Wednesday, August 5, 2009

Kenal tak siapa yang kena HIV nih.....?

Siapa yang kena penyakit HIV nih? Tolonnnnn..... aku tak nak kena. Aku tak pernah mengamalkan seks bebas weihhh.. Tapi kenapa one of my Lady Boss kata.."Khalid, kenapa muka u sekarang dah bertambah besor? u kena HIV ker" ish..ish.ish.. nauzubillah....

Hehe... HIV tu bukan penyakit AIDS la tapi HIV = "Hair Is Vanishing". Aku rasa ok jer, taklah banyak sangat. Kalau 10 tahun dulu, kalau aku letak 4 jari kat dahi, jari telunjuk aku boleh rasa menyentuh rambut tapi sekarang ni aku kena letak seluruh tapak tangan baru nak terasa rambut tu... Muahahaha, cuba korang tengok 2 gambar kat bawah ni yang masih panas ni..

AJK Induk PSKK ke 35

Arrangement canggih ala-ala Sinetron Melayu aku tak gheti. Belasah aja la . Susunannya camni pon ok gak...

AJK Induk1

Big Boss aku kata... "kamera u ke ni?" aku jawab sambil tersengih ketam.. "ya dato'". Dia kata, "bagi saya tengok kejap". Lepas belek-belek, aku cakap kat dia, "Try la dato'"..... kat atas tu hasilnya.

taklimat 2

Masing-masing so serius termasuklah big boss aku nih, tapi aku buat bodow jer sebab turn aku nak bercakap lambat lagi....

Taklimat

Bincanglah korang, nanti turn aku sampai, baru aku bercakap. Buat masa ni aku tangkap gambar dulu..... Lagipon bahagian aku kecik jer. Ala bajet yang dimasukkan bawah aku pon cuma lebih kurang 15% jer dari total bajet RM450K. Tugas aku cuma keluarkan keputusan masa di penghujung hari dan upload kat dalam blog, buat tempahan T-shirt dan topi... tak banyak pon cuma lebih kurang 400 helai jer termasuk VIP dan Dato' Najib. Tempah bendera, fotografi dan videografi semasa acara perasmian.

Big daddy

Teringatlah pulak aku pasal email kontreversi siang tadi..... Heran juga bila orang tak ambil kisah, dikatakan kita tak ambil berat dan menganaktirikan. Tapi bila ambil berat dikatakan pula sebok menjaga tepi kain orang dan mencampuri urusan rumahtangga orang lain.... Lantak koranglah. Lepas ni aku tak mow campur lagi... podddaaahhh!

Tuesday, August 4, 2009

Rahsia terbongkar dah...

Semenjak aku beli gear baru ku, aku jarang guna option video dia. Kenapa yek? Bila aku rakam dan tengok kat dalam kamera tu, nampak ok jer pergerakan gambar tapi bila upload kat komputer, gambar jadi tersangkut-sangkut. Dahla format AVI, besar gila plak bytes dia... Aku betui-betui tak puas hati... Nak tanya kat Forum takut nanti ada orang tulis..."Topik ini pernah dibincangkan, sila semak thread terdahulu.." Aduhai, langsung tak membantu.

Pikir punya pikir, aku agak sebab format AVI kot, so aku convert ke MPEG. Alhamdulillah....... berjaya akhirnya. bytes pon kecik.... bayangkan dari 100MB lebih, bila convert terus jadi 13MB... Berikut adalah antara movie anak bongsuku yang aku rakam semalam kat mah.


Korang boleh ker nyanyi camtu?... Kalu buleh, aku nak rakam gak...

Rakaman lain aku upload kat box.net. Kepada ibu kepada penyanyi tu kalau nak download bolehlah klik jer kat bawah nih..(itu pon kalau boleh, kih..kih..kih..)

http://www.box.net/shared/tb8kc7xr0e

http://www.box.net/shared/e1qk1xpj5v

http://www.box.net/shared/568vlpkl1o

http://www.box.net/shared/fsqhn79zoj

http://www.box.net/shared/h2pegc4877

Terlupa plak aku nak cakap terima kasih kat member aku si Khairul Anaz sebab dia bagi idea suh cari converter kat pakcik google.

Thursday, July 30, 2009

Pewaris Takhta Bongsu..

Malam semalam aku bawa ibu anak sulungku gi check-up. sebelum ni semua kat DEMC, tapi sekarang DEMC dah mahal giler. So kita orang daftar kat UMRA.....

Kat bawah ni gambar pewaris takhta bongsu... Aku bukan doktor dan aku bukan bidan. So jangan tanya aku camana nak tengok atau membaca apa yang ditulisnya....huhu..

baby021-2

kat bawah ni gambar 3D...cuma tak color jer...

baby021 -1

Kata doktor, jangkaan tarikh keluar adalah 6 Ferbruari 2010. Wallahhua'lam.....

Wednesday, July 29, 2009

Alasan biarlah bijak...

Tadi aku terima satu email dari jiran aku... sapa lagi, Mr Bryanlah. Lepas aku baca email tu, aku rasa agaknya ia berlaku kat Opus kot hehehe.. berikut adalah kisahnya.
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada harinie.. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer ye! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 :
Saya boleh balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor kertak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3:
Salam Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..
Pekerja 4:
A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee
"Yang ini aku tambah"
Pekerja no. 1 rasa tak puas hati dengan pekerja no. 4 sebab dia tak dapat balik. So dia pon tambah alasan tadi tu..
Pekerja 1 :
Boss.. boleh lah.. saya kena sembahyang kat rumah
Boss : Tak boleh!!!Kan aku cakap sembahyang berjemaah lebih baik.. banyak pahalanya..!
Pekerja 1 : Tapi pagi tadi sebelum saya pergi kerja bini saya ...ehemmm so saya tak sempat mandi wajib lagi nih... camana saya nak sembahyang kat opis. Kenalah mandi dulu
Boss : Astaga... dah pergi balik mandi berdosa plak nanti aku melambat-lambatkan ko mandi wajib...
Pekerja 1 : Yahooooo!!!

Tuesday, July 28, 2009

Rumah Pasung Berpuaka...

Hehe.. tajuk yang saja jer aku bubuh sebab sekarang ni aku tengah menghadiri 'CPD talk' kat Institut Penilaian Negara, Kajang. Tajuk berkaitan 'Commissioner of Building', managing agent, challenge of property management & property trust. Apa-apa lah labu...


Apa yang aku nak cerita ni ialah pasal salah seorang speaker yang dulunya sama ngan aku kerja kat Raine & Horne Zaki+Partners kat Subang Jaya. Masa tu dia manager kat situ, aku plak sesatunya staf dia.. Memang Pelik, Dalam company tu, ada 1 director, 1 manager, 1 officer, 1 kerani.... hehe. So, korang tahulah tak lah besar sangat. Tapi sekarang, mamat tu dah kaya giler rupanya. can be consider as the $ucce$$full property manager...

(Cuba teka, mana boss aku....huhu)

Sorang lagi speaker tu aku jumpa dulu masa kat Singapore.. Asean Valuers Congress. Masa tu dia kurus jer. Masa ni, alamak dah gemuk lah pulak..(sama lah ngan aku pon)

Aghh itu semua dunia...muahaahhaha. Yang pasti, sekarang ni aku takder mood dan boring dah nih. Sib baik aku bawak notebook aku dan duduk kat tingkat atas...

Tuesday, July 21, 2009

Gambar Buka-buka...

Macam yang aku kata dalam posting sebelum ni, aku ni bukanlah 'pro photog'. Takder orang pon nak amik aku untuk amik gambar kawen, gambar besday, gambar bertunang, gambar majlis-majlis VIP. Bawa kamera ke opis pon orang ingat aku pegang kamera opis lah, aku nak berniagalah... macam-macam lagi diaorang nih. Mungkin di suatu hari nanti aku akan dapat job tu. Kalau dapat nanti, aku cerita kat korang. Sekarang kena belajar dulu banyak2 ngan kekawan. Itu pon kalau diaorang sudi nak ajar aku tanpa prejudis. Kesian kat aku nih... Dari sekolah minat kamera tapi takder kawan yang ada minat sama. Dah tua2 ni baru nak dapat kawan... Itupon nasiblah diaorang panggil aku 'abam', kalau dia panggil aku pakcik.......adoiiii. :)

Macam yang aku kata juga, kalau nak amik gambar buka-buka, boleh lah panggil aku. Tapi setakat ni gambar buka-buka mereka yang 5 tahun ke bawah ajer.... (Bila lah nak dapat yang 18 tahun ke atas...hehehe)
AZ 3 copy
Memandangkan aku ni tak pandai sangat nak edit kat photoshop, makanya aku masukkan ajer yang original. Silap edit karang lain plak jadinya.

AZ 9

"Kerana mengikut keinginan dan kata anak aku ni la menyebabkan sekarang ni kita orang asik makan kat kedai jer" .... (hanya mereka yang berkelayakan dan paham saja boleh agak apa mendanya.)
SyazaAmirulRidhuan2
AZ 6 copy
Sib baek tak nampak botol losen tu, kalau tak dah jadi model iklan plak.
SyazaAmirulRidhuan1
Apa-apa pon, amik gambar budak ni paling best sebab kulit diaorang licin... zoom in banyak mana pon masih tak nampak noise..
Kat bawah ni, aku edit sikit guna Picnic jer..
AM Edit

Blog Widget by LinkWithin