Tuesday, August 14, 2012

Ada ubi ada batas...

Salam Ramadhan..

Pada ketika ini aku berada di dalam penerbangan AK 5239 ke KayEl pulang nak beraya. Alhamdulillah, dapat juga aku beli tiket ni dengan harga yang munasabah. Mana taknya, masa aku nak beli tiket ni dulu aku teragak-agak sama ada aku akan masih berada di Kuching atau tidak pada ketika ini. Maklumlah angin sepoi mengatakan yang aku ni akan bertukar... Kalau tiket dah beli dan aku bertukar, rugi tiket yang kubeli tu...

Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar dan Ramadhan ku kali ini tidak seperti tahun lepas. Tahun lepas setiap minggu aku balik sebab ada tiket murah. Namun disebabkan tahun ni Air Asia takda menawarkan tambang murah maka tak lah dapat aku balik setiap minggu. Ni kira dah 3 minggu la kiranya aku tak balik. Kesian familiku berpuasa tanpa ayah dan suami di sisi macam orang lain. Aku... Hari-hari berbuka depan tibi... Hari pertama aku berbuka hari tu, berlenang juga ayor mate ku. Mana taknya, aku memikirkan dikala umurku yang dah asar ni aku dijauhkan dari famili.

Takpalah, ini pengorbananku. Kalau aku tak berkorban maka orang lain kena gantikan tempat aku. Dalam diam dah lebih 2 tahun aku kerja di perantauan ni. Aku tak kisah sebab bos2 sebelum ni paham dan sekurang-kurangnya dia bagi aku balik 2 kali sebulan melalui kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya.

Namun.... Sejak kebelakangan ni aku tengok bos aku ni ada lain macam sikit. Keputusan yang dia buat membuatkan aku musykil tapi aku peduli apa. Dia boss.. Lantak dialah nak buat apa pun. Namun 2 hari lepas satu keputusan yang agak lain dari lain dan dia mula nak tunjuk hero ngan aku. Yelah.. Diakan boss, memanglah hero tapi agak-agaklah sikit. Timbang rasa lah kat orang lain. Sebab dia boss, maka hampir boleh aku kata tiap minggu dia balik. So aku ni bukannya boss. Kecik sikit jer dari dia makanya takdalah peluang nak balik selalu. Terpaksalah aku nak arrange kursus dan sebagainya. Semua kerja aku pastikan beres. Aku support dia untuk dapatkan data prestasi yang baik.....

Tapi.....!!!!! Keputusan yang dia buat terkini, dia tak bagi aku mintak kursus lagi sebab katanya kursus aku dah cukup. Memanglah kursus aku cukup tapi itulah peluang aku nak balik... Aku tak paham apa tujuan dia. Bajet dah buat, peruntukan untuk aku balik telah dipohon pada tahun yang lalu dan diluluskan. Sekarang ni dia nak sekat pulak. Apa dia nak buat? Nak tunjuk kat HQ yang dia boleh berjimat? Tolonglah... Nak tunjuk hero pun pertimbangkanlah orang lain juga.

Lepas dia sekat kursus aku, ada lagi kejutan. Pada 4 & 5 hb bulan depan ada seminar yang perlu aku hadiri dan
pada minggu seterusnya aku memang nak bercuti sebab anak aku ambil periksa. Untuk program pertama tu aku cadang nak cuti 3hb dan balik petang 30hb. Maka dapatlah aku bersama famili lama sikit sebab cuti panjang. Tapi agak terkejut bila dia suruh aku balik KL pada petang 3 hb tu sebab katanya minggu depan tu aku nak cuti panjang. Adoiii tolonggg lah buat satu keputusan yang munasabah. Takkan 3 hari aku nak duduk melopong jer dekat kuching. Aku bukan sambung terus cuti sampai 2 minggu. Kalau jumaat sabtu ahad tu kerja takpalah aku balik petang 3hb. Dengki ke apa dia ni? Aku bagi tahu dia petang 5hb tu aku balik kuching dan kerja 6 & 7 hb. Bukannya aku sambung cuti terus.

Aku pun tak tahulah apa keputusannya. Aku selama ni menyokong dan buat segala arahannya tanpa banyak soal. Tapi bila tindakan yang pelik macama ni makanya agak tawar hati lah aku nak support. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau dia rasa aku tak bagus dan melawan, dia buatlah apa yang dia nak buat. Maklumlah BOSSSS.... Aku ni pon pelik juga kadang2 tu. tahap naik bas aku boleh jadi diluar jangkaan. Tunggu dan lihat sahaja lah.

Rasanya sikit tu jer lah aku citer.. Banyak2 karang tambah dosa aku jer. Aku ni pahala dah lah tak banyak dosa plak bertimbun2... Ok chiow

Tuesday, July 24, 2012

Las Vacas.....

Assalam, bertemu kembali dan kali ini di dalam penerbangan ke Kucen dari Kayel bersama Air Asia, AK 5204. Ini adalah penerbanganku yang pertama pada tahun ini di dalam bulan Ramadhan dan ianya juga penerbangan yang ke 29 pada tahun ini.

Penerbanganku kali ni rasanya ramai plak omputih turut serta. Omputih ni termasuklah yang ada kat sebelah aku sekarang ni. Rupa memang comel, kulitpon ok tapi bau dia... Uhh macam bau payung lama aku yang ku simpan dalam stor.. Sabun dicipta untuk membersihkan yang kotor.. Minyak wangi pula dicipta untuk apa? Pasal tu lah omputih ni suka ngan minyak wangi.

Oklah... Takmo citer pasal omputih ni, baik kita citer pasal makanan lagi best. Jumaat lepas me and my amoi telah gi lunch di Las Vacas, Kelana Jaya. Tempat dia adalah di belakang stadium FAM, kedai lot hujung. Alamatnya kalau korang nak pergi adalah di No.23 Jalan SS5A/11, Kelana Jaya. (pada ketika ini, kapal yang aku naik ni baru sahaja melepasi Bandar Kuantan dan memasuki Laut China Selatan.). Kami memilih untuk duduk di dalam dan tak lama selepas tu menu diberikan. Aku tanya amoi nak makan apa... Errr dia kata entah lah. Hehehe.. Aku pon camtu gak dulu. Bila tengok menu, tak tahu nak order apa sebab semuanya macam sedap walaupun takda gambar. So untuk memudahkan keadaan makanya akulah yang order. Aku order "Beef Wrap", "Meat Pie" dan "Lamb Shoulder Chop". Walaupun 3 jer menu tu tapi dah mencukupi. Amoiku kata fia nak rasa jer.. Ermmm lamb chop tu pon adalah sepotong dua jer dia makan. Itupon part yang garing.

Apa-apapon alhamdulillah kerana dapat juga aku bawak amoi gi makan kat situ. Harga boleh tahan dan munasabah. Semua sekali termasuk air berjumlah RM81.45. Memang Best...!!! Oklah, aku dah malas ni dan nak tidor. Tengok gambar jer lah yer. Kbaiiii....





Wednesday, July 18, 2012

Antara Dua Darjat, Class L dan Class J...

Assalamualaikum, berjumpa lagi di penerbangan ke 28 pada tahun ini di dalam Airbus A330-200 MH2529 penerbangan menuju Kayel bertemu famili kesayanganku. Beza penerbangan kali ni dan sebelumnya adalah penerbanganku kali ni sepenuhnya ditanggung oleh kad kreditku. Huhuhuhu....

Sebenarnya aku tak rancang nak balikpun tetapi mengenangkan anak bongsuku yang dah jadi tak menentu rindu kat aku, maka ku putuskan untuk pulang. Bila tengok tiket harga mahal... Air Asia pon mahal gak, MAS apa lagi. Oleh kerana ini kuanggap sebagai emergency maka terpaksalah aku gunakan talian hayat... Enrich. Point aku taklah banyak mana pon tapi boleh lah guna untuk kecemasan macam ni. Kali ni mungkin rezeki aku kot sebab dia charge 8,000 point jer. Tahun lepas aku kena 11,000 point. Oleh kerana tiket dah cover by Enrich makanya aku hanya perlu bayar tax sahaja lah... RM78 je. Untuk tiket balik aku beli Air Asia sebab ada murah sikit. Total Air Asia RM144 Kayel ke Kuching.

So apa bendanya class yang aku cakap kat atas tu? Untuk pengetahuan korang, kalau beli tiket guna Enrich ni maka tiket kita akan berada di dalam Class L. Class Y adalah fullfare. Dulu bila naik MAS guna waran mesti dapat tiket Class Y tapi tahun ni bos aku suh guna Class K plak. Class K ni murah sikitttt jer dari Class Y tapi masalahnya tiket tak boleh tukar kalau last minit. Kalau tak silap aku dalam tempoh 48 jam. So, Class J ni apa pulak? Hahaaa ni lah Class yang aku tunggu tapi masih belum dapat-dapat. Class J ni adalah bagi penerbangan menggunakan Bisnes Class...

Cakap pasal bisnes clas ni, aku nak ucapkan time kasih pada staff aku yang baru balik kursus kat New Zealand. Dapatlah aku barang All Blacks ni. Dahlah dapat kursus kat sana, semua ditanggung. Tiket penerbangan pon guna Class J.. Fuh rezeki ko la Farizan... Anyway thanks...

Oklah, kali short aje sebab aku dah malas sejak sebelum aku mula nulis ni lagi. Idea takda tapi sekadar nak rekodkan penerbangan ni maka ku gagahkan jua.... Adios...

Tuesday, July 3, 2012

Menikmati Keintiman di LCS...

Owang kampung bini aku kata selamat malam tapi owang kampung aku plak kata good evening.... Penerbangan ke Kucen pada malam ni yang ke-27 bersama MH2534. Hari ni aku rasa sangat sedey terasa macam memula dulu aku fly back walaupun hari ni genap aku bekerja di Kucen 2 tahun 3 hari dah...

Pada ketika ini aku berada di Gate A9 menunggu masa tuk masuk ke pesawat Boeing 737-800. Tajuk di atas takda langsung kena mengena atau bersaudara bacang ngan ceriteraku kali ini. Sebagaimana biasa, ceritera ni sekadar rekod penerbanganku sahaja dan apa yang aku nak cerita adalah ikut pada mood aku. Kepulanganku ke Kayel kali ni sebenarnya ada 2 sebab dan sebab pertama adalah kerana CPD pada hari Isnin dan sebab kedua adalah kerana pada minggu ni juga Jabatan aku mengadakan Sukan JPPH.



Aku sepatutnya hadir selaku salah satu ketua kantor bagi zon timur. Namun atas sebab teknikal kononnya, aku telah tidak hadir. Makanya pada Isnin lepas, pengerusi zon timur yang bergelar "latok" telah memandang dengan penuh benci kepadaku.... Aghhh so what..?? Sebenarnya aku rasa tak sanggup nak meninggalkan familiku terutama anak-anakku yang merindui kasih sayang.... Sepanjang masa tanya aku nak gi mana... Hatta aku di dalam toiletpon diaorang terjerit-jerit mencari aku. Sooo... Lu pikir lah sendiri. Pada yang kata aku tak bertanggungjawab sebab tak hadir, lantak koranglah nak kata apa.. Aku dah berkorban dengan sanggup kerja jauh dari famili... So kali ni aku pilih famili...



Jumaat malam sabtu yang lepas aku menemankan kejap amoiku menyudahkan kek tempahan 2 kilos oleh adik ku. TQ Ipah sebab selalu tempah kek kat kak Ct. Nama pon perniagaan anak beranak kan... Aku tanya amoiku dah berapa banyak tempahan setakat hari ni... Dia kata adalah beberapa tak ingat. Ada dalam buku catitan perniagaannya. Pas tu aku tanya kat dia, sapa orang pertama yang tempah? Hahahahaha... Yang itu aku ngan amoiku gerenti ingat sampai kiamat. Sapa lagi kalau bukan Enchek Mior.. Hehehehe.



Pada Ahad malam Isnin plak, aku akhirnya berpeluang gak gi makan hidangan western yang sangat best kat Kelana Jaya. Ni kengkawan aku la, Enchek Mior dan Enchek Madet yang bawak aku. Kitaorang pergi agak lewat tapi masih belum terlambat. Kedai tu tutup awal sangat bai... Kul 10 dah kemas meja. Sebelum ni kita orang gi ke 'Ayers Rock' kat Bukit Jelutong tapi kali ni tempat makan tu dikenali sebagai 'Las Vacas'. Kali ni aku cuma order yang simple saja sebab petang tu amoiku dah masak gulai ketam dan ada sedikit pembakaran lamb shoulder... Namun walaupun kenyang, makan tetap makan bai....



Aku sebenarnya tak berapa reti sangat nak order walaupun tahu apa bendanya. So aku hanya ikut sajalah apa yang diaorang makan makanya aku makan. Malam tu kitaorang order Meat Pie, Meat Wrap, Lamb Shoulder Chop, Meat Ball dan 2 Apple Juice. Mior dia tak order air pasal dia dah beli siap2 kat kedai sebelah.. Muahahahaha.. Air kat situ mahal katanya... Haha, memang pon. Tapi makanan tetap best siut. Malam tu juga rasanya pers taim aku rasa daging yang dimarinate secara kering. Fuh.. Boleh ulang balik bai, tapi dengan syarat bawak jer duit tebal sikit.. Tapi next trip jalan-jalan cari makan katanya ke tempat roti ala-ala peghancis.. So diaorang soh aku bagi tau bila balik dan diaorang akan standby. Fuh..! Memang best terbaeek lah my prens... Apa-apa pon TQ kat Madet and Mior coz sudi ajak aku gi tempat tu... Really appreciated it.



Penerbangan malam ni aku telah dihidangkan dengan roti prata dan kari ayam.. Huhuhu.. Tak sedap tapi kapal 738 ni memang best. Amoi yang duduk kat sebelah aku ni pon boleh tahan shunnya... Tapi sebab aku ni jenis pemalu, nak say hi pon segan. Apa yang mampu aku buat hanya bergesel siku jer lah.... Alamak, kapal ni terpaksa merentasi kawasan yang ada terbulen la plak. Harap2 keadaan tak teruk tapi aku tengok gegel yang serve makanan ni kelam kabut jer kutip hidangan yang dah habis...



Ok lah keadaan kapal ni yang dah macam kapal laut membuatkan aku rasa dizzy sket. Amoi sebelah aku ni nampaknya macam pening, so aku chiow dulu ah. Nak standby, manalah tahu tetiba dia mintak tolong aku suh picit pala dia ker... Byeeee!!!

Friday, June 29, 2012

Beg Kulit Buaya Samarahan...

Pada dan ketika saat ini orang di Semenanjung masih menunaikan solat Jumaat dan orang di Borneo telah lama selesai, aku masih lagi berada di atas awan di antara mereka. Penerbangan ke-26 tahun ini adalah bagi perjalanan Kuching-Kay El atas urusan rasmi kajaan dan masih lagi setia bersama MAS...

Sebenarnya kali ni aku agak malas nak menulis dan bercerita. Takda apa yang aku nak ceritakan. Maklumlah orang bujang senang ni, kadang2 bukan semua boleh cerita.. Hahaha.. Namun disebabkan aku dah janji dulu bahawa aku kena menulis tiap kali aku terbang maka ku gagahkan jua. Cerita kali ni mungkin pendek jer. Tunggulah nanti bila aku nek flite ke London nanti.. Ako post 3-4 cerita sekaligus.

Sekembalinya aku dari Semenanjung pada awal bulan ni, aku terus dikehendaki berkursus selama 4 hari di Pullman Hotel, Kuching. Memang best gila, maklumlah hotel baeekk punya. Dalam keadaan biasa aku sebenarnya tak layak tuk menginap di hotel tersebut sebab ianya di dalam kawasan lingkungan pejabat. Tapi sebab kursus ni INSPEN yang bayar makanya dapatlah aku berseronok2.... Walaupun kursus tu dari pagi hingga ke malam tetapi tak mengantuk dan meletihkan sebab kursus ni lebih kepada latihan. Latihan bagi penyediaan Laporan Pasaran Harta yang mana aku ni bertindak sebagai "Editor Penulisan Teks Negeri". Alhamdulillah, banyak yang dapat aku belajar dan tadi sbelum ke epot, sempatlah aku menyiapkan tugasku itu. Kalau tak siap memang akan rasa kelam kabut punya. Maklumlah, kena hantar sebelum 1 Julai ni.

Siap jer kerja aku tadi maka terus aku minta driver di opis tuk hantar ke epot. Sebelum check in, aku sempat ke kedai beg untuk membeli beg.. (takkan nak beli baju plak..!) Sebelum ni aku dah tanya ngan amoiku tapi dia taknak. Katanya beg tu tak tahan. Takpa esok2 aku cari beg yang dibuat dari kayu ker, besi ker atau kalau nak kulit, aku suh anak buah aku yang suka sangat mancing udang tu gi tangkap sekor buaya. Nanti boleh lapah ramai-ramai buat beg.. Tadi sebelum check in aku gi lah beli. Terpulanglah dia nak pakai ke tidak. Esok kalau koyak takpalah.. Nanti beli yang lain.

Seperti yang aku janjikan, cerita ceritera ku kali ni adalah pendek sahaja. Kapal ni dah mula menurun dan dalam kurang setengah jam lagi aka landing. Ok, sehingga bertemu lagi, sayonara......

Thursday, June 21, 2012

The Blue Boot....


The Zoo Keeper
 (The Rhino and The Zoo Keeper)
Kuching




Blog Widget by LinkWithin