Wednesday, December 14, 2011

Asyik Inovasi Jer....

Pada ketika aku mula mengarang kat boblog ni, aku berada di Gate 2 KIA sedang menunggu belon ku yang tak kunjung tiba. Namun hati ku resah dan macam takda mood nak mengarang. Maklumlah tengah bersedih kerana kehilangan jacket ku sewaktu pemeriksaan keselamatan. Kelalaian yang ngok..! Aduhhh..Namun, barang yang hilang pasti akan lenyap dari pandangan walau mengalir ayor mate darah sekalipon.. Aghhh persetankan dengan kehilangan tu. Takmo pikir lagi.


Hari ni 14 Disember 2011... Pagi tadi pejabat aku dan pejabat boss aku berganding mengadakan sambutan Hari Inovasi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Semua aktiviti telah dilaksanakan dengan sunguh menarik dan kreatif. Walaupun terdapat kelemahan tetapi rangka programnya menarik. Tahniah kepada pegawai-pegawaiku yang telah melalaksanakannya.


Memandangkan mood tak berapa nak ada sebab flite pon delayed, makanya aku malas nak sambung lagi. Aku up gambar jer.. Korang tengok jer lah... Kalau tak nak tengok sudah..


(gambar 3 orang yang tunduk tu adalah gambar anak buah aku yang dok melepak kat pantry petang tadi bila bos aku dah blah gi epot... Tau takut muka nampak... Hahaha)

Tuesday, December 13, 2011

Kisah anak buah ku...

Posting ni aku saja-saja nak buat sebab nak tunjuk kat pompuan kat bawah nih... Test 123...

Tapikan... Rasa sik best mun kamek sik nganok sidak ya.. Fomfuan pertama tu memang berkawan baik ngan fomfuan kedua tu sampaikan semuanya nak buat sama-sama... Makan sama datang sama ngular pon sama... Muahahahaha....kedua-duanya bukan staf aku tapi staf bos aku. Aku selalu dok kacau diaorang nih. Walaupun aku kutuk macam2, diaorang tetap happy...

Apa-apa pon mereka sangat baeeekk hati walaupun kedua-duanya agak malasss sikit.. Kena ketuk baru nak buat kerja... Sorang suka layan pesbuk dan sorang lagi suka berangan... Muahahaha

"mari kita bertepuk tangan... Pap! Pap! Pap!...."

Monday, December 12, 2011

Hari Keputerian Amoiku...

Sekarang ni masih lagi masa rehat dan aku tak pergi ke mana-mana pon. Al maklumlah kereta ku tengah disewa oleh orang dan hanya selepas pukul 2 ni baru dipulangkan. Untuk mengisi masa yang ada tinggal beberapa minit ni, aku nak cerita sikit pasal besday amoi terchentaku yang ke 16 tahun + 3 tahun + 2 tahun + 15 tahun. Aku punya besday dah sambut 2 bulan lepas.

Tiada yang istimewa sangat dapat kuberikan... tiada permata ku hadiahkan, tiada pakaian indah ku sarungkan. Hatta nak ku berikan payung emas juga dia tak mahu. Sungguh bertuah aku sebab dia tak suka meminta-minta cam korang... muahahaha. Alhamdulillah, permintaannya yang tak seberapa dapat juga kutunaikan. Permintaannya hanyalah pergi bercuti ke Cameron Highland. Makanya selepas bersidang di Ipoh tempoh hari dan memandangkan bapak mertuanya memberi kebenaran maka ku laramkanlah kereta bapak mertuanya terus ke Cameron Highland. Aku tak mo cerita pasal Cameron Highland ni sebab aku ada posting lain untuk itu. Kali ni aku hanya nak nulih pasal sambutan besdaynya saja.
Brinchang
Dipendekkan cerita, semasa menunggu amoiku membeli belah kat Pasar Malam Brinchang, maka aku berpakat dengan anak-anak ku untuk memberikan video hepi besday untuk dia. Video ni kira balasan kepada video yang di dah buat hari tu untuk aku. Kami buat video ni di depan kedai milik Kementerian Asas Tani. Korang mesti nak tahu kenapa kami tak gi Pasar Malam tu kan... hehehe, cuaca hujan beb, lagipon mengah lah nak jalan sejuk-sejuk nih. baik aku duduk jer tunggu dia.

So, kat bawah ni video yang sama telah kuupkan ke wall pesbuk dia pada malam sambutan hari keputeriannya. Ku masukkan juga dalam blog ni sebab teringin untuk aku memberitahu satu dunia mengenai sambutan yang telah kubuat.... 

Malam tu anak pompuan aku mintak seringgit sebab nak belikan pensil panjang untuk ibunya... Anak lelaki pun minta seringgit sebab nak bagi keychain pisang kat ibunya. Anak lelaki kecik ku tak tahu apa-apa... kecik lagi.. Aku pulak malam tu agak-agak korang aku bagi apa?... muahahaha

HaPPy BiRThdaY AMoi..!!
New Glove

Sunday, December 11, 2011

Bebowling atau Bebolen....

Assalamualaikum, dah lebih seminggu tak nulih dan hari ni di seat 1F lagi di dalam penerbangan AK5218 aku kembali untuk mengisi masa lapang yang tak berapa lapang sebenarnya. Penerbangan hari ini dimulakan dengan cuaca yang sangat buruk. Mula take off sampai lah 40 minit selepas tu baru lampu dinyalakan. Biasanya 5-10 minit take off diaorang dah pasang lampu n serve makanan. Masa dalam gelap tadi memacam aku pikir... Semua berkisar tentang 4 orang yang ku tinggalkan. Maklumlah, aku boleh rasa kapai ni kejap menjunam kejap menengak.. Alhamdulillah, sekarang dah ok so aku pon nak sambung menulih. Macam aku cakap hari tu, kalau aku tak nulih nanti sebok berkhayal plak tengok awek skirt merah ni...

Kali ni aku nak tulih semua pasai amoi aku dan apa yang telah terjadi. Minggu lepas kami sekeluarga telah berCHOGM ke Ipoh dan disambung sikit ke Cameron. So ada berbagai aktiviti telah diadakan untuk ahli persidangan dan kaum keluarga.

Aktiviti pertama adalah perlawanan bowling yang diadakan diantara ahli dan keluarga melawan tuan rumah persidangan. Maka dengan semangat berkobar-kobar amoiku juga ingin turut serta bermain. Aku seperti biasa, kaki bangku... Main suka2 boleh lah nak men lawan tak gheti aku. Petang Ahad lepas sesampai jer di hotel selepas mengechek-in, kita orang sekeluarga terus mengikuti rombongan cik kiah ke Ipoh Parade untuk praktis berbowling. Aku bagi peluang kat amoi dan putera puteriku bermain. Aku jaga anak jer. 1 frame RM5 so total aku kena bayar untuk diaorang was RM30. Ermmm murah gak tu. Maka gegak gempitalah suasana di tempat bowling tu bunyi dentuman bola yang dilambung-lambung.

Dipendekkan cerita keesokan harinya diadakan perlawanan sebenar. Ada lebih 10 kumpulan dan amoiku masuk di dalam kumpulan 8. Setiap kumpulan ada 3 orang. Frame pertama aku tengok amoiku men biasa2 jer tapi masuk frame kedua, dia sudah naik sheikh.. Sudah horny 3X woo... Tak sanggup tengok, aku bawak anakku berjalan2.

Akhirnya pada hari Rabu malam Khamis bersempena jamuan makan malam ahli persidangan dan keluarga, diumumkan pemenang2 acara permainan yang telah diadakan iaitu gop dan bowlin... Diumumkan pemenang tempat keempat... Kumpulan 8!!!! Maka tak tentu arahlah amoiku dengan tidak menyangka boleh dapat nombor... Hehe terorrist gak amoi aku ni men bowling... Tahniah ler...

Anak sulung yang duk kat sebelah aku dengan selamba dan machio menanyakan soalan kepadaku... Maklumlah masa tu dia tengah dok layan awek kat pesbuknya... "ayah..! Ayah tak main apa2 ker? Ayah ni tak bersukan ker?" huhu nasib takda yang kena tampor malam tu.. Dia pon lebih kurang aku gak.. Men games kat tipon terror la. Nak jer aku jawab kat dia..."ibu tu sebenarnya terror main bowling sebab ayah selalu men berbolen ngan dia... "

Aghh... Aku dah sampai epot ni nak nek teksi plak balik umah.. Chow chin chiowzzz.... Jumpa lagi Rabu ni di penerbangan lain plak...
IMG_3513

IMG_3516

IMG_3530


IMG_3511

IMG_3559


IMG_3515


Wednesday, November 30, 2011

Nasi Ayam Laut China Selatan....

Sekarang ni cuti sekolah, makanya akan berdoyon-doyonlah orang nak buat kenduri kawen. Nasib baik amoiku gengster, kalau tak aku pon teghingin gak.. Muahaha. Sapa takmo kawin ce cakap kat aku. Best woo... Asal nampak jer nak.. Asal nak jer nampak.

Sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, kita bertemu kembali dan kali ni sempena persidangan UMNO, penerbanganku ke Kuala Lumpur bersama belon merah dan awek merah. Pada ketika ini aku berada di dalam belon AK5211 seat 1F. Sebenarnya aku dah minta kerani ku tempah seat 12 atau 14 tapi tah camana bagi aku seat 1 ni pulak. Bukanlah aku ni tak bersyukur tapi seat ni sangat bahaya kerana boleh meningkatkan tahap kehornianku.. Maklumlah, kat seat ni kita boleh tengok awek skirt merah dok kat jump seat tu. Duduk sopan takpa gak, ini tak, terkangkang sana, terkangkang sini... tak boleh woo.. Halam.. Halam..

Minggu lepas 23 November 2011 sebenarnya adalah hari ulangtahun Pewaris Takhta Tengku Mahkota ku. Besday yang ke 11 tahun. Oleh kerana hadiah aku dah beli lebih awal makanya taklah ralat sangat. Isnin lepas cuti, so ada 3 harilah aku dok melopong sengsorang kat Kuching ni. Bos aku tanya, "apsal hang tak balik..? Amiklah cuti 2 hari pastu sambung terus gi mesorat" aku cakap kat dia, "takpalah bos, opis takda orang nak jaga. Karang sapa pulak nak luluskan kes, buat perakuan dan memacam lagi tu.." huhu dalam hati awat hang tak habaq awai... Chait!

Tak kisah lah, apa-apa pon sekarang ni aku dah dalam perjalanan balik dah ni. Esok dan lusa ada majlis perasmian dan taklimat kat INSPEN dan ahad ni kami sekeluarga akan berCHOGM ke Ipoh sampai hari Khamis ni... Alhamdulillah, kalau aku bawak ke London sekalipon bukan diaorang suka sangat pon. Bebudak ni sebenarnya nak dok kat otel jer. Anak pompuan aku siap pesan, "ayah..! Cuti sekolah ni nak pergi hotel 5 bintang boleh tak?" huhu dengan rasa confident tahap boboiboy aku terus menjawab "OK...!! Terbaieekk.." hahahaha seb baik dia tak mintak naik kapalterbang gi obersea.. Bankrup la aku kalau dia mintak camtu.

Selepas tu, kitaorang akan ke Cameron Highland plak. Itu permintaan ibunya. Kononnya sebagai hadiah harijadinya pada 9 December ni.. Huhuhu... Seb baiklah mintak yang munasabah, kalau di mintaknya cincin mas ker, gelang mas ker, mana aku nak korek duit. Kalau mintak payung mas tu takpelah... Ngeeee... Pasti akan ku tunaikan dengan hati yang penuh keimanan...

Patah balik citer pasal cuti 3 hari yang lepas, aku nak buat sikit penghargaan dan ucapan terima kasih lah kat salah sorang anak buah aku yang bagi pinjam tv kat aku. TV kecik jer tapi cukup terang. Makanya sepanjang percutian aku tidaklah ada kerja lain yang aku buat... Lepas satu cerita, ku tengok plak cerita lain. Bayangkanlah hari Sabtu tu aku gi makan tengah hari kul 5 petang dan tak breakfast pon pagi tu. Semuanya hindustan punya pasal. ..."I Hate Love Story". Untuk pengetahuan korang, sepanjang setawun stengah aku kat Kuching ni aku tak pernah ada tv. Tengok pon bila gi kedai makan jer. Kesiannn kat aku.. Berbalik semula pasa citer dalam tv ni, maka dapatlah aku kenali beberapa pelakon indon dan pinoy yang comel dan gebu montok. Tak tinggal juga citer melayu yang menjadi kesukaan ramai petang-petang.. 'Dhia..' korang tengok tak? Korang tengok tak??? Hehe... Apa-apa pon "THANK YOU NIN SARI"

Petang-petang ni sebenarnya aku takdalah apa nak cerita sangat. Orang minang kata 'idea tandus'... Boyan kata, 'no idea'. Namun bagi memenuhi masa yang sangat lapang sama ngan ruang kaki seat aku ni makanya ku karangkan juga. Aku baru jer selesai menghabiskan makanan yang telah dihidangkan. Orang sebelah jelezz beb. Mana taknya, bila aku buka jer hidangan nasi ayam tadi, aku sendiri pon dah jadi lapar tahap somalia.. Nasi ayam + jus oren, biskut + kitkat + kopi.... Terbaeekkk..!! Ok lah, malas merapu bebanyak... Perut aku dah kenyang sesangat ni. Aku nak buat apa yang korang tak boleh buat masa ni..... 'tido duduk di atas lautan China Selatan di celah-celah awan' nanti sampai LCCT aku up terus.. byeeeeee.....!!!!

Sunday, November 20, 2011

Kesetiaanku tidak kesampaian.....

Kesetiaanku tidak akan kesampaian walaupun aku mengalirkan air mata darah sekalipun... Huwaaaa... Begitulah tajuk postingku kali ini. Tiada horny tiada keghairahan... (semua bil dah bayar lah...!)

Sewaktu aku mula menulis, aku tengah menunggu belon ku yang belum sampai akibat delay... AK 5218... Beginilah nasib orang yang bekerja di perantauan. Bak kata James Brooke, "...in the name of responsibility because of the moon, the star and the two tigers". Sambil nulis ni, ku jeling-jeling gak kiri kanan kot-kot ada awek munggil gersang yang nak ngorat aku. Kalau aku yang nak usya, sampai kiamat pon takda. Maklumlah, aku ni dilahirkan sejak azali pemalu..... Aku kawin ngan ibu anak sulung aku dulu pon sebab dia yang ngorat aku dulu.. Ngeeee... Ramai sungguh orang hari ni kat LCCT, ala-ala puduraya gituuu...
Minggu ni aku balik Malaya sebab pergi menghadiri kursus pengurusan tatatertib. Orang dolu-dolu kata menjaga sekandang lembu lebih susah dari menjaga anak dara sorang. Tapi aku tak jaga lembu, orang politik yang jaga lembu, hehehhee... aku cuma jaga anak-anak buah aku kat opis jer. Thanks to Pn Kartini sebab berusaha menjadikan juga kursus 3 hari ni walaupun tak cukup orang. Pn Kartini ni dulu classmate aku masa kat Ai Ti Em dulu. Sekarang dah jadi bos nombor 'loru' di Bahagian Latihan kat INSPEN. So ada unsur-unsur coutim la nih. Aghhh.. Aku bukan nak citer pasai dia... Aku nak citer pasal loyalty programme nih..

Tadi aku kat epot, sekarang ni aku ada di seat no. 14A belon Airbus A320-200 nih. Pilot baru jer mematikan lampu seat belt menandakan masuklah waktu nak berbelog semula... Masa aku mula pindah ke HQ tahun 2006 dulu, maka bermulalah aku diperlukan untuk terbang ke sana sini. Tapi taklah kerap sangat. Masa tu yang aku tahu naik MAS jer. Itupon tak lah selalu sangat. Aku masih ingat trip aku yang pertama dalam negeri adalah ke Kota Kinabalu. Kalau tak silap la... Kakakaa.. Atok dah tuo.. Memori dah kurang tengo.. Masa tu kekok lagi. Semua tak berapa reti. Puas kengkawan aku gelakkan aku. Setelah beberapa trip, barulah pandai sikit. Pada masa tu baru aku sedar sepatutnya aku dah mohon Enrich Card tapi Temenggong Tun Jugah kata ".... better late than never"

Setelah ku mohon maka bermulalah acara mengutip point... Tapi ya rabbi.. Punyalah susah sebab aku travel dalam negeri jer. Kalau setakat ke Johor, Langkawi, Kuantan dll, dalam setahun jangan mimpi lah nak kutip 25,000 point. Ada sorang bos aku tu siap perli lagi kat aku.. ".. Eehh..?! Masih kad biru lagi?!" huhuhu.. Sedey taw!. Tahu la dia punya Gold dan sekarang ni Platinium Uuuuu..! Aghhh... Lantak ler kome...
Bila aku ditukarkan ke Kuching maka barulah rasa nak bernyawa tapi sehingga hujung 2010 aku masih lagi belum berjaya tukar ke Silver ponnnn... So tahun 2011 ni aku cuba lagi tapi memandangkan dah hujung tahun ni, bos besar aku kata, pakai Air Asia jer.. Huhuhu.. Camana aku nak upgrade nih.. Khamis lepas aku check ada lebih kurang 12,000 point jer. Aku kutip semenjak Januari hari tu. Adohhhaii.. Nampaknya tak tukar lah lagi. Enrich ni pon pandai gak, kalau beli tiket murah, tak layak plak kutip point. Kutip telur ayam jer.. Tapi alhamdulillah, point aku yang sedia ada tu dah pon aku tukar ker kupon Golden Lounge dan baki boleh tukar ngan tiket pergi balik kuching-kl dan sekeping lagi kupon.
Memandangkan trendnya aku akan juga guna Air Asia makanya aku pon dah mohon kad BIG. Dia sama jer cam Enrich tapi yang ini under Air Asia. Jangan tanya aku apa kelebihannya sebab aku pon baru jer nak guna. Aku ni jenis merasa baru boleh cakap. Nak study-study ni sory ler...
Aku heran kenapa teksi takda program ni.. Tapi takpa Pakcik Zainal yang dah berpuluh kali hantar ke epot ni dah bagi aku sikit diskaun tiap kali aku panggil dia hantar ke epot. Ayat kena manissss... Muka musti senyum beb.! Baru dapat subsidi.
Oh.. By the way, malam semalam aku gi Giant tapi sebelum tu amoiku bila tengok aku sarung suar jer terus secara otomatik tanya kat aku... "nak gi mana..?" (macam pakguard Ai Ti Em jer persisnya) Aku hanya jawab ringkas, "...Giant". Pastu tanya lagi, ".. Nak beli apa?" aku diam ajer. Kalau aku jawab mesti lepas tu ada soalan susulan. Last sekali nanti dia mesti cakap.. "tanya pon tak boleh?!" huhuhu.. Sedey taw kalau orang cakap camtu... Untuk pengetahuan korang, aku ni bukan jenis yang suka nak merancang, buat meeting, nota rujukan, soal selidik, kajian dan sebagainya.. So.. bila aku rasa nak beli barang jer, aku akan terus gi ke kedai... Kat kedai nanti bila dah tengok barang baru pikir nak beli atau tidak.. Amoi aku tu lain la, menung sana, menung sini, tulis sana, tulis sini, check sana, check sini.. Pastu siaplah list dia. Bila dah sampai kedai, beli barang macam tak buat list. Dalam list beli, yang takda dalam list pon beli gak. Pasai tu la aku ni tak suka buat list.. Apa-apa pon semua yang aku beli semalam semuanya sangat diperlukan..


Makan malam dahpon kunikmati, mengarang pon dah panjang, amoi sebelah ni pon dah tension gaknya... Yelah, tengok aku makan memacam pastu siap bancuh kopi lagi.. Pilot pon dah umumkan sekejap lagi belon ni nak turun. So oklah yer.. Next trip 30hb ni dan kita berblog lagi nanti di ruang udara. Adios amigo.. Bobobaiiii...!
Hide n Seek


Blog Widget by LinkWithin