Friday, June 5, 2009

Sib baik tak jatuh atas kepala...

Semalam selepas balik kerja, macam biasalah duk lepak kat sofa dulu. Tiba-tiba pemilik sofa tu tunjukkan sesuatu kat aku, dia kata macam wrought iron grill kat sliding door mah aku jer..... macam serpihan besi (rupa ala-ala kaki ketam). Aku cakap kat dia ini bukannya besi... macam plastik ajer. Takkanlah grill aku buat dari plastik plak...


Lampu
(Lampu kat atas ni lah yang masih panjang umurnya)

Dipendekkan cerita, rupanya itu adalah serpihan lampu gantung aku... Rupanya pemegang dia dah patah dan tergantunglah lampu gantung aku berpaut pada wayar aja... Sib baik wayar tu kuat dan sib baik tak jatuh atas kepala. Apa lagi, terus aku bukak lampu tu dan nak gi serang kedai lampu tu. Mahal2 aku beli, 2 tahun pon tak tahan. Memang masa tu aku dah tak ingat lain... Ingat nak marah tokey tu aja. Sesampai di kedai lain pula jadinya, tokey tu terus layan aku dan baiki lampu tu. Siap belanja minum lagi... sampai terlepas maghrib aku.

Sebenarnya aku bukan nak cerita sangat pasal lampu gantung aku tu tapi perkara-perkara berikut:
  • Mudah rasa marah pada orang lain, walaupun benda kecil.
  • Mudah bertindak melulu akibat rasa marah.
  • Bila dah marah, hilang segala pertimbangan.
  • Tapi bila dah hilang marah, kita akan rasa malu sendiri dengan tindakan kita yang cepat marah tu.....

Aku terjumpa 1 artikel berkenaan marah ni dan korang baca lah.... Cuba hayatinya....

PAKU DI DINDING HATIMU..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Namun sebagai manusia, kadang-kadang tu mereka tidak terlepas dari kesilapan dan kita juga tidak terlepas dari melakukan perkara yang sama kerana kita ini juga manusia.


"Maafkan daku sekiranya diriku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Jawatan Pegawai Kosong Di Sektor Kerajaan....

Kepada sesiapa yang berminat silalah mohon kerana di zaman sekarang ini kerja tidak mencari kita tetapi kita yang kena cari kerja.....
jawatan kosong

Sesungguhnya rezeki ada di mana-mana yang disediakan oleh penciptanya... Oleh itu mohonlah segera sebelum terlambat..

Wednesday, June 3, 2009

Siapa yang racun aku.....

Semenjak dua menjak ni, perasaan aku agak tidak tenteram..... siapa yang telah meracuni aku ni? Atau adakah aku sendiri yang telah meracuni diriku sendiri akibat akibat racun-racun yang berada disekitarku..... Namun aku bersyukur kerana pada hari ni racun telah ku jumpa penawarnya. Namun sewaktu aku meredah hutan batu sehingga sampai ke gua tengkorak, aku dapati aku berkemungkinan selepas ini akan terdedah dengan racun yang lebih bahaya kerana pada masa aku memperolehi penawarku pada jam 1.00 petang tadi, aku dapati terdapat racun yang lebih berbisa...... Penawar bagi racun tu mengikut nama saintifiknya 'D90' atau 'D300'. Kata bomoh cina tua kat situ, ada penawar yang lebih baik dikenali sebagai 'D700' tetapi ia hanya untuk racun yang membawa maut saja......

Semalam sebelum aku ke hutan batu menuju ke Gua Tengkorak, aku telah mendapatkan nasihat dari 2 orang mahaguru.... Nasihat mereka amat berguna. Namun keputusan adalah ditanganku. Tetapi bak kata mahaguru pertama, "Tiang Seri" kena kukuh. Mahaguru kedua pula kata ambil aja penawar tu dan katanya dia pon nak cuba penawar tu... Ermm nasihat diterima dan diamalkan...

Sesampai saja di Gua Tengkorak aku mencuba penawar pertama. Bomoh tu kata, nama saintifiknya "Tamron SP 10-24mm f/3.5-4.5 Di-II LD Aspherical (IF) Lens". Aku pon mencubanya dan mendapati penawarnya agak biasa cuma effect distortnya agak menarik. Tak banyak beza ngan penawar sedia ada aku pada tahap 18mm. Namun mungkin disebabkan 'indoor' dan 'f' nya hanya 3.5-4.5 maka agak kurang menarik bila indoor.

Aku kemudiannya bertanya dengan bomoh tu ubat penawar lain yang memang ingin kukehendakinya. Nama saintifiknya "AF-S DX Nikkor 35mm f/1.8G." Ubat ni selepas ku cuba amat menarik dan kesan penawarannya amat mujarab.... Aku pun tanpa berlengah terus mengeluarkan kad hikmat dari sakuku dan kuberikan kepada bomoh cina tu.... Harap2 lepas ni aku tak kena kurung macam yang dibuat dik Ahlong dalam posting sebelum nih.

Betullah kata-kata mahaguru ku itu, 'Tiang Seri" kena kukuh... Disebabkan itulah maka aku rasa racun terhebat selepas ni, penawarnya hanya 2 seperti di atas..... Simpan duit dan kumpul sampai cukup. Lepas ni baru gi jumpa bomoh cina tu semula. Setakat sekarang ni aku kena banyak bersabar jer.....

Erm.. kepada mereka yang tak faham cerita aku ni, jangan lah risau.... Korang aku kompomkan statusnya "TIDAK BENGAP". Hanya mereka yang berkenaan sahaja yang akan faham...

Ohh.. terlupa plak nak ucap terima kasih pada sahabat sepermontenganku.. Mr Anaz yang sudi menemankan aku meredah hutan batu sehingga ke Gua Tengkorak...


Thursday, May 28, 2009

Kalaulah bank pun buat cam ni....

Gambar kat atas nih adalah beberapa orang mangsa 'ALONG'. Dasat sungguh sebab salah sorang tu cuma berhutang RM800 jer. Cubalah kita bayangkan kalau bank pon buat camni kepada mereka yang berhutang kad kredit. Muahahahahaha... sure ramai yang kena duduk kat bilik kebal kat bank. Sib bek hutang kad kredit aku dah langsai.....

Tuesday, May 19, 2009

Kisah anak jurugambar...

Ada 10 minit lagi sebelum kul 5.30pm.... waktu balik. So rasanya sempat kot kalau aku nak masukkan 1 post kat blog aku nih.....

Pada satu hari, 2 orang budak telah bermain di tepi padang selepas balik dari sekolah. Budak tersebut bernama Sukun dan Boyan. Sebenarnya kedua-dua budak ini adalah anak kepada jurugambar terhebat di kawasan kediaman mereka... hehehe (takde kena mengena ngan yang hidup atau mati). Selepas penat bermain, mereka duduk berehat dibawah pokok. Si sukun memang sifat dia tak boleh ada orang yang lebih dari diri dia. So diapun bertanyalah ngan si Boyan....

Sukun : "Woi Boyan, bapak ko potogeraper kan... ada tak bapak ko ajar ko pasal kamera?"

Boyan : " Ada..."

Sukun : "Tapi mesti bapak ko tak ajar benda nih.... apakah jenis kamera yang di depannya D?

Boyan : "errrr... konica"

Sukun : "Mangkuk tul lah ko ni... Nikon lah...!"

Boyan : "oooo..."

Sukun : "Apakah kamera yang di belakangnya huruf D"

Boyan : " errrrrrr.... emmmm...... ntah!"

Sukun : "Adoiii... benda senang pon ko tak tahu... Canon lah wei..!"

Boyan : "ooooo.... tapi bapak aku ada ajar satu benda..."

Sukun : "apa?"

Boyan : "apakah bendanya yang hanya ada D ajer?"

Sukun : " D ajer?...... ermmm mana ada wei!"

Boyan : "Laa.. aku ingatkan ko tererr... itupon ko tak tahu... kalau D ajer, bapak aku cakap, itu saiz bra mak ko la... muah..! muah..! muah..! muah..!"

Sukun: "Woiih!! mana ko tahu?

Boyan: " aku tahulah, sebab bapak aku bagi tahu. Lagipon, kan ker dia potogeraper terhebat kat taman perumahan kita...."

Si Boyan selepas memberi jawapan tersebut terus melarikan diri setelah dilihatnya si Sukun telinganya dah naik merah padam....... kih.. kih.. kih.. kih...

Brothers

Thursday, May 14, 2009

Burung apakah ini?....

Aku baru jer balik dari INSPEN, part time mengajar. Takder idea sangat nak posting tapi tangan tu tetap gatal gak. So aku masukkan gambar nih dan korang jawab lah dalam hati... apakah nama burung nih...
Bangau Solo
Anak aku masa kat zoo hari tu dia kata...."Ayah! itu burung bangangkan?...." ohh my sonnnnn......

Blog Widget by LinkWithin