Lepas tekan sana tekan sini, cashier tu kata kat aku... RM19.50 cik..! OMG.... Maheynya..! Aduh, camni baiklah aku gi beli jer meal atas kapatebang, at least dapat gak aku ngorat awek munggil skirt merah yang gedik ni....

Penerbangan hari ini adalah penerbangan pertamaku bagi tahun 2012. Aku ada ingat mau rekodkan setiap maklumat penerbanganku selepas ni. Apa aku nak cerita hari ni? Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku luahkan tapi bukan diblog ni. Mungkin secara personal.... Tapi dengan siapa? So kuluahkan juga lah..

Dulu "kak Maimon" (pelakon drama tu la) pernah kata nak buat novel kisah hidup aku sebab aku selalu bercerita dengan dia. Tapi macam biasalah, mungkin tidak ada nilai komersial dan hanya ada nilai emosi sahaja. Aku ni takda mak takda bapak takda adik beradik takda bapak sedara takda mak sedara yang boleh kukongsi luahan hati sebenarnya. Berdasarkan pengalaman lebih kurang 15 tahun yang lalu, sedara yang ada ni semuanya hanya rapat bila kita senang. Bila susah, memacam alasan. Yang tak ngaku sedarapon ada. Sebab tu lah aku kini amat jauh dan terlalu jauh dan hampir tidak mungkin akan dapat bersama mereka lagi. Tragedi ini telah mengubah personaliti diriku apabila sering dipersalahkan dan dihina.

Setelah ku berkahwin, ku rasakan seperti aku dilahirkan semula kerna segala sedara mara terpaksa kukenalin... Ada yang baik dan ada yang sombong. Ada yang ramah dan ada yang pendiam. Setelah lama tidak mendapat kasih sayang ibu akhirnya aku mendapat seseorang yang boleh kupanggil 'mak' dengan penuh perasaan. Begitu juga dengan 'opah'. Dahulunya aku ada juga 'wan' tapi wan ku ini agak lebih suka lepak rumah sedara mara yang lain berbanding dirumah 'pakuda' ku. Sehinggalah suatu hari aku pernah bertanya dengan 'pakuda' ku..... "...mengapa??" tiada jawapan pernah ku terima pabila setiap kali ku bertanya tentang persoalan keluarga. Sehingga ada ketikanya dahulu aku menyangka yang mungkin aku ini anak luar nikah kerna setiap insan disampingku akan membisu bila diajukan soalan keluarga..... (untuk pengetahuan korang, pada ketika ini, flite aku sedang dilambung ombak ghairah LCS... Aduh nak muntah pon ada nih..)

Kepada pembaca yang terbaca entryku kali ini, ku mohon maaf kerna ayatnya agak kenovelan dan sedikit kecerpenan. Jika tidak sesuai dengan jiwa mu maka silalah le entry lain. Kalau sudi, teruslah membaca nukilan hati ku ini barang seketika.

Setelah sekian lama, banyak yang telah menyebabkan personalitiku berubah.. Banyak perkara yang ku buat telah disalahertikan dan akhirnya ia telah menjadikan aku seorang insan yang tidak ambil kisah dan malas nak ambil tahu. Bermula saat ku diberhentikan kerja dan menganggur dahulu, dipinggirkan oleh keluarga, disalah tafsir tindakan ku oleh jenjiran tetangga, dipersalahkan bila ku mengambil tindakan menuntut hak ku di HQ, di beri tekanan sewaktu ku diarahkan bertukar, buat jamuan dan bila tidak menjemput, aku dipersalahkan dan bulan lepas satu lagi kejadian yang menyebabkan aku akan bertukar personalitiku lagi.

Tindakan ku telah disalahertikan sekali lagi oleh beberapa orang yang kuhormati. Mungkin kini mereka telah memahami tindakan ku tetapi reaksi awal mereka tidak akan dapat akan aku padamkan didalam memori. Hati dan perasaanku sudah mula tawar dan tiada lagi keghairahan. Aku sudah mengeluarkan diri dari group keluarga di dalam pesbuk dan seorang demi seorang sedara maraku telah mula ku unfriend. Mungkin ada pihak yang merasakan yang aku ini agak sensitif namun itulah jiwaku. Sejak aku didalam kandungan lagi aku telah dimainkan dengan emosi bila mana kedua-dua pihak ingin menggugurkan kandungan ibuku setelah mereka bercerai dan bila lahir, aku sentiasa didera oleh ibuku sendiri. Aku masih ingat semasa ku kecil belum bersekolah, 'makcik2' ku sering bertanyakan aku soalan yang aku sendiri tak tahu... "....ko ni anak siapa? Kenapa bin ko tak sama dengan nama pakuda..?" Siapalah aku ketika itu untuk menjawab soalan2 emosi. Aku dikatakan anak angkatlah sehinggakan 'datuk' sebelah makuda ku juga tidak pernah mengiktiraf aku sebagai cucunya.

Jika sejak kecil aku telah dimainkan dengan emosi... Adakah aku ini sekarang semudah-mudahnya bertukar kepada seorang yang cekal hebat dan tabah seperti korang semua..? Adakah aku perlu mengikut dan menjaga perasaan orang sedangkan orang lain langsung tidak melihat perasaanku? Adakah patut aku disalahkan oleh sepasang suami isteri apabila aku memarahi dan melarang anak mereka dari berbuat maksiat di kawasan jajahanku sendiri...??? Tindakan ku dipertikaikan dan sehingga kini ia telah menjadi sebahagian dari emosiku dan hatiku telah tawar...

Begitu indah pepatah lama orang-orang melayu lama dahulu pabila mencipta kiasan... "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata hancur binasa" kiasan dicipta saling kait mengait "Masuk kandang lembu, mengembu. Masuk kandang kambing, mengembek" tidak mungkin kambing masuk kandang lembu makanya lembu disuruh mengembek oleh gembalanya....

Rasanya setakat ini sahaja luahan hatiku ini. Cukuplah setakat ini, sekiranya ada permintaan nanti, akan ku ceritakan dan ku luahkan lagi agar ia tidak menjadi barah.... Pada ketika ini ku masih lagi di atas LCS namun tiada ombak ghairah yang melanda. Cuaca tenang dan syahdu di dalam kepekatan malam yang kulihat dari jendela Airbus A320-200 ni. Sesampai jer diepot nanti akan kuupkan ke seluruh dunia.

Assalamualaikum.......

Menanti dengan kesabaran

Blog Widget by LinkWithin