Thursday, September 15, 2011

Tutut baru...

Mula-mula duduk atas kereta kecik abangnya... Pastu maknya belikan bas besar... Itupun diduduknya... Beli lori disuruhnya cabut bahagian belakang lori tu sebab dia nak duduk gak.. Last sekali belikan dia benda ni... Dulu masa zanan abangnya dipanggil tutut.. Zaman budakni pun panggil benda yang sama gaklah... (kenapa sekarang ni aku begitu tandus nak menulis dengan gaya bahasa macam dulu... Kurang menarik plak aku membacanya..) Apa-apa pun, posting ni aku up guna mobile... Itu lah pasalnya dah ada sikit cerita baru kat blog aku ni...

Tuesday, September 13, 2011

Monday, September 12, 2011

Kisah kebaya yang tak kunjung tiba...

Bulan posa yang lalu dengan hati penuh waja aku telah membuat lawatan menghabiskan duit ke Sarikin. Hajat di hati ingin membelikan kain yang indah, sutera bandung kata orang boyan.....

Sesampai di sana, terus ku tuju ke kedai yang jelas menampakkan barang jualan yang ku idamkan di hadapan kedai. Oleh kerana telah kukenalin pak indon tu maka tak susah untuk aku menepung tawar... Cakap lebih kurang, terus minta diskaun.

Atas kebijaksanaan pahlawan boyan, maka harga yang mahal telah dapat ku jinakkan. Maka tercapailah hajat dihati membelikan barang terindah untuk ibu cucu mak aku. Dipendekkan cerita, telah ku bawa pulang ke Malaya dan menyerahkannya kepada yang berkenaan.

Dipendekkan lagi... Akhirnya kain tersebut telah kuserahkan kepada kekanda inlaw ku untuk dijahit. Namun purnama berganti purnama... Ogos berganti september.. Ramadhan berganti syawal... Namun kelibat kebaya masih belum kelihatan...

Ini bukan salah kekanda inlawku tapi rasanya yang berkenaan masih tak sanggup nak memakai kebaya tu kalau dah siap... Pasai tu lah agaknya tiada pressure untuk disegerakan kesiapannya.... Hari ini aku telah pulang ke Pulau Borneo dan aku masih belum melihat sebarang kelibat kebaya cekelat keunguan tu..... Hanya kelihatan gadis2 munggil berkebaya ketat di stesen kapal terbang tadi...

Diharap minggu hadapan kebaya akan berkunjung sempena bulan syawal yang belum berkhir ini... Kebaya oh kebaya...

2nd Batch...

Mereka ni waris terkini cucu opah Dah.. Tak tahu lagi apa potensi mereka...

Lasagnia or lantakla...

Semalam babeyku buat makanan orang itali lagi... Lasagnia kata orang boyan.. First trial memang ohsemm... Oh i likeee... Cukup rasa semua... Tengoklah sapa pula yang beli bahan.. Muahahahaa...

Pagi ni sebelum berangkat membawa diri ke tempatku mencari rezeki, ku dihidangkan lagi... Wah.. Memang best.. TQ Laling... Nanti buat lagi yer...

Sunday, September 11, 2011

Blog Widget by LinkWithin