Thursday, December 29, 2011

Jalan-jalan makan strawberry...

Entry ni pon sama, takda cerita dan hanya gambar sahaja.... Kalau aku rajin, nanti aku story mory lah sikit...

DSC_0804

DSC_0806

DSC_0865

DSC_0864

Machiam

Nursyaza

Wednesday, December 28, 2011

An afternoon in Tanah Rata.....

Malas nak citer... tengok gambar jer yer...




IMG_3578

IMG_3579

Lunch @ Cameron Highland

IMG_3585

IMG_3584

An evening in Brinchang.....

Masih lagi cerita pasal percutian ke Brinchang dan tiada kata mampu ku katakan pagi ni. Hanya gambar yang akan berbicara......

Brinchang

Pemandangan yang sangat happening ku ambil dari bilik hotel bajet ku. Dari gambar di atas kelihatan seperti cendawan hotel-hotel bajet di Brinchang ni. Saingan sangat hebat dan begitu juga tempat meletak kenderaan. Bila dah parking, takyah keluar-keluar. Keluar gak... nanti nyesal.
Brinchang at night

Kedai dibawah ni bukan milik amoiku tetapi kebetulan namanya sama... Sama tapi tak serupa, ngam tapi tak sejoli.
Brinchang - CT

Tuesday, December 27, 2011

Hujan madu di perantauan....

Orang tua-tua buat pepatah... Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tapi aku ni.... Hujan madu di perantauan. Tika dan saat ini aku baru saja melayan nescafe dan roti canai kat kedai mamak di MJC. Ada orang kata... "jauhnya ko gi minum...?" aduhai... Mana ada jauh kalau dalam radius 10 km. lagipon apa guna ada keta.

Boring sengsorang di perantauan ni aku terpanggil tuk mengarang karangan pendek ni demi mengisi masa lapang. Nak jalan ronda-ronda, hujan plak. Kalau ada awek ker ok gak. Boleh lah aku 'surfing' huhuhu... Wo tak baik wo... Halam! Halam! Petang tadi aku minum ngan boss aku lepas kerja. Balik rumah tengok citer tension 'tentang Dhia'. Episod hari ni buat aku tension plak. Last sekali lepas mandi gi lah kuar mai sini makan apa yang patut. Masa aku sampai umah, boss aku tipon. Ingatkan dia nak ajak berlibur... Huhuhu. Rupa-rupanya dia dok tanya aku, pandai tak buka padlock. Adoi boss.... Aku ni bukan perompak, setakat buka kunci pintu tu pandai ler sesikit..

Apa aku nak citer nih...? Aku pon tk tahu sebenarnya.. Ok lah nak citer sikit pasal teman hidupku kat sini. Selama setahun setengah aku kat perantauan ni baru bulan ni aku terpikir nk buat duit dengannya. Alhamdulillah, bulan ni punya income boleh bayar 2 bulan punya instalment + isi minyak full tank. Kalau lah aku tahu bisnes ni menjadi, takyah la aku susah-susah jual kek lapis masa dulu. Memandangkan aku masih belum ditukarkan makanya aku akan masih di perantauan ni dan akan kugunakan sepenuhnya bagi menjana pendapatan... Maklumlah anak taklah ramai tapi banyak mulut nak kena suap... Lepas ni tak tahulah apa aku nak bisnes... Lagi banyak bisnes lagi bagus, makanya dapatlah kutunaikan hajat familiku... InsyaAllah..... Sewa taklah mahal, aku cuma amik 100 sehari, selebihnya bagi kat pengurus a.k.a staff aku. Nak tahu camana nak merasa keta aku? Ko cari jer iklan kat mudah.my....

Ok lah.. Ni dah rasa malas dah nak ngarang.. Malas-malas ni karang jadi citer lain plak.. Nak balik tengok tivi pastu titon... Tatatititutu......





Monday, December 26, 2011

Reflexology di Lautan China Selatan....

Bertemu kembali dan pada kali ini pada masa dan tempat duduk yang berbeza. Selalunya aku akan ambil penerbangan jam 7.20 malam untuk balik ke Kuching. Namun kerana kesilapan teknikal dan kelam kabut, penerbanganku kali ini dijangka berlepas jam 4.35. Lebih kurang 3 jam lebih awal. Takpalah.. Mungkin ada hikmat di sebaliknya. Aku hanya merancang namun perubahan adalah kekuasaanNya. Pada kali ini, aku mengarang dari seat no. 1D. Ohh ma god... Ini adalah seat yang paling strategik kalau korang kaki skodeng... Huhuhu... Tapi hari ni 2 FA yang duduk depan ni 'jantan' sorang lembut dan sorang lagi cam anak ikan... Hehehe

Aku sebenarnya tak tahu juga yang seat aku ni 1D sebab dalam tiket asal ditulis 1A. Semua ni berubah disebabkan tiket baru yang telah dikeluarkan sebelum ni. Apa-apa jer lah janji aku dapat seat yang selesa tuk balik Kuching.

Setakat Disember 26hb nih aku hanya bersama anak2 buahku di Kuching selama 3 hari jer. Sebenarnya tujuan aku balik pada 14hb lepas adalah kerana 2 sebab iaitu SBPA dan gubal soalan peperiksaan jabatan dan kedua-dua sebab tu membolehkan aku berCHOGM bersama familiku. Sementara aku menunggu teksi nak ke epot tadi, aku telah mendapatkan reflexologi tapi bukan kat kaki mahupun di kaki tengah... Rawatan urut kepala aku yang sentiasa asik nak pening nih... Itupon selepas ku katakan "...urutlah sikit.. Mungkin ini urutan terakhir. Nanti tak sempat urut, nyesal, nangis2 kat kubur..." huhuhu... Walaupun sekejap namun ianya telah mengiyakan pepatah orang tua2. "... Kawinlah.. Sok sakit2... Pening2 ada orang nak picit" begitulah ayat mamaku semasa aku bujang2 dulu.

Minggu lepas adalah minggu tsunami bagi Jabatanku. Maklumlah ramai kawan2 sejabatanku telah mendapat surat transfer. Ada yang naik pangkat dan ada juga yang kena transfer tanpa naik pangkat. Bos aku juga adalah salah seorang yang telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Pulau Pinang. Aku jer yang tak ditukarkan lagi. Rasa bersyukur juga sebab kalau aku pindah balik semenanjung tanpa naik pangkat maka akan hilanglah aku beberapa elaun dan tak dapatlah aku nak berbakti pada keluargaku. Dalam kegempakan arahan perpindahan, tak kurang juga ada yang benggang sebab dia tak naik pangkat dan 2-3 orang potong dia. Aduhhh dengar citernya siap ngamuk2... Alaa rilek la, rezeki Allah yang bagi.. Kalau dia nak bagi, Dia bagi tapi kalau dia tak nak, dah bagi pon dia boleh tarik balik. Aku..?? Aku rilek jer, asalkan aku berbahagia dengan kehidupanku dan familiku maka tak kisah la..... Naik pangkat tapi pening kapla pon tarak guna bai.... Baiklah aku camni, dapat gak aku balik jumpa anak bini sambil berseronok-ronok nek kapal terbang ni.

Ermmm... Hidangan hari ni pon Nasi Lemak dan rasanya hari juga tak ramai yang naik guna waran kerajaan sebab aku tengok, FA ni hanya serve aku sorang jer makanan... Hari ni juga aku rasa tak berapa sihat plak nak tulis panjang-panjang. Dadapon rasa ketat macam penuh ngan angin...Tulispon karangan tak menarik tak guna gak kan. Apa-apalah... Aku rasa stop dulu dan insyaAllah kita bertemu lagi Jumaat depan..... Lagi..?? Hehhehe tunggu yer. Oklah aku nak men game kat phone aku ni. Sampai KIA nanti aku up....

Gambar kat bawah ni adalah jamuan makan beramai-ramai di Restoren SABA, Cyberjaya yang telah disponsor oleh Tn Razak, PD Seberang Prai yang akan bertukar sebagai PD Melaka.... Walaupun dia bertukar tanpa naik pangkat tapi dia dapat balik lebih hampir ke kampung halamannya.... Bababaiiiiii...!!!!!

Wednesday, December 14, 2011

Kopi Dangdut China Selatan...

Alhamdulillah.. Erkkk..!! Baru saja habis menikmati Kopi China Selatan selepas makan malam yang dihidangkan di seat 12A penerbangan AK5211 ke KL. kopi ni Tak lah sedap sangat sesedap kopi amoiku... Tapi macam aku cakap sebelum ni la... Menikmati hatta air panas mati kat udara ni adalah lain dari lain... Bukan boleh buat selalu.

Aku sepatutnya balik jumaat ni 16hb tapi semasa persidangan minggu lepas telah diumumkan bahawa satu taklimat akan diadakan minggu ni berkenaan skim baru perkhidmatan awam. Awal minggu ni terus dapat email suh balik. Nampaknya setakat sekarang ni aku hanya berada lebih kurang 3 hari jer kat Kuching.. Apa nak buat... Syukur alhamdulillah rezeki Allah untuk anak-anak aku. Dapat mereka membesar bersama aku.

Teringat dulu masa mula-mula aku ni nak kena transfer.. Aku siap bergaduh tu dengan bapak mertua bini aku. Dia tak setuju sebab aku kena transfer. Dia kata apa cerita anak-anak aku nak membesar tanpa aku disisi. Siap pergi ngadap Ka'abah ko... Jangan tak caya. Aku cakap kat dia, jangan doa aku tak kena pindah tapi doa kalau pindah lebih baik maka pindahkan. Aku jugak berjanji dengan dia yang aku akan cuba balik sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Alhamdulillah.. Dah setahun setengah dah aku duk kat Kuching dan aku masih belum mungkir janji. Bulan Ogos yang lepas, tiap minggu aku balik berbuka posa ngan familiku. Bulan September pulak aku hanya ada di Kuching cuma 9 hari jer dn kalau ikut perkiraan aku, aku hanya akan berada di Kuching bulan Disember ni hanya 7 hari sahaja.

Namun, orang lama-lama ni susah nak agak. Setakat ni dah 2 kali dia tanya aku dan heran sebab aku selalu balik. Adoh.. Kalau nak heran pon biarlah benda lain. Tapi sesekali tu dia cakap gak kat aku suh transfer balik... Adoh.. Aku ni bukannya pangkat besor.. Post yang ada kat lembah klang ni besar-besar belaka. Aku ni pangkat kecik jer.. Tapi aku bagi tahu dia, kalau aku transfer balik kat lembah klang ni pon, dengan kerja banyak, start meeting kul 5, hari sabtu dan ahad pon kena buat kerja.... Baik lah aku duduk jer kat Kuching cam sekarang ni. Betul tak? Cakap lah wei...!

Apa-apa pon, sekarang ni pilot tengah menjunamkan kapal ni sampai nek pecah gegendang tinga aku ni dek pressure. Tak sabar rasanya aku nak menikmati kopi-O amoiku. Walaupun tak sama cam kopi starbuck tapi kopi dialah tetap nombor 1.

Sekarang ni dah jam 8.30 malam, mamat attendance ni dah umumkan nak landing... So, chiow dulu dan sampai LCCT aku up yer... Errr.. Gambar awek tu takda kena mengena dengan cerita aku yer....

Bobaiiiiiiii.....

Blog Widget by LinkWithin