Tuesday, March 31, 2009

My First 'Superimpose' output..

Gambar kat atas tu biasa jer... takda nama dan takda identiti yang diubah. Tidak melibatkan ahli politik mahupun artis negara. Hanyalah sekadar gambar 2 biji belon yang aku tangkap masa kat Putrajaya hari tu...
Oleh kerana hari ni aku mempunyai masa terluang yang sangat panjang, makanya aku telah cuba mempelajari macamana nak buat superimpose tahap tadika menggunakan Adobe Photoshop... Salah satu dari belon kat atas tu adalah palsu dan aku telah berjaya menyatukan mereka.... asam di darat ikan di laut, di dalam photoshop bertemu juga. phuhh... berbaloi aku mengadap dan menggodam photoshop kat PC aku petang ni..

ermm... agak2nya kalau boss aku terbuka blog aku nih, apa dia nak kata? Oleh kerana dia agak sporting, mungkin dia akan kata.. "Khalid!! Hang nampak relax nooa... ada banyak masa nampak...." hehehe.. relax la boss.

Monday, March 30, 2009

Betul ker ada 'benda' di KM 148 Lebuhraya Utara Selatan..?

Email pasal KM 148 ni lama dah aku terima tapi cam biasalah, baca saja sebab tak pasti betoi ke tidak. Tapi masa Sabtu malam Ahad lepas sempenan Earth Hour, kitaorang sesama jiran berceritalah pasal topik KM 148 ni. Ada di antara jiran aku berpengalaman kat tempat tu. Dia orang kata, tempat tu perkampungan Bunian yang tak dapat dielakkan. Sebab tu tempat keras (yelah....keras tu. Tak caya cuba ko bawak motor, pastu kat situ ko buat2 jatuh. Kalau kepala korang tak pecah maknanya korang ni keras kepala)...
Kat bawah ni aku sertakan gambar kejadian bersekali ngan email dia...

"Sedutan dari email"

Salam semua...

Bukan meminta simpati, sekadar peringatan untuk semua pengguna lebuh raya utara selatan...

Jam 1.50 Petang....

Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan dari KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM 148 kereta yang saya pandu tiba2 hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing didalam longkang besar di tepi h/way tersebut. Mungkin akan ada suara² nakal menyatakan saya memandu laju, mmg patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100km/j sahaja...

Semasa itu yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu h/way tersebut...
Alhamdulillah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain2 dibelakang...... dengan izin Allah side curtain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (VOLVO FOR LIFE) hehehehe

Terima Kasih tidak terhingga pada Dino & Yambest yang sanggup datang dari JB....
Yambest - Terima Kasih tolong bawakkan barang2 aku n hantar adik2 ipar aku ke airport - sempat lagi diorang naik flight ke Sarawak
Dino - Terima Kasih amik aku kat tepi jalan h/way (bahaya tu melintas h/way) - masuk tangkak buat report polis, hantar aku ke bengkel pastu hantar balik ke JB...... takziah juga (mak dino sendiri accident n sekarang ni ada hosp. - patah tulang bahu n rusuk)

Jam 2.30 petang

Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna silver dari lane kiri didepan mata saya juga berpusing nampak macam gerak perlahan je semasa berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah pada 60-70km/j sahaja... Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000- RM3000 sahaja, roda kiri hadapan serta fender kiri sahaja.......... Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini?

Jam 3.20 petang

Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...

Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yg kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang kearah kami yg sedang berbual di seberang longkang. Dalam keadaan kucar kacir tersebut kami cuba lari dari arah kereta yg datang dan spontan terus melompat menyeberang longkang h/way tersebut. Keadaan kereta Honda tersbut agak teruk dan nampaknya body Honda ni ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun diberhentikan oleh pokok2 kecil seolah2 belukar diseberang longkang tersebut. Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa melompat......

Jam 3.30 petang

Ketika kami membincangkan perkara2 yang perlu dilakukan selepas kejadian, tiba2 sebuah kereta Mercedes Benz S350 juga berpusing dan menghala juga ke arah kami nasib kami baik kerana kereta tersebut telah dihentikan oleh kereta Peugeot , jika tidak memang kami yg sedang berbual kena sapu dengan Merc tersebut............ Peugeot - telah remuk belakang, tepi dan hadapan (total loss).. Malang nasib pak cik tu... asal rugi 2k-3k terus total loss....

Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian... Jawapan bomba - Jalan raya tidak mempunyai minyak........................... bomba terus pergi selepas tgk lokasi......................?????

Persoalannya disini adakah betul diperkatakan bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan? atau, kecuaian dari PLUS yg tidak menyelenggara jalan dengan baik? atau, benarkah dakwaan penduduk tangkak bahawa KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? misteri? penunggu?

entahlah.... mcm mana pun nasihat saya berhati2 lah dengan jalan tersebut............................... (sekian laporan saya) ;-)





Mari kita bergelap....
















EARTH HOUR - program ni diadakan pada setiap Sabtu terakhir bulan Mac pada setiap tahun bermula pada tahun 2007 (ye kot..). Ianya dianjurkan oleh WWF.

Di Malaysia ni, baru tahun ni jer yang aku baru terperasan dengan kempen nih. so bila dah terperasan, nak ikut atau tak?


Well, pada Sabtu lepas dalam pukul 8 lebih, wife aku tanya, nak tutup lampu ker tak?...aku diam jer. Dia pon terus lah buat aktiviti memasaknya.


Tapi dalam pukul 8.30 ke atas, aku mula terima sms dari 2 orang jiran aku yang prihatin ngan kempen ni. Sapa lagi brader Razak ngan Azean la. Depa tanya kenapa tak tutup lampu.... hehehe... aku habaq kat diaorang "tak bleh tutup lampu sebab nanti tak jumpa lobang". Brader2 ni siap amik gambar mah aku sebab tak tutup lampu... hehehe. Jiran2 aku yang lain pon ok gak... semua tutup lampu. Tapi spoil sebab Lampu Jalan MBSA terang sangat...

Bagi menghormati mereka dan seluruh dunia... aku pon bergelap juga. Anak2 depa ngan anak2 aku yang tutupkan semua lampu tu. Dah macam pesta plak bebudak tu semua. Kita orang macam biasalah, dok lepak kat meja batu depan rumah. Lepak kat situ dari kul 8.30 malam sampai kul 1 pagi.... Apa lagi berborak cam biasa la!


Saturday, March 28, 2009

Hot Air Balloon.....

Seminggu lebih kesibukan yang teramat sangat melanda.... Bagaikan petir dan halilintar sabung menyabung tanpa gentar bertarung. Mengalahkan calon-calon pilihanraya kecil di Bukit Gantang mahupun di Batang Ai. Calon pemilihan parti kerispun tewas dengan kesibukan yang tidak reda tanpa henti....

Seminggu dah berlalu maka arakian hari ni baru dapat mengeposkan gambar-gambar yang ku rakamkan bersama keluarga ku. 21 Mac 2009.... "wawan pernah tgk belon udara tak? ..."pernah tapi kat tv" ......."nak tengok yang betul punya tak?" ......"yeeeaaa!!!!"

More than words....

Panas terik cuaca di Putrajaya, panas lagi api yang menyambar....

Melihatkan rupa belon tu... terkenang daku pelaku-pelaku politik negaraku yang semakin hari semakin tebal solekannya..

Biarlah apapun yang berlaku, namun jangan sampai tertusuk duri...

Warna-warni di dalam kehidupan ini semakin lama semakin meresahkan...


Ke kiri takda apa-apa... ke kanan tak dapat apa-apa... ke depan kita mara.. ke belakang jangan dilupa....
Apa-apalah labu..... blog aku punya. Bak kata Azwan Hj Ali.... "ada aku kesah???"

Thursday, March 19, 2009

Kredibiliti, Levi dan Levi's



Pagi tadi seperti biasa perjalanan aku ke opis dihiburkan dengan siaran Radio Bernama.. Radio 24. Topik hari ni pasal isu Levi pekerja asing yang dinaikkan oleh kerajaan dari RM1,800 ke RM3,600 seorang.
Pengusaha2 kedai mamak dan india diberitakan menggugut kerajaan untuk menaikkan harga teh tarik dan roti canai. Presiden persatuan menyatakan bahawa kerajaan tidak patut berbuat demikian kerana dikatakan takda pekerja tempatan yang nak bekerja di restoran dengan gaji yang "berpatutan". Dia kata, pada masa kegawatan ini, kerajaan sepatutnya tidak menaikkan levi sebab akan memberi kesusahan kepada mangsa kegawatan untuk membuka perniagaan. Tambahan pula dikatakan ia akan memberi beban kepada pengusaha. Cadangan kerajaan untuk menggalakkan pekerja tempatan bekerja di restoran masih belum berlaku......
Dey Tambi..! Untung dah berjuta2 naik levi sikit pon dah nak bising dan nak ugut sana... ugut sini? Habis tu kalau kedai mamak ni naikkan harga, pengguna nak jadi apa? Sebenarnya mamak ni bukan tension sebab perniagaannya tergugat tapi terlalu EGO... taknak kurang 1 sen pon keuntungan.. Kalau biasa untung RM10K sehari, dia tak nak kurangkan keuntungan tu. Sepatutnya di dalam zaman kegawatan ni, diaorang berkongsilah... Apa salahnya kalau untung tu kurang sikit menjadi RM9K sehari? Kita sebagai pembeli pulak yang disuruh menanggung kekurangan untungnya tu... Boikot karang baru tau..
Lepas tu dia kata kalau Levi naik maka mangsa kegawatan tak dapat nak berniaga. Woih..! mana ada mangsa kegawatan yang bila gawat terus nak buka restoran dan ambil sedozen pekerja asing?.. Pakai otak la... Takkanlah nak berniaga nasi lemak pon nak pakai pekerja asing. Sebenarnya geng-geng mamak ni yang cukup suka guna pekerja dari India. Dia tahu sebab bila guna pekerja India dia boleh belasah cukup2...
Kita sebenarnya kena tengok, sebab apa kerajaan naikkan Levi tu. Ianya sebab nak mengurangkan pekerja asing di sektor perkhidmatan la... Sampai nak serve makanan kat hotel pon nak pakai mat Bangla. Org Malaysia semua dah jadi BOSS ker? Dengan cara naikkan Levi maka diharapkan pengusaha ini beralih kepada pekerja tempatan. Ada lagi nak tulis pasal mamak geng ni tapi malaslah...Lu pikir sendiri.
Ok, sekarang ni bila Levi dah naik, apa kata Latok Sharir bila dapat ugutan ni? Aku cuma takut diaorang ni last sekali batalkan kenaikan Levi tu. Adoi.. tolonglah... tolonglah jadi kerajaan yang berkredibiliti. Sebelum ni bila ada tekanan jer dari pihak "tertentu", terus jer tarik balik sebarang polisi..... Aku takut lepas ni kerajaan umumkan untuk tarik balik pulak. Sesekali tu tunjukkanlah ketegasan dan bukan hanya tunjuk kat bangsa melayu dan pada sesetengah pihak jer. Tunjukkan bahawa pendirian kerajaan adalah tegas setelah kajian dilakukan.
Levi's pulak? amendanya... hehehe tak ada apa, cuma terpikir bila lah plak aku nak beli suar jin yang baru sebab yang sedia ada tu dah koyak sikit kat bawah...

Tuesday, March 17, 2009

Hobi yang tak pernah padam...

Bidang fotografi ni memang satu bidang yang memerlukan kemahiran didalam seni dan kalau mereka yang nak mengambil kursus ni di ITM (masa dolu-dolu la), calon mesti lulus credit dalam mata pelajaran Lukisan. Itulah faktor penghalang yang menyebabkan aku tak dapat amik bidang tu kat ITM masa dolu-dolu sebab aku tak amik lukisan. Maklumlah budak kelas sains...

Minat aku kat fotografi ni bermula masa aku kat darjah 6 lagi... 1982 tu. Bermula bilamana mak aku menghadiahkan aku sebuah kamera kompak buatan US untuk hadiah aku yang ke-12 tahun. Nanti bila ada masa aku upload gambar dia. Kalau tak silap aku format filem dia 28mm. Kecik jer filem dia. So bermula dari situlah aku ni menjadi minat mengambil gambar. Lagipon "0" cost sebab kalau nak beli filem atau nak cuci, aku cuma perlu tadah tangan jer kat mak aku. Hehehe... kedai gambar yang selalu aku pergi adalah kedai gambar kat seksyen 3 tu... Foto Brilliant la. Cina tua yang dulunya hensem tu pon sekarang ni aku tgk dah kecut dah.






Masa birthday aku yang ker 15 tahun, bapak aku plak hadiahkan aku kamera (walaupun result aku takder pon aku nampak A macam bebudak sekarang nih). Tapi kali ni lebih elok lagi... Dia bagi aku kamera Jepon yang bernama NIKON. Alaaa, beli kat komplek pertama la.. dekat Selangor Photographer. Maka disebabkan hadiah tu makanya aku bertambah minat dan masuk tahap gaban dah bila tgk kamera SLR nih. Bila aku rasa boring jer, makanya aku akan buka katalog lens yang sekarang ni dah hancur lunyai. Puas aku menyimpannya kat dalam laci mah mak aku... rupa2nya anak aku dah jumpa dan dah jadikannya kertas conteng dia...huwaaa....!!!

NIKON FG ni keluaran tahun 1983/84 kalau tak silap aku. Kamera ni boleh dikategorikan sebagai kamera "high-end amateur". Nikon FG ni tak macam kamera sekarang, semuanya auto dan digital. Masa tu digital memang takder pon. Semuanya manual. Apperture, shutter, focus, ISO dan lain-lain lagi semua secara manual. Memang ada kategori "Program" dan Auto tapi semi auto. Masih kena tukar cara manual. Lens standard dia 55mm... takder zoom pon. Kalau nak beli zoom lens, masa tu brand Nikon ni memang mahal gila... Masa tu aku bukannya ada duit.. nak mintak kat bapak tapi takut sikit kat dia, nak beli sendiri, ermmmm nak beli filem pon tadah tangan jer. So aku hanya mampu gi tengok jer kat kedai. Setakat beli lens hood ngan eyecup jer aku mampu beli. Oleh kerana dulu aku tusyen kat Klang, maka kedai kamera yang selalu aku pergi adalah Ashraff Photograper... tak tahulah ada lagi ker idak sekarang nih.

Masa sekolah, kerja aku jadi photographer.. Bila ada hari sukan ker atau apa2 function, akulah photograper freelance nya, hehehe.... gambar yang suka aku amik masa tu adalah gambar awek yang cun2 kat sekolah aku sebab gambar tu lah yang senang aku nak jual. Erm, bila dah jual dapatlah aku guna duit tu buat belanja. Kebetulan masa tu kawan aku pon ada gak kamera... tapi bapak dia punya lah.. Dia pon tak berapa minat sangat. Apa lagi, aku pinjamlah kamera ngan zoomlens bapak dia yang brand Sigma. Sib baik sigma boleh masuk kat Nikon aku.
Tapi bila dah lama2 tu, hobi aku tu jadi pudar sebab barang dah lama, pastu nak beli baru duit takder.... so berkubur kejap hobi aku ni.

Masa tahun 2003 atau 2004... aku pon dah tak ingat, hobi aku ni tetiba jer membuak2 semula selepas aku dok tengok 1 dokumentari pasal fotographer di Olimpik. Apa lagi.... masa tu kamera digital (DSLR) paling murah pon RM4500. Tak mampu aku... So aku cubalah SLR Canon EOS 3000V. Tapi lepas beberapa kali aku amik gambar, aku rasa tak puas hati sebab gambar tak capai standard kepuasan. Kalau aku bandingkan hasil Nikon FG aku,.... jauh lebih baik. Mungkin setting tak betul kot. Entahla... Lepas beberapa ketika, aku rasa perlu ambil digital. Masa tu DSLR masih mahal, so aku beli jer lah digital compact. Lama gak kamera compact aku tu berjasa. Sekarang ni, DSLR dah murah, tapi memandangkan banyak tanggungan, aku hanya beli High-end Amateur DSLR jer, Nikon D60. Aku rasa cukuplah kot sebab aku bukannya nak jadi Pro. Setakat nak suka2 jer. Sekarang ni dalam proses nak beli zoom lens... Tamron 70mm-300mm atau Nikon 55mm-200mm.

Masa aku mengambil gambar kamera-kamera peliharaan aku kat atas tu, anak2 aku tengok jer. Ermmm mungkin ada antara mereka yang akan aku wariskan minat aku nih tapi bergantung pada minat diaorang gak.


Blog Widget by LinkWithin