Tuesday, December 22, 2009

Bilalah nak berakhir nih...?

Minggu lepas, kami sekeluarga telah gi outing ngan famili termasuklah kakak ipar, adik ipar, abang ipar, bapak mertua, mak mertua, anak sedara pon ikut sekali. Cuma yang tak ikut hanyalah awek sedara jer.....heee. Asalnya aku nak ajak diaorang gi Hawaii.. alaa, bukannya mahal pon. Apa guna ada duit kalau asik nak simpan jer. Huh! Bongkak sungguh perasaan ku ketika ini. Namun apakan daya, disebabkan bini aku mengandung dan tak bleh naik kapal terbang, makanya kitaorang gi Port Dickson jer lah. Ok apa!? Kawan-kawan aku yang tak pernah gi Hawaii komen kat pesbuk aku, dia kata PD tu kalau ikut pengalaman dia sama jer ngan Hawaii.... heee.

Birthday Disember 1

Taknak cerita lebih sebab karang takde idea plak nak cerita dalam posting lain pasal PD ni. Dipendekkan cerita, selepas aktiviti kami hari Jemaat hari tu, makanya keluarlah sebijik kek hitam gelap. Rupanya kek besday sempena besday beberapa orang ahli keluarga dalam bulan Disember nih.

Birthday Disember 2

Konpius plak aku pasal ada nama Syaza kat bawah sekali tu. Setahu akulah sewaktu aku menjadi bidan budak yang bernama Syaza tu dulu, masa tu bulan Januari..hujung bulan lagi. Tak kisah lah.. letaklah nama sapa pon, janji boleh penuh nama kat kek tu.

Birthday Disember 3

Apa-apa pon, kek tu memang sedap..! Sedap giler! Kalau giler sekalipon takkan rasa sesedap tu. Tak tahu aku apa dia bubuh kat dalam kek tu. Dah lama aku tak rasa kek coklat sesedap tu. Bini aku beli ngan kawan dia kat opis.Berapa harga? Ntah... mana aku tauuu!!

Monday, December 14, 2009

Nak beli atau nak rompak ajer...

Kat bawah ni adalah benda-benda yang beratur dalam pemikiran kusut ku untuk diperolehi... Kalau tak mampu nak beli, aku ingat nak ghompak jer kat kedai... Ada orang tanya, kenapa perlu beli? Perlu sangat ker?.... Ishh, tipon aku sekarang ni bulan 1 nanti genap 4 tahun, Vaio akupun dah 3 tahun sampai baterinyapon dah tak bleh guna. Kedua-duanya bernama Sony. Prestasi amat bagus, cumanya nak beralih lah pula ke jenama lain.

Baru kejap tadi member aku Bro Anaz tolong tanyakan berapa harga bateri notebook aku yang dah king kong tu...... RM599.00. Ayoyo, dah la mahal, lepas tu 3 sel jer plak tu. 3 sel tu tahan dalam 2 jam jer.... woo, baik tak yah!.

Mana satulah agaknya yang akan aku beli nih...


Ingat nak beli I-Mac tapi karang timbul perasaan riak dan takbur sangat plak dalam hati. Cukuplah Vaio aku dulu tu... dah merasa pakai notebook mahal... Tapi mahal2 pon dapat free jerr..

Adakah dah sampai masanya..?

KhalitKekadang tu kita kata kita kenal seseorang tetapi persoalannya apa yang kita kenal? Adakah kita hanya kenal sebab kita bersaudara?, berkawan?, bekerja sama pejabat?, bersekolah sama mahupun berjiran? Kepada mereka yang tak kenal aku, mungkin dia tak tahu... Kepada mereka yang kenal aku pulak, belum tentu dia tahu. Habis tu siapa yang kenal aku???? Entahla.. hanya yang kenal aku saja yang tahu... hehehe..

Selama hampir 11 tahun dah aku kerja ngan kerajaan nih tetapi nasib aku masih bernasib baek sebab aku masih lagi berada di sekitar Lembah Klang dan tidak berjauhan dari kaum keluarga. Namun sampai bila?.. Tahun depan, Jabatan aku akan ada pertukaran besar-besaran. Untuk BOSS, surat pertukaran dah keluar yang melibatkan 5 Negeri.. Tawun depan dijangka akan berlaku pertukaran melibatkan golongan marhaen plak... Adakah aku terlibat sama?... Rasanya macam ya, cumanya aku tak tahu ke mana. Big Boss hari tu ada panggil aku dan tanya mana agaknya aku nak pergi.... Ayoyo. Tara buleh buat pilihan da.. Kalau aku pilih A, mungkin B lebih baik. Kalau pilih B, mungkin A lebih baik. So, hantar jer lah kemana pon. Orang kata, SYMP jer...

Racing2

Masalahnya, jika dah samapi masanya aku kena transfer, adakah bermakna dah sampai masanya juga aku kena beli sebijik kereta lagi untuk kegunaan wife aku?! Kalau beli, sapa nak bayar? Kalau tak beli, nanti sapa nak hantar anak aku gi sekolah...? amik balik sekolah...? nak gi kedai beli lauk...? nak ke sana, kesini..? Sekarang ni takperlah aku ada. Lepas tu kalau sikit2, bapak mertua bini aku pon ada boleh hantar sana-sini. Tapi sampai bila?

Racing1

Kalau aku nak beli, kereta apa? baru ker second hand? beli untuk wife atau beli untuk aku..? Kalau aku kena transfer ke Labuan ker, mungkinlah aku bagi jer kereta aku tu kat dia. Kat Labuan, apa lagi tax free tuh... Ferrari laa.

Racing3

Apa-apa pun aku masih tak sempat nak pikir lagi coz sekarang ni ada banyak benda lain yang tengah beratur untuk diselesaikan.... Kalau setakat beli kereta remote control, tutup mata ajer, tak lah besar sangat kosnya..

Thursday, December 10, 2009

Sapa Punya Birthday semalam...?

Semalam besday CT, takda yang spesel aku buat tuk dia... nak cerita lam blog pon takder idea gak... Hanya gambar kat bawah nilah yang dapat aku masukkan lam posting nih kerana gambar membawa seribu makna....


Ibu besday

Wednesday, December 9, 2009

Sapa Punya Birthday harini...?

Hari ini adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran SITI HERDAWATY. Siapa tu?... siapa lagi, kakak ipar kepada mak sedara anak aku la.

Nak masukkan gambar kek, tak beli lagi...
Nak masukkan gambar hadiah, tak beli lagi...
Nak masukkan gambar besday girl, tak ada yang sesuai...
Fuh best betoi, banyak alasan nih.


Agak-agaknya, apakah yang patut aku bagi kat dia???? Tolong!!!bagi idea kat aku nih!!
Apa-apa pon aku ucapakan HAPPY BESDAY TO U!!!



Tuesday, December 8, 2009

Sapa Punya Birthday esok...?

Agak-agaknya siapa punya besday besok nih?.... Sebelum ni aku menerima komplen pasal besday dia tak pernah aku nak sebut dalam blog nih. Besday owang lain aku sebut. Ok lah bagi menghargai pengorbanan, kesetiaan, kecengelan...ooopppss. Makanya aku akan celebrate besday dia kat dalam blog ni selama 3 hari... sebelum semasa dan selepas.
kek 39a
Kek 39
Gambar kek yang aku tunjukkan ni bukannya kek besday dia tapi kek besday aku.... muahahaha..
kek 39d

kek 39f
Apa-apa pon yang seronok adalah anak aku pasal dia yang suka sangat makan kek... Kenapa asik gambar anak pompuan jer? Dah tu, yang lelaki tak suka makan kek....! aku nak buat camana?. Asik makan kopok jer...
kek 39b

Blog Widget by LinkWithin