Tuesday, April 7, 2009

Gradient, layer, filter.....

2 minggu lepas aku beli zoom lens baru tapi sampai hari ni takder benda aku nak amik.... Boring betoi. So untuk mengisi masa sebelum aku mengganyang zoom lens aku, kena belasah Photoshop dulu. Gambar lain takder, aku belasah jer gambar hot air balloon hari tu. Boleh la kot....

Rombongan makcik siti dari Bagan Datoh..


Apsal la gambar ni tersenget...

Opis mate aku tanya, apsal belon tu nampak sekerat jer? Adoi.... memanglah! takkan nak amik gambar penoh plak... Teknik namanya tuh.... hehehe. Tak bleh salahkan dia sebab aku yang gi tanya dia...


Kisah benar bekas pelajar Amerika..


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun dia tak pernah lulus. Akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu. Maka terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah lah tu agaknya). Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari idea untuk berbual dan tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika gain something la dengan perkembangan teknologi. So dia cakap dengan bapak dia....
Anak : Bapak tau tak?, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu... buang kulit dan masukkan je lembu dalam machine, dah jadi sosej....
Bapak : Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor....menyusahkan plak tu...
muahahahaha..... kisah ni dicopy paste dari cerita yang dihantar oleh opis mate aku... sapa lagi..Brader Anaz la

Monday, April 6, 2009

Jawatan Kosong - Pekerja mahir diperlukan...

Kepada rakyat Malaysia yang menganggur akibat kegawatan ekonomi, 1 jawatan kosong kini dibuka. Seorang pemandu yang mahir diperlukan. Lesen bukan syarat penting tetapi kemahiran bermain Playstation sangat diutamakan.


Friday, April 3, 2009

Proton Ixora...

Baru jer kejap tadi, member aku Bryan 3,7/78 bagi aku gambar ixora.... aku terus masukkan dalam blog aku nih...

Malas nak cerita panjang2... tengok sendirilah








Sepetang di Kuala Sepetang....




Betul ke?...musykil aku. Patutlah ramai sangat amoi dan nyonya yang aku jumpa suka sangat pakai suar ngan skirt pendek. Tapi betul ker budaya cina suka tergedik-gedik?. Aku tgk kat National Geographic di Astro, lain jer budayanya. Nampak lebih sopan dari melayu. Kalau budaya oghang putih mungkinlah kot....

Kenapalah ramai sangat orang yang memberi alasan mengarut camni.... Ni kira dah jadi kes macam kawan aku kat Johor... Bos dia tanya apa pasal tak pakai baju melayu hari tu (Jumaat). Dia jawab.... "Saya ada anak kecik Tn Hj.." hehehe.. -caught with the pant's down-

Wednesday, April 1, 2009

Cadangan ubahsuai rumahku...


Oleh kerana aku hanya duk kat mah teres intermediate aje, makanya aku bercadang nak renovate mah aku cam dalam gambar tu. So akan ada banyak ruanglah kat mah aku kalau aku buat camtu... Anak2 aku pon boleh main basikal kat dalam rumah.
Oleh itu, aku berazam untuk menyimpan duit seringgit sehari sehingga cukup duit renovate camtu.

Blog Widget by LinkWithin