Showing posts with label wawan. Show all posts
Showing posts with label wawan. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Dulu mereka geng...

Dulu mereka memang memang geng. Sekarang pon mereka masih geng juga cumanya dalam masa yang sama mereka geng gadoh..... Asik bergadohhhhh jer. Bila diaorang bergadoh, habis semua orang terlibat.. semua orang boleh sakit jantung. Walau apa sekalipon, mereka tetap ibarat air dan bukannya ais, takkan putus bila dicincang. Daddy will alwayz luv u forever-ever and ever and ever and ever.........








Monday, November 30, 2009

Majlis Segera....

Isnin lepas 23hb adalah hari lahir anak sulung aku rupanya. Aku pun hampir terlupa disebabkan pada hari yang sama juga aku kena hadir ke mahkamah sebagai saksi pakar. Menjelang tengah hari, adik aku wish happy birthday kat anak aku yang mana SMSnya dihantar ke tipon aku. Laaaa.... besday anak aku rupanya. Hampir terlupa aku. Petang tu bapak aku tanya menantu dia, "takda buat majlis apa2 ke?" Menantu dia cakap, tak rancang apa-apa pon. So dipendekkan cerita, atuk anak aku tadi pon telah membeli 2 buah kek... Hah! kenapa plak 2? sebab anak aku yang sorang lagi tu pon kena dibelikan juga, kalau tidak nanti dia merajuk.

Petang tu kita orang bergegas ke Mydin membeli apa2 yang patut dan petang tu juga kitaorang rancang buat majlis makan2 secara segera. Jemputan pon hanya jiran terdekat yang mana anak aku selalu bermain jer. Petang tu juga, jeling2 kiri dan kanan dan nampak ajer terus jemput... So kepada jiran dan kekawan yang lain, aku minta maaf sebab majlis ni segera, nak jemput ramai tak terpikirpon. Kita orang jemput keluarga Azman, Azean, Razak, Azmi, kak zah dan kak shidah. Itu saja. Untuk tujuan rekod, maka aku rakamkanlah kat dalam blog aku nih.....


DSC_1071

Sorry coz gambar kat atas ni pelik sikit. Takyah pusing2kan kepala dan menambah dosa. Memang aku sudah tersilap teknik mengambil gambar. Teknik segera namanya....heeeee

DSC_1072


DSC_1075


DSC_1078


DSC_1084

Teringat la pulak masa kau kecik2 dulu... Aku pon tiup lilin gak dan dikelilingi oleh kekawan. Nanti kalau berkesempatan, aku uploadlah kat dalam blog nih. Kepada mereka yang telah menghadiri majlis anak aku ni, aku ucapkan Thank You.

Tuesday, July 21, 2009

Gambar Buka-buka...

Macam yang aku kata dalam posting sebelum ni, aku ni bukanlah 'pro photog'. Takder orang pon nak amik aku untuk amik gambar kawen, gambar besday, gambar bertunang, gambar majlis-majlis VIP. Bawa kamera ke opis pon orang ingat aku pegang kamera opis lah, aku nak berniagalah... macam-macam lagi diaorang nih. Mungkin di suatu hari nanti aku akan dapat job tu. Kalau dapat nanti, aku cerita kat korang. Sekarang kena belajar dulu banyak2 ngan kekawan. Itu pon kalau diaorang sudi nak ajar aku tanpa prejudis. Kesian kat aku nih... Dari sekolah minat kamera tapi takder kawan yang ada minat sama. Dah tua2 ni baru nak dapat kawan... Itupon nasiblah diaorang panggil aku 'abam', kalau dia panggil aku pakcik.......adoiiii. :)

Macam yang aku kata juga, kalau nak amik gambar buka-buka, boleh lah panggil aku. Tapi setakat ni gambar buka-buka mereka yang 5 tahun ke bawah ajer.... (Bila lah nak dapat yang 18 tahun ke atas...hehehe)
AZ 3 copy
Memandangkan aku ni tak pandai sangat nak edit kat photoshop, makanya aku masukkan ajer yang original. Silap edit karang lain plak jadinya.

AZ 9

"Kerana mengikut keinginan dan kata anak aku ni la menyebabkan sekarang ni kita orang asik makan kat kedai jer" .... (hanya mereka yang berkelayakan dan paham saja boleh agak apa mendanya.)
SyazaAmirulRidhuan2
AZ 6 copy
Sib baek tak nampak botol losen tu, kalau tak dah jadi model iklan plak.
SyazaAmirulRidhuan1
Apa-apa pon, amik gambar budak ni paling best sebab kulit diaorang licin... zoom in banyak mana pon masih tak nampak noise..
Kat bawah ni, aku edit sikit guna Picnic jer..
AM Edit

Thursday, June 11, 2009

Nasib baiklah cucu...

Setiap kali balik kampung kebiasaannya mesti ada benda-benda pelik dan diluar jangka akan dilakukan terutama oleh bebudak bandar nih. Anak2 aku yang sepasang tu masa balik kampung sebelum ni rekod dia setakat baling anak2 ayam dan mandikan anak2 kucin sampai mati jer.
Ada satu ketika tu pulak, budak lam gambar tu pernah masukkan telor ayam yang tak berbasuh kat dalam cerek kopi opah dia. Opah dia ingat kopi tu banyak lagi dan tuangnya untuk diminum.... ermmmm telor tak berbasuh tu! Dalam kopi mana lah nak nampak... hehehe.
Jeti Bagan
Balik kali ni lain pulak dibuatnya. Bila tengok atuknya bakar sampah, dia agaknya dah terasa gian. So, tanpa pengetahuan orang lain, dia dah bakar almari buruk yang ada kat bangsal atuk dia. Bayangkanlah almari tu dipenuhi kain dan buku lama. Tak payah ceritalah berapa besar api yang marak..... Aduhai... Sib baiklah cucu. Makanya tiadalah sesiapa yang marah. Semasa kejadian aku pon tak perasan sebab zzzzz.... Atuk ngan opah dialah yang jadi bomba masa tu.
hehehe... sori lah bapak!

Ridhuan1

Wednesday, May 13, 2009

Waris Takhta ke 9 Kerabat Opah Dah.....

Dah 9 ghopernya cucu Opah Dah. 7 lelaki dan 2 pompuan. Baby kat bawah ni namanya Amirul Zakuan cucu ke 9. Cucu bongsu la tu. Ermm takder mood nak goreng-goreng ari nih.... Tengok ajerlah gambor tuh...

wawan, syaza, amirul

Tak tahu nak design dan adjust sesangat gambor tuh sebab masa amik tak buat perancangan... main shoot jer.
Opah Dah tu sapa?.... ala, dia tu mak kepada mummy anak kedua aku laa...

Blog Widget by LinkWithin