Showing posts with label ikan bakar. Show all posts
Showing posts with label ikan bakar. Show all posts

Friday, February 13, 2009

Ikan pon jadi....

Ada sorang kawan bagi kat aku email ni semalam. So aku rasa nak kongsi ngan korang semua. Setuju atau tidak itu pilihan masing2....
Dipersembahkan.....
Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?


IKAN SALMON bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….INI WANITA BERKERJAYA.. ...

IKAN ARWANA yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. ... INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas...... ..

IKAN MAS KOKI ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya. ... mcm gam...INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hatiINI AWEK TEPI JALAN....... .

IKAN BILIS Bentuk dan rasanya gitu-gituuu... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.... INI BINI SENDIRI..

Adoiiii... apa punya perumpamaan daaa..

Tuesday, December 2, 2008

Happy Birthday to all...


Sepertimana semua kanak2 yang bernasib baik di dalam dunia ni, majlis sambutan hari lahir akan diadakan pada setiap kali genap umur mereka. Nasib baiklah sambutan hari lahir tak dibuat setiap bulan.....hehehe. Hari lahir anak sulung aku sebenarnya pada 23 November 2008, walau bagaimanapun, sambutan hari lahir dia yang ke 8 tahun tak dapat dibuat pada hari tersebut kerana dia sakit... jangkitan kuman yang menyebabkan dia pening kepala dari pagi sampai ke malam. Atuk dia siap sampai bawak doktor datang rumah. Nasib baiklah doktor tu datang rumah dan rawat anak aku.
Selepaas seminggu, pada ahad yang lepas, kita orang buat sambutan hari lahir dia bersama-sama dengan adik dan sepupu dia. Adik dia sebenarnya lahir bulan Januari tapi kalau tak buat untuk dia sekali, alamatnya perang besarlaaa... Sepupu diapon kebetulan sambut birthday 2-3 hari lepas tu, so kita orang sambutlah sekali. Kepada semua jiran ku, aku tak buat besar2 cuma ajak jiran terdekat yang anak2 aku selalu main. Terima kasih kepada Brader Azian, Brader Aziz dan Brader Ridhuan sebab turut sama meraikan majlis tersebut.
Kalau korang tgk kat bawah ni, ada ruang kosong dan kek yang terkanan sekali tu macam takda orang. Hehehe... sebenarnya ada tapi tak nampak sebab dia merajuk dan duduk menyorok bawah meja. Itulah pasal ada 'gap' anatara bebudak tu. Maklumlah, merajuk pasal bapak dia tak belikan lagi PSP yang dia nak tu...

Cuba tgk gambar kat bawah ni kalau korang tak percaya. Korang boleh tgk gambar sebahagian kepala dan baju anak aku tu.

Kat bawah ni antara gambar kekawan anak aku. Tapi ada 4 orang lagi takder sebab dia orang balik kampung agaknya.

Ada gambar Mastura, Dina, Dini, Farish dll lagi...


Setelah semua orang balik, barulah dia setuju nak potong kek dia...... anak oh anak...









Gambar-gambar lain yang ada ni adalah gamabr tetamu termuda yang turut hadir... ala anak brader Azian, baru 4 bulan dan gambar biras aku tengah bakar ikan Jenahak dan siakap yang dia pancing kat kolam... Fuh majlis sambutan hari lahir siap ada ikan bakar tuh...

Blog Widget by LinkWithin