Showing posts with label gambar lama. Show all posts
Showing posts with label gambar lama. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

Kisah Budak Form 2.....

Sorry lah sebab masih tak abis lagi nak upload gambar lama2 nih... Ni kira lastlah, sebab kalau nak kira 1 tahun punya posting pon tak habis nak kongsi. Hanya gambar sekitar tahun 84 dan 85 sahaja yang terlibat...
Kat bawah ni gambar2 hasil budak sekolah Form 2 hingga Form 3 Sekolah Menengah Sek 2 (nama rasminya adalah "Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam")
SUK Malam blog
Malam sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah....
SUK Jubli Perak blog
Malam-malam sambutan Jubli Perak...
Masjid siap blog
Masjid sudah mahu siap nih..
Masjid malam
Bila dah siap, dulu selalu terang benderang. Maklumlah, masa tu statusnya masjid terbesar di Asia Tenggara.
SUK siang
Inilah gambar budak form 2 yang amik gambar semua kat atas tuh....hehe...

Wednesday, July 15, 2009

Akupun Remaja Gak Dulu..

Macam aku bagi tahu dalam posting sebelum ni, fotografi ni memang dah jadi minat dan hobi sejak sekolah lagi. Aku mula pegang dan memiliki kamera sejak tahun 1982..... Tahun tu jugalah famili aku pindah ke Shah Alam. Sebelum tu kita orang duduk kat Kanchong Darat, Banting. Masa kat kampung, main lelayang, main guli, main parit..., main kawen-kawen tapi bila dah pindah ke bandor, kena main benda lain lah plak... Hehe.. sebab kat Shah Alam takder parit tanah... semua bersimen. Itu intro jer...
Kat bawah ni gambar-gambar terawal yang pernah ku rakamkan masa dolu-dolu dan teringin untuk aku kongsikan bersama.
Masjid Negeri, Shah Alam
.
.
Gambar lama (Muzium)
.
.
Plaza Perangsang, Shah Alam
.
.
Tasik Shah Alam
Sorrylah kalau resolution tak berapa elok. Itupon mujur ada anak buah yang tolong scankan gambar nih... TQ Azrul...

Monday, October 6, 2008

Kuala Lumpur Dalam Kenangan 2....

Seperti biasa, aku terjumpa lagi gambar2 lama kat KL. Gambar yang diambil masa korang pon belum lahir lagi agaknya.. So korang bandingkanlah keadaannya dulu ngan sekarang.


Gambar Sungai Gombak...
Jalan ni sekarang dikenali sebagai Jalan Tun H S Lee & Jalan Tun Tan Siew Sin..
Stesen keretapi KL..
Bukit Bintang yang sekarang ini dah jadi Golden Triangle...
Masjid Jamek yang juga kelihatan persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak...
Gambar sungai Gombak lagi...

Central market, tempat korang lepak masa muda2 dulu tapi masa dulu-dulu, tempat org juai ikan jer..
Flat Loke Yew bersama kereta idaman para remaja..OPEL tuuhhh!!
Part of KL...
Gambar Hilton Hotel..Yang last sekali ...lu pikir la sendiri kat mana gambar tu...

Ok lah.. rasanya cukup dulu gambar yang aku tunjukkan tu... nanti kalau aku jumpa lagi, kita kongsi bersama... Apa-apa pon thank to Mr Chan Hing Hon atas gambar yang ku cilok ini

Thursday, August 21, 2008

Kuala Lumpur Dalam Kenangan...

Gambar lama-lama ni memang seronok kalau dapat kita hayati. Maklumlah masa tu korang pon belum hidup lagi. Kalau tengok citer P. Ramlee pon asik2 tunjuk kat singapore jer. Kat bawah ni gambar2 sekitar KL masa dulu-dulu...













Kalau nak dapat side effect, tengok gambar ni sambil dengar lagu instrumental oleh Earl Klugh cam lagu "moonlight dancing" atau "midnight in San Juan". Sure tangkap leleh.... Oh sebelum ni aku ada masukkan gambar Johor Bahru. Tengoklah , dimasa depan mungkin aku akan masukkan gambar bandar2 lain plak..... ENJOYYY...

Blog Widget by LinkWithin