Wednesday, August 26, 2009

Halal Knowledge Centre - Certified Hotels & Resorts


Sebelum buat keputusan berbuka pose kat hotel ngan kawan atau famili, rujuk dulu kat bawah ni. Kalau tak tersenarai, korang buatlah alasan sendiri yang boleh menyedapkan hati.

Monday, August 24, 2009

Tertido tak bangun yer?

Kat bawah ni jadual berbuka dan bersahur... Kalau korang lambat bangun, pastikan jangan dok buat2 tak perasan jam kat dinding tu dan terus jer hisap rokok....

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA

Friday, August 21, 2009

Kisah sebelum Ramadhan...

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil....... Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu...Si isteri bersuara,"Dulu-dulu kan, Abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.

"Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu.... Abang selalu cium saya.

"Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,"Lepas tu kan, Abang selalu gigit-gigit leher saya.......

"Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Dengan marah suaminya menjawab,"Nak gi amik gigi la ni!!!"

Sunday, August 16, 2009

Cara Menghabiskan Duit Rakyat ..... (Finale)

Memandangkan Inspen tak bawa jurukamera dan nak gunakan hotel punya, caj sampai RM35 sekeping, makanya aku pon menawarkan diri. Nak jual kat depa ni pada harga kos, depa ni kedekut sangat. So aku buat keputusan snap, edit, upload dan distribute secara free. Tapi macam biasalah, barang free ni ada hadnya....

Apa-apa pon mungkin ini simposium terakhir aku dan selepas ni mungkin tak akan dipanggil lagi dah. Sebab apa? korang pikir dan buatlah andaian sendiri.....


Group VO

VO Group Simposium

Selamat tinggal 'simposium'..... sayonara...

Saturday, August 15, 2009

Anak aku ker nih?

Baru jer balik TT ngan geng fotografi kul 2.30 tadi. Kalau ikut keadaan, mau sampai ke pagi. Best jumpa kekawan yang ada sama minat nih. Thanks to Mior Ensem sebab hantar sms petang tadi. Sorry sebab tak save nombor, so terpaksa tanya 'siapa?'. Sekarang aku dah savekan nombor dia. Thanks to Faiz sebab bagi gambar aku yang ku tunggu-tunggu. Thanks to Tom sebab 'Peace No War' . Thanks to Zul coz jumpa aku dua kali walaupun rumah dia kat Kapar... jauh tuuuu...! Thanks to semua yang ada masa tu.

Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah seorang lelaki yang sebok sangat nak bergambar ngan aku. merengek-rengek lagi.. Mentang2lah aku ni pakai Lotus, semua orang nak bergambar ngan aku.....huhu. Korang tak percaya, cuba tengok kat bawah ni.. Sib baiklah yang nak bergambar ngan aku tu Angkasawan Negara, Dr Faiz Khaleed lagipon nama bapak dia sama ngan aku... hehehe.

Dr Faez

Faiz + Khalid = Dr Faiz Khaleed

Dr Faez, friends & me

Credit to Faiz kerana menyumbangkan gambar2 di atas....

Friday, August 14, 2009

Merdeka Millennium Endurance Race 2009

Sambung balik cerita pasal MME Race 2009... Kat bawah ni ada beberapa gambar yang boleh dikongsikan. Ada gak yang lain tapi terlelu 18SX untuk aku kongsikan ngan korang... BAHAYA WO!!!...

Fireworks -MME

Sesapa yang tak pegi hari tu, sure nyesal!


Track

Racing 2

Me & Bryan

Kat bawah ni cuba korang pilih yang mana cun...

Pit girl 3

Lotus

Aku dan kereta ku....

Pitt Girls

ermmmmmuuuuuaaaahhhh!!!!

pit girl 4

Bini aku cakap, "kata gi ambil gambar kereta? abis tu pasal apa banyak sangat gambar pompuan ni?.... errrr.. emmmm.... errr.... gulp!

Blog Widget by LinkWithin