Friday, July 4, 2008

Mrsclean Seksyen 7...


Salah seorang jiran aku nak buka kedai dia hari ahad ni 6/8/2008. Kedai dobi katanya... Erm berikut adalah kata-kata iklannya seperti yang diemailkan :
-
-
-
Salam Kpd Smua Penduduk Anjung Kristal,

Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit promosi.

Buat makluman, sebuah kedai cucian kering dan cucian biasa, Mrsclean akan dibuka pd hari ahad ini, 06.07.08.

Alamat : No9, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Bersebelahan Restoran Nasi Ayam Linda Onn.
Waktu perniagaan : 8.30 AM to 9.30 PM

Terdapat promosi sempena dengan pembukaan. Sila refer attached file dan juga blog syarikat , www.mrsclean7.blogspot.com

Fokus Mrsclean :
1. Express Dry Cleaning
2. Laundry Wash
3. Household Wash

Jika terdapat pertanyaan, sila hubungi 0122000429/0162081745, Shahrul.

Harap maaf & sekian terima kasih


-
-
-

(Teringat plak gelaran Paklah masa dulu-dulu, depa panggil "Mr Clean". Ingatkan clean....rupanya clean habis sampai licin..kih..kih...kih.. Anyway, anyhow, pada sesapa yang tinggal di Shah Alam ni, korang pegilah cuba kat kedai dia. Cuba dulu baru tau.... Kalau nak diskaun, cari jer owner tu, tapi awal2 ni aku rasa jangan mintak diskaun. Kasi chancelah dia nak hidupkan kedai dia dulu. Esok dia dah maju, barulah kita mintak diskaun.)

Thursday, July 3, 2008

Bahtera Nabi Noh/ Noah's Ark...

Hari tu masa kat JB, aku dok searchlah pasal Yakjuj dan Makjuj... tapi tah camana aku boleh berubah plak nak search pasal bahtera Nabi Noh a.s. Ada banyak web site yang boleh dirujuk tapi yang paling popular adalah hasil kajian oleh Ron Wyatt.


Aku tak pasti, betul ker gambar yang ditunjukkan tu tinggalan bahtera... Ia la, kalau nak ikut logik akal, takkanlah rivet besi masih ada selepas beribu tahun..... Apa-apa pon Allah maha berkuasa. Kalau dia nak kekalkan maka kekal lah ia. Cumanya kenapa takder pengkaji Islam yang betul-betul berminat mengenai hal ni dan musykil juga kenapa bahtera ni tak termasuk dalam "world wonders". Apa-apapon kita tengok lah gambar kat bawah ni dan komen lah sendiri. nak percaya aku tak suruh...tak nak percaya pon aku tak paksa.
Kalau rasa mata tu rabun-rabun ayam, click la kat gambar tu supaya boleh tgk gambar besor...


Kalau ikutkan apa yang ada dalam web tu, bahtera ni dijumpai di Turki dan officiallynya dijumpai pada tahun 1987.


Wallahuta'alahualam....


Tuesday, July 1, 2008

Hajat Abe Nor tercapai..

KUALA TERENGGANU - Selepas empat kali berulang-alik ke mahkamah, hasrat Mohamed Nor Awang, 57, atau 'Abe Nor' untuk mengahwini bakal isteri keempat, akhirnya diterima Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail yang sebelum ini keberatan meluluskan hasrat lelaki itu, membenarkan permohonan pemandu lori dari Merchang, Marang tersebut mengikut Seksyen 21 Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu 1985.

Menurutnya, selain kesungguhan Mohamed Nor mahu berkahwin dengan calon isterinya, Suzi Sulong, 34, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesanggupan tiga isterinya dengan hati terbuka memberi keizinan berkahwin lagi.

"Encik Mat Nor perlu berterima kasih kepada isteri-isteri sebab mereka datang ke mahkamah dan benarkan berkahwin. "Atas dasar demi kepentingan pihak-pihak terlibat, Encik Mat Nor, keluarga isteri dan bakal isteri, mahkamah terpaksa memberi ruksah iaitu kena menimbangkan keperluan encik Mat Nor untuk mendapatkan seorang lagi isteri," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nor telah beberapa kali hadir ke mahkamah pada 16 Mac lalu kemudiannya diikuti perbicaraan pada 15 dan 18 Mei lalu untuk memohon kelulusan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 23 Mei lalu.

Pada perbicaraan pertama itu, ketiga-tiga isterinya Wan Rukiah Mat Yusof (isteri pertama), 52, Khalthom Dollah (isteri kedua), 39, dan Noraini Daud (isteri ketiga), 40 bersetuju tanpa syarat membenarkan suami mereka berkahwin lagi.

Pada perbicaraan kali kedua pula, hadir sama ialah bakal isteri keempat Mohamed Nor, Suzi dari Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering bersama bapanya. Sementara itu, ketika perbicaraan semalam, Mohamed Nor turut menarik perhatian apabila mengakui dia sebelum ini berkahwin dengan isteri kedua dan ketiganya di negara jiran Thailand. Ketika ditanya Shaikh Ahmad sama ada dia akan berbuat demikian sekali lagi sekiranya permohonan ditolak, Mohamed Nor sangat berharap ia dapat diluluskan.

"Dulu saya terpaksa kahwin di Thailand kerana tidak dapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua isteri saya, sedangkan mereka benar-benar nak kahwin dengan saya," katanya.
Ketika menjawab soalan hakim, Mohamed Nor memberitahu, dia merasa tertekan dan bingung serta tidak boleh bekerja jika mahkamah masih enggan membenarkannya berkahwin kali keempat.
(sumber dari Kosmo)

Alangkah bertuahnya pokcik Abe bila semua bini dia bersatu hati. Alhamdulillah, benda ni bukannya benda salah pon. Yang pompuan tak bleh marah pasal bukannya laki korang pon....hehehe.

(tapi, apa plak kena mengena ngan gambar kat sebelah ni...? Paham-paham
jer la. Ala budak yang mengaji kat Uniten tapi tak abis tu. Lepas tu ada cita2 plak nak jadi pilot. Aku takut nanti tengah bawak kapal terbang separuh jalan, dia nak jadi penyelam plak. )





Awek kat sebelah ni pon cun gak. Agak-agaknya apa kaitan mereka semua ni..


Friday, June 27, 2008

Sistem Keselamatan Rumah...

Bila dalam keadaan ekonomi yang saja dibuat-buat gawat yang menyebabkan kita semua rakyat yang menjadi gawat, berbagai-bagai cara kita nak cari duit. Bila gawat makanya ramailah yang cuba cari duit termasuklah secara haram seperti mencuri. Habistu bila dah banyak kes kecurian, makanya kita terpaksalah tingkatkan tahap keselamatan harta benda kita. Nak pasang sistem keselamatan terbaik MAHALLLL!!!! Abis tu alternatifnya kita cari lah yang murah walaupun dummy. Kat bawah ni contoh alat keselamatan alternatif yang boleh kita beli kat "co ket". Harga pun murah... Security Camera harganya RM8.90 dan door/ window alarm harganya RM2.90. Murah dan berfungsi seperti betul.
Kamera tu siap ada sensor lagi... bila ada movement, dia akan berkelip2. Alarm tu plak bila pintu atau tingkap kita terbuka, dia menjerit punya lah kuat....





Apa-apa pun, benda kat atas tu dah beli tapi nak pasangnya belum lah lagi pasal takder masa lah plak........ Bila takder, sebok cari. Bila dah ada, malas plak nak pasang...

Thursday, June 26, 2008

Pendapatan CEO TNB...


Uuu mak ai...!!!! Banyaknya gaji di ni.. Nama dah nak macam sama ngan aku tapi gaji dia sebulan pon tak sama ngan gaji aku setahun.. Punyalah banyak dia dapat, macam2 elaun lagi ada. Apalah yang dibuat dek CEO ni. Setahu aku chair meting ngan sign surat jer..


















Sedihnya la aku bila tgk org yang gaji banyak cam ni tapi dalam masa yang sama ramai yang hidup merempat....

Peraduan Milo...

Zaman sekarang ni semua barang naik... semua orang cuba nak cari duit berbagai cara. Hari tu celcom buat peraduan, bila ramai yang dah nak jatuh bankrup,....last sekali peraduan tu didapati HARAM. Macam-macam peraduan orang nak masuk. Hari ni, member aku budak Bahagian Teknologi Maklumat kat opis aku ni bagi tahu pasal peraduan yang akan MILO anjurkan. Hadiah dia lumayan woooo. Emas satu kilo! kalau masuk lam beg, anak aku belum tentu boleh angkat. Apa-apa pon korang tunggulah dan kumpul lah bebanyak peket milo. Manalah tahu boleh menang. Kalau dah menang nanti jangan lupa bagi aku sikit hasil jualan emas tu. 10K pon cukup sebab nak bayar hutang yang dah bertimbon ni......


Syarat yang kat bawah ni kalau korang tak nampak, buat-buat nampak jer lah....

Gambar kat bawah ni adalah gambar anak member aku tadi. ZUL jugak nama dia. Sama cam nama member aku yang kat Kota Bahru tapi entiti yang berbeza. Sebab apa aku masukkan gambar anak dia? Sebabbbb anak dia ni yang aku panggil "Michelin" ni suka minum milooooo.... muahahahaha....

Blog Widget by LinkWithin