Monday, December 7, 2009

Musim mengawan dah tiba....

Bila bulan 12 jer semua orang nak bertunanglah...berkawenlah. Asal nak bertunang atau berkawen semua nak masa bulan 12. Tapi sepupu bini aku ni bertunang bulan 11 yang lepas. Lebih tepat tarikhnya adalah 27 November 2009.

Gambar diambil banyak tapi semua tak mencapai tahap kualiti yang memuaskan. Apa yang ada jerlah terpaksa digunakan dan diubahsuai supaya boleh dijadikan tontonan....

Suhada B&W



Nak edit lebih-lebehpon bukannya dapat fulus... sekadar suka-suka pon jadiklah...

Suhada



Gambar kat bawah ni aku panggil 'nasi goreng'. Kenapa? Kalau kat rumah, bila banyak lauk tak habis tetapi sayang nak dibuang, biasanya mak atau bini kita akan buat nasi goreng. So,... sama lah cam kat bawah ni...

Rohani background

Thursday, December 3, 2009

Adakah salah aku berCHOGM?....

Hari ni CHOGM dimulakan seawal 6.15 pagi.... Ermm sampai kat epot, tak bleh check-in plak guna mesin. Cis! aku pon dgn eksennya memanggil awek MAS yang jaga kat situ. Rupa-rupaya dah telambat.... heeee. Apa-apa pon selamat sampai.

Kat JB terus orang-orang IRDA amik aku dan kitaorang terus pergi lawat periksa rumah-rumah yang nak dibeli untuk dijadikan Pos Polis Komuniti. Malas nak cerita sangat... tgh hari gi lunch kat Royal Johor Golf Club. Tak lah best sangat tapi aku terkenang masa aku kecik2 dulu.... sekitar awal 80an yang mana bapak aku bawak kita orang lepak kat situ. Yelaa lepak sambil makan2 sebab menunggu diaorang dok men gop. Sungguh terkenang aku....



Petang, kita orang gi IRDA untuk proses rundingharga. Alah, macam nak beli ikan kat pasar la. Proses tawar menawar. Adoi nego conduct lam bahasa omputih plak... Udah ler aku kena main peranan utama untuk berunding, pastu bahasa omputih aku tak lah baguih sangat. Maklumlah masa sekolah malas nak belajar... heeee. Aghh aku belasah jer...

Apa-apa pon TQ pada IRDA sebab sponsor tiket 'belon' ngan bilik otel ni. Kalau tidak tido kat masjid lah aku. Maklumlah cuti2 sekolah ni otel mahal sangat dan banyak yang penuh. Asalnya aku ingat nak bawak famili so travel lebih awal, tapi bila aku bagi tau mummy anak kedua aku, dia kata "takyah la bang..." Wah terharu aku, sungguh baik hatinya untuk tidak menghabiskan duit aku... huhu


Oklah, itu sahaja laporan berlintas langsung dari The Puteri Pacific a.k.a Pan Pacific.... Agak-agaknya apa aku akan buat malam ni sorang-sorang kat JB ni? Ermmm......

Wednesday, December 2, 2009

GP Joran Kampung Style...

Raya Haji yang lepas kita orang semua balik ke kampung di Bagan Datoh. Balik hari Khamis malam..... jem giler. Aku ingat kalau balik naiki unta pun ana rasa ana sampai dulu lah...

Hari Sabtu ada majlis pertunangan sepupu ibu anak aku. Macam biasa, aku bawa kamera sebab dengan adanya kamera, aku buleh amik gambar awek-awek yang cun kalau ada....heeee. Hari Ahad tu takda aktiviti, cuma dok tengok anak2 aku ngan sepupu sepapat dan pak-pak sedaranya memancing kat parit depan rumah. Fuhh semangat masing2... Aku?, sorry ler sebab aku bukan minat sangat nak pancing. Ikan banyak tapi aku tengok diaorang ni sekor pon susah nak tangkap. Biras aku yang semi-pro pon tak dapat sekor pon... muahahahaha..

Apa-apa pon aku masukkan jerlah beberapa keping gambar diaorang ni. Gambar tak edit pon, cuma crop jer. Asalkan sedap mata memandang sudaaaaa.....

Ridhuan pancing

Ridhuan Pancing 1

Pakai Joran buluh pon ok apa... bersabarlah nak.....

Rafique

Rafique ni sepupu anak aku. Dia lah yang tukang supply cacinnn...

Kail
Kat bawah ni biras aku yang semi-pro tu... layan bang.. tapi mana hasilnya?..

Ridhuan Pancing 2




Bebudak pompuan kat bawah ni bukannya memancing tapi dok main air kat kolah opah dia....

Syaza pancing 1

Tuesday, December 1, 2009

Ingat aku tak mampu ker nak beli?...

Rabu malam Khamis minggu lepas kitaorang di Anjung Kristal berRT lagi. Kali ini selain dihidangkan dengan durian dan rambutan, kami juga dihidangkan dengan 2 biji lotus......... Elise (RM240K) dan Exige (RM700K). Aku cuma sempat rakam Elise sahaja sebab Exige datang kemudian dan pada masa tu aku plak dah simpan kamera aku. Bro Aidil bagi kunci suruh test.....wooooooo tara berani wo!!! Aku berani duk sebelah jer. Aku ngan Bro Azian sempat meronda lalu depan Hakeem dan Khulafa. Kasi Ram sikit.... a.k.a berlagak riak sikit.. hehehehe.... Kat bawah ni beberapa gambar aku ngan kereta yang telah kami gunakan untuk beriak-riak.... muahahaha....

My Lotus 3

My Lotus 2

CSC_1142

My Lotus 4

Thank You Bro Aidil... Rugi plak sebab tak sempat bergambar ngan Exige yang power gila tu... 0-100km/j @ 4.2 second....

Kisah pewaris takhta lagi?....

Beberapa hari yang lepas iaitu pada 21 November 2009, kita orang gi checkup kat UMRA dan buat ultrasound.... Berdasarkan pemeriksaan, anak bongsu ku dah berumur 7 bulan lebih sikit. Maknanya, kalau nak keluar dah boleh la tu tapi kena duk dalam inkubatorlah sekejap. InsyaAllah dengan izin Allah, dia akan keluar pada waktu yang sepatutnya. Doktor konpomkan lagi tarikh jangkaan adalah 7 Februari 2009 iaitu sehari selepas anniversary kawin kita orang yang ke 10 tahun. Hehehehe...... takyah beli hadiah apa2 kalau camtu. InsyaAllah baby tulah hadiahnya. Cerita banyak tak guna, so aku nak kongsikan beberapa gambar yang aku tak berapa nak paham ni.

SITI2_16

SITI2_7

SITI2_15

SITI2_14

Gambar selebihnya korang tengoklah kat dalam flickr.... letih lah aku nak upload semua. Untuk pengetahuan dan rekod, kos untuk scan ni adalah RM120.00. Semua gambar beserta video diberi dalam bentuk CD. Video aku tak upload kerana dalam format AVI.... besar file tu dan aku tak sempat nak convert kan ker MPEG....

Monday, November 30, 2009

Kenapa aku pokai Khamis lepas...?

Khamis lepas sehari sebelum raya aku telah bercuti. Bercuti sebab nak kena gi servis kereta aku. Sib baik ada duit plastik mainan. Tukar semua belting dan tayar. Bulan 8 tahun lepas aku dah tukar tayar tapi tahun ni bulan 11 kena tukar lagi. Timing belt tu biasalah bila dah cecah 90,000 kenalah tukar. Rupa-rupanya tayar Good Year Assurance yang aku tukar dulu tu tak tahan lama. Maklumlah tayar lembut. Bawak sedap tapi bunga cepat habis. Tayar taklah botak habis dan masih ada jalur tengah tapi bunga-bunga cintanya dah takda. Bila hujan jer, brek dah macam brek kat salji jer.


DSC_1145

Atas nama keselamatan keluarga diutamakan, makanya aku tukar jugalah kepada tayar baru. Tayar ni pon jenis lembut gak tapi diharap akan dapat bertahan lebih lama. Kalau tak tahan juga, aku tukar kereta lain! Baru padan muka dengan kereta aku tu..... Untuk tujuan rekod dan kod rahsia aku.... heeee (760 -195/60 4 x4)

Blog Widget by LinkWithin