Showing posts with label Adam Daniyal. Show all posts
Showing posts with label Adam Daniyal. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Apa akan berlaku esok ..?

Sebenarnya aku takda mood langsung nak tulis kat dalam blog ni hari ni. Namun setelah sejam, aku tulis juga. Fikir tajuk 1 jam... nak intro 1 jam.. Cerita belum masuk lagi. Kenapa sekarang ni aku jadi malas segala-galanya???? Kenapa aku sebok sangat nak menulis dalam blog? Ada orang tulis blog sebab nak bagi orang baca, ada pulak yang tulis sebab nak suruh orang komen. Tapi bagi aku, menulis dalam blog atau dalam pesbuk adalah salah satu cara aku berfikir dan meluahkan sesuatu. Ada kalanya aku agak keras dan adakalanya aku juga sensitif. Apa yang aku tulis hanyalah umpama menulis di dalam diary macam budak-budak pompuan suka buat tu. So kepada sesiapa yang tersensitif tu aku minta maaf. Aku mungkin tak macam korang dan korang juga tak macam aku.

Tajuk macam nak cerita hari esok tapi apanya? Apa akan berlaku esok? Adakah esok masih ada? Tiada esok bagimu? atau Menanti hari esok?...... Esok adalah esok.. Hari ni adalah hari ni.Esok tidak akan menjadi hari ini dan hari ini tidak boleh jadi hari esok. Tapi esok seseorang akan menerima nasib yang malang. Apa guna berbuat baik dengan orang yang tak mahu berbuat baik dengan kita dan diri sendiri. So sorry, orang kata bila dapat anak, rezeki kita bertambah tapi mungkin esok ada orang yang akan hilang rezekinya.... (yer..yer..yer.. aku tahu rezeki Allah yang bagi tapi Allah juga yang bole tarik rezeki tu balik.) Kalau hidup menyusahkan orang apa guna hidup. Susah2 dapat kerja tapi langsung tak pikir masa depan.... Susahla macam tu der... aghhh. tunggu jer esok!!!!

Esok dan hari ni adalah benda baru tapi semalam dan dulu adalah sesuatu yang tak dapat diulang... Adakalanya bila aku brjauhan ni dan tengok balik gambar anak2 aku terutama yang sulung dan gegirl tu, rasa sedih pulak. Rindu keadaan dia masa dulu. Bila ada yang kecik sekarang, aku pulak berjauhan...... Sedey ni wey... Nasib la ada pesbuk dengan blog ni yang dapat aku luangkan dan luahkan perasaan. Aku tak kira ada orang baca atau tidak atau ada orang komen atau tidak. Apa-apa pun rezeki, ajal maut dan jodoh adalah ketentuanNya yang maha esa........

Kat bawah ni adalah salah satu gambar yang selalu aku tengok dan terasa sayu bila tengok wajah bebudak ni....

100_0475

Kat bawah ni pulak sapa lagi... Boboboi la...

lay 3

lay 2

lay 1


Powered by VAIO

Monday, September 26, 2011

Angry Bird vs Boboboi....

Apakah Angry Bird? ... Angry Bird adalah satu watak yang dicipta di dalam permainan di dalam smartphone yang mana sampai sekarang aku tak gheti-gheti nak main camana. Selepas level 1 jer terus fail.... Dari dulu sampai sekarang aku ni masih kaki bangku dalam permainan camni. Aku ada ingat anak aku lagi terrorrist lah main benda alah ni... Tapi kalau bukan aku yang bagi tipon kat ibunya yang ada game tu, diaorang tak gak boleh terror.. so kira akulah yang sebenarnya lebih terrorist.. muahahaha.

Budak kat bawah ni sangat suka pakai baju Angry Bird dan bila nak amik gambar suka sangat nak buat muka camtu. Tak ensem langsung. Tapi aku heran gak, budak kecik camni pon dah tahu suka ngan Angry Bird. Dulu budak2 kat Mesia ni suka kejap kat watak boboboi tapi kejap jer. Lantaklah suka kat mana pon janji masih ikut trend...

Angry Bird 5

Angry Bird as a pole dancer.. huhuhu
Angry Bird 4






















Angry Bird is everywhere..
Angry bird 3

Angry Bird wanted to fly high but his bird is too small... hehehehe
Angry Bird 2

Atas dan bawah ni baru ensem sikit, barulah macam Boboboi...

Angry Bird 1

Powered by VAIO

Thursday, September 15, 2011

Tutut baru...

Mula-mula duduk atas kereta kecik abangnya... Pastu maknya belikan bas besar... Itupun diduduknya... Beli lori disuruhnya cabut bahagian belakang lori tu sebab dia nak duduk gak.. Last sekali belikan dia benda ni... Dulu masa zanan abangnya dipanggil tutut.. Zaman budakni pun panggil benda yang sama gaklah... (kenapa sekarang ni aku begitu tandus nak menulis dengan gaya bahasa macam dulu... Kurang menarik plak aku membacanya..) Apa-apa pun, posting ni aku up guna mobile... Itu lah pasalnya dah ada sikit cerita baru kat blog aku ni...

Friday, July 15, 2011

Cucu ke 10..

Lahir pada 10 haribulan dan menjadi cucu yang ke 10 kepada Opah Dah... pasal tu la tajuk dia cucu ke 10. Sebenarnya gambar ni kuambil menggunakan kamera opisku yang hanya aku sorang jer guna... muahahaha... Sebab apa? sebab aku yang simpanlah... Takda sorang pon bertanya kat aku nak guna kamera tu... Kamera compact jer jenama Canon Ixus 220HS... Ala model yang cam dalam tibi tu la. So kat bawah ni antara gambar-gambar yang aku ambil. Nak guna model awek tepi pantai takut orang marah.. so guna jer la model budak kecik ni selagi boleh...

.
.
IMG_0040
IMG_0042

Gambar yang last sekali tu cucu ke 9.... yang kat belakang dia tu cucu ke 10. Cucu ke 9 ni dulu sangat fobia dengan cucu ke 10 sebab asal jumpa jer mesti kena gigit... muahahaha... Alhamdulillah... sekarang dah ok sebab cucu ke 10 dah takda hobi menggigit orang lagi....

Err gambar kat atas tu diedit sedikit jer guna Photoshop tapi taklah edit sampai tukar bendera kepada pisau cam dalam sur....  ooopppsss..


Tuesday, July 12, 2011

Expresi......

Apa benda expresi tu....? Sorry la kalau salah eja yer.. pakcik ni tak berapa pandai mengeja. Asal korang paham udah ler.... Just berkongsi expresi di pagi hari supaya sentiasa ceria....

Yeaaa.....

Ngeee....

Ah.. Ah.. Ahmaddd...

Ah.. Ah.. Ahmaddddd

Tuesday, August 10, 2010

Ngetest Kek Lapis....

DSC_0417
Uhh.. ngantoks nyer.. takder benda ke yang boleh hilangkan ngantoks ni....
DSC_0415
Uikk... apa tu? cam best jer...
DSC_0416
Wah.. berbelang-belang.. boleh makan ker?
DSC_0414
Aghhhh tak sabar ku nak merasanya...
DSC_0412
Nampaknya ada peluang nih...
DSC_0409
Ermm ngap nyem am verrr... (tula, owang tua dah pesan, kalau mulut penuh jangan bercakap...)
DSC_0410
Slurrrppp sedap giler ah...


Kesedapannya tak pernah ku rasa seperti ini. Selama ni asik minum susu jer.... ermmmmmmm... Nyaman..

Monday, May 31, 2010

My Little Chef...

Lama dah aku tak upload gambar baby.... Malas-malas-malas-malas adalah punca gambar tak berupload. Nak update blogpon sekarang ni dah malas nak cerita panjang2. Jumaat lepas sempena cuti-cuti Malaysia dan wifeku nak beli barang sikit, makanya kami ke Shah Alam Mall. Tak tahu nak buat apa, maka aku shoot jer beberapa keping guna my ai pon. So kat bawah gambar yang telah kukumpulkan....

Nak wat photoshoot khas untuk baby tapi asik rasa malas jer... So aku gunakan jer apa yang ada. Rugi pulak kalau takda rakaman gambar untuk tatapan 10, 20, 30 tahun akan datang....

My little Chef

Friday, March 12, 2010

Sebulan dah berlalu...

Pejam celik.. pejam celik, rupanya dah sebulan berlalu saat kelahiran Pewaris Takhta. Tapi kalau nak tahu, masih ada gak owang kat opis aku nih bertanya..."Wife dah bersalin ker?".. Hehehe, takpa aku maafkan. Semenjak ada baby ni cabaran atas kedua-dua mata ku ini agak tinggi. Maklumlah bila sampai opis jer, mata aku rasa nak tertutup jer. Kekadang tu masa tengah menaippun aku boleh tertido. Pasal tu lah blog pon tak berupdate... Nak buat cerita pon takda mood...

Kepada yang berkenaan dan yang nak tengok camana rupa si Pewaris Takhta bongsu selepas sebulan umurnya, kat bawah ni aku masukkan gambar2 dia. Kualiti agak kurang pasal pakai kamera henpon jer... Kalau korang rasa tak berapa nak elok dan jelas aku cuma akan kata..... "Ada aku kesah....?" Hahaha.. jangan mara yerr...

Wah


Abang 2


Stripe 3


Stripe 2


Abang

Alhamdulillah, kepala benjolnya akibat vacum masa kelahiran dah ok, demam kuningnya pon dah hampir pulih sepenuhnya... Setakat ni, baby sihat sejahtera. Kepada 'parent' aku yang kata anak aku tu hitam hari tu, sila tengok sendiri nanti. Maklumlah kali terakhir tengok adalah pada hari ketiga dan lepas tu dah tak amik tahu lagi...... Kalau hitam sekalipon takpalah, dah bapaknya hitam nak buat camana...?


Blog Widget by LinkWithin